CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Atlet Maut Ditikam, Suami Diburu

14-10-2021 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1723| Komen: 10

Description: Nairobi: Pemegang rekod dunia larian jarak jauh Kenya, Agnes Tirop ditemui mati dengan kesan tikaman di perut kerana dipercayai dibunuh, jelas pegawai persatuan olahraga negara berkenaan.
Nairobi: Pemegang rekod dunia larian jarak jauh Kenya, Agnes Tirop ditemui mati dengan kesan tikaman di perut kerana dipercayai dibunuh, jelas pegawai persatuan olahraga negara berkenaan.

Polis berkata mereka kini memburu suaminya berkaitan insiden terbabit yang berlaku di kediaman Agnes dekat barat Kenya.

Agnes, 25, seorang atlet yang sedang meningkat naik, adalah pemenang dua pingat gangsa acara 10,000 meter (m) dan juara dunia merentas desa 2015 selain menduduki tempat keempat acara 5,000m pada Olimpik Tokyo tahun ini.


Kredit foto: AFP

Pada bulan lalu dia memecahkan rekod dunia 10 kilometer (km) wanita di Road to Records Event dekat Jerman dengan catatan 30 minit 01 saat (s), kurang 28s daripada rekod sebelumnya jelas Persatuan Olahraga Kenya.

Agnes juga mencipta sejarah pada 2015 apabila bergelar atlet kedua termuda menang dalam acara merentas desa wanita selepas Zola Budd.

"Kenya kehilangan permata yang juga seorang daripada atlet paling meningkat dalam arena antarabangsa, terima kasih atas persembahan baiknya di trek.

"Kami masih menanti butiran lanjut mengenai kematiannya," kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

Komander polis Keiyo Utara, Tom Makori memberitahu AFP bahawa suami Agnes, Emmanuel Rotich adalah 'orang yang disyaki' dalam kes itu dan menjadi sasaran buruan polis.

"Dia boleh memberitahu kami apa yang terjadi. Suspek membuat panggilan kepada ibu bapa Agnes yang mengatakan bahawa dia sudah melakukan sesuatu yang salah. Jadi kami percaya dia tahu apa yang berlaku," kata Makori.

Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta turut mengucapkan takziah kepada atlet muda berkenaan dan menggesa polis mengesan mereka yang terbabit dengan insiden itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 14-10-2021 10:11 AM
aiyooo....siannya..dah la tgh top...
Quote imanjannah 14-10-2021 10:22 AM
siannya.. mcm ada perasan kelibatnya di olimpik Tokyo baru2 ni
Quote JohnyEnglish 14-10-2021 10:51 AM
Agaknya dia dpt pencen bulan2 mcm atlet Malaysia gak tu
Quote trexxxxxi 14-10-2021 12:16 PM
RIP {:cryrun
Quote KamikuP 14-10-2021 12:27 PM
Knp laki dia buat camtu kesiannya.
Quote Artemesiaa 14-10-2021 12:30 PM
Takziah buat keluarganya moga si pelaku segera tertangkap
Quote Supersirap 15-10-2021 11:07 PM
Semoga laki dia mendapat hukuman yang setimpal
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 02:57 PM
Laaaa kesiannyaaaa
Quote CikYaYaYa 17-10-2021 03:25 PM
Alahaii kesian nya. Semogaa si pembunuh tuu  dapar balasan n hukuman yang setimpal
Quote royaldanish 17-10-2021 11:04 PM
Kesiannya.. nama tgh naik

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.081069 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top