Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Kelab Peminat Akan Timbulkan Banyak Masalah - Izara Aishah

24-12-2013 05:32 PM |Dilihat:14866| Komen: 123
Kelab Peminat Akan Timbulkan Banyak Masalah - Izara Aishah

Izara Aishah

PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah menganggap dia tidak perlu untuk menubuhkan kelab peminat bagi menyokong kerjayanya dalam industri seni tanah air.
Izara, atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham 21, berpendapat, kelab peminat yang ditubuhkan untuk seseorang artis hanya akan menimbulkan banyak masalah berbanding faedah kedua-dua belah pihak.

"Saya tidak ada kelab peminat kerana bagi saya ia hanya akan menimbulkan masalah sesama mereka dan akan melibatkan saya secara tidak langsung.
"Saya lebih suka peminat menyokong kerjaya seni saya secara terbuka dan bukan melalui mana-mana kelab," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pelancaran telefilem Oh My English!-Hello America, di Hotel Hilton, di sini, Isnin.

Tambah Izara, ia turut dilihat tidak adil bagi peminat-peminatnya yang lain jika dia hanya memberi tumpuan kepada sesuatu kumpulan individu iaitu dalam kelab itu sahaja.

Jelasnya, dia pernah didatangi sekumpulan peminat yang menubuhkan kelab yang mengeluarkan sejumlah wang sebagai kos untuk barangan-barangan dengan menggunakan namanya.


Namun, selepas nasihat dan penjelasan yang diberikan, kumpulan tersebut dibubarkan.
"Saya tidak mahu bertanggungjawab jika sebarang permasalahan berlaku, jadi lebih elok jika mereka bubarkan sahaja kumpulan tersebut," katanya.
Sementara itu, ditanya ketiadaan pengurus peribadi yang bertindak mengatur strategi menempatkan namanya di sesuatu tahap, Izara berkata, dia selesa menguruskan jadual kerjayanya sendiri.

Dia juga mengambil tawaran berlakon mengikut kekuatan sesebuah skrip dan kekosongan jadual.
"Mungkin silap saya sebab tidak pandai untuk mengatur strategi dan mengakibatkan tahun ini saya senyap tanpa sebarang produk.
"Tapi sebenarnya tahun ini saya banyak ambil tawaran berlakon cuma saya tidak tahu bila ia akan ditayangkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Izara yang turut berlakon dalam telefilem Oh My English!-Hello Amerika mengakui tidak dapat menjayakan drama bersiri popular itu untuk musim ketiga akan datang.

Katanya, dia menolak tawaran untuk musim akan datang kerana jadual penggambaran yang bertindan dengan beberapa tawaran yang sudah pun diambil.
Telefilem Oh My English!-Hello America akan disiarkan pada 15 Januari depan, pukul 9 malam di Astro TVIQ dan Astro Maya HD.


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 124
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 26-12-2013 11:01 AM
Vokuro posted on 25-12-2013 03:15 AM
Akak sokong izara ini. Macam sendu sangat fan club ini. Lepas tu sentap bergaduh sama sendiri

iols tetiba terstim plak lps tgk ketet labuh kaka vok

Lain-lain Komen

Quote lady_rara 24-12-2013 09:36 AM
eh hampir terlupa kewujudan beliau...
Quote pittjie 24-12-2013 09:36 AM
eh bukan dulu dia ni berhijrah ke UK ke? penah keja jadi polis ke posmen kat sana.
Quote MsCinderella 24-12-2013 09:37 AM
dia org perlis kan?

mmg dah lama x dgr cter pasal dia...
Quote maxim 24-12-2013 09:37 AM
pittjie posted on 24-12-2013 09:36 AM
eh bukan dulu dia ni berhijrah ke UK ke? penah keja jadi polis ke posmen kat sana.

bila pulak izara aishah keje posmen...?
Quote lady_rara 24-12-2013 09:39 AM
eh tadi aku rasa aku komen kat benang lain.. awat jadi benang izara aishah lak?
Quote pittjie 24-12-2013 09:40 AM
maxim posted on 24-12-2013 09:37 AM
bila pulak izara aishah keje posmen...?

choiiii!!! tadi benang ni benang MacWilson tau maxim! hahahahha. nasib la .. izzara jadi posmen.
Quote MsCinderella 24-12-2013 09:40 AM
maxim edit la ni...
td kan news pasal zainal mcwilson
Quote maxim 24-12-2013 09:41 AM
pittjie posted on 24-12-2013 09:40 AM
choiiii!!! tadi benang ni benang MacWilson tau maxim! hahahahha. nasib la .. izzara jadi posmen. { ...

hikhik sorry la td baru perasan benang zainol watever tu dah ada
Quote dino 24-12-2013 09:42 AM
nak gelak....izara keje posmen
Quote lady_rara 24-12-2013 09:43 AM
patutlahh
Quote aiskrimpelangi 24-12-2013 09:47 AM
Aku pn kaget tengok izara jadi posmen tetiba. Kat uk pulak tu haha
Quote lady_rara 24-12-2013 09:49 AM
membayangkan izara pakai baju posmen bawak moto posto tu hantar surat ke rumah2..
Quote eira_gurl 24-12-2013 09:50 AM
dino posted on 24-12-2013 09:42 AM
nak gelak....izara keje posmen

hahah aku pon tekejut apsal ijara jd posmen
Quote fizroy 24-12-2013 09:51 AM
ERM....ada peminat ke?
Quote dino 24-12-2013 10:04 AM
eira_gurl posted on 24-12-2013 09:50 AM
hahah aku pon tekejut apsal ijara jd posmen

ni kes double thread.... TT ubah aaa tajuk aaa
Quote epalgebuu 24-12-2013 10:09 AM
cun2 keje posmengg
Quote tomet05 24-12-2013 10:53 AM
sonyap yo lepas bideo tango
Quote faiz-za 24-12-2013 10:56 AM
Gigih bebenor kalau si izara nak ke uk jadi posmen
Quote solstice 24-12-2013 10:57 AM
Izara ni x minat glemer2, jumpa org ni
Dia suka blakun jahs
Kalau lakunan nya hebat, namanya akan terus kuat

Lihat semua komen(123)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.058462s Gzip On
To Top