CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Yonnyboii Dituduh Perampas Kekasih Orang

14-10-2021 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 666| Komen: 6

Description: Baru sahaja mengikat tali pertunangan Sabtu lalu, timbul pula cerita tidak sedap apabila penyanyi rap Yonnyboii tiba-tiba dituduh sebagai perampas kekasih orang.
Baru sahaja mengikat tali pertunangan Sabtu lalu, timbul pula cerita tidak sedap apabila penyanyi rap Yonnyboii tiba-tiba dituduh sebagai perampas kekasih orang.

Perkara itu berlaku selepas penyampai radio Hot FM, Imran Aqil meluahkan rasa terkejut apabila bekas kekasihnya iaitu Nik Nazira Narriman, 22, kini sudah menjadi tunang kepada penyanyi itu sedangkan mereka baru sahaja berpisah September lalu.

Enggan berdiam diri, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, berkata, tiada istilah merampas berikutan hubungannya dengan wanita itu sebelum ini hanya sekadar kawan.


Foto: IG

Jelas penyanyi berusia 23 tahun ini, dia dan Nik Nazira atau Nina membuat keputusan untuk bertunang selepas mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.

"Saya tak kenal dia secara peribadi dan tiada istilah saya merampas atau perampas pun. Selama ini pun saya memang berkawan saja dengan Nina.

"Apabila dapat persetujuan dan restu daripada keluarga, kami terus ambil keputusan untuk bertunang.

"Hubungan saya dengan tunang pun hanya 'go with the flow'. Alhamdulillah, memang jodoh saya dengan dia," kata Yonny kepada mStar.


Menerusi laporan sebuah portal hiburan, Imran yang juga bekas teman lelaki kepada tunang Yonnyboii mengakui terkejut dengan berita pertunangan penyanyi berkenaan.

Imran, 22, berkata, dia tak sangka pasangan itu mengikat tali pertunangan memandangkan hubungan dia dan bekas kekasihnya itu putus pada 9 September lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Salahku ini berharap Imran berhenti memperbesarkan isu berkenaan.

Menurut Yonny, dia enggan mengulas lebih lanjut kerana ingin memberi tumpuan kepada persiapan perkahwinannya pada 22 Januari depan.



"Cukup-cukuplah nak perbesarkan isu ini. Lagipun, dia sendiri cakap yang soal jodoh itu sudah ditentukan Allah.

"Jadi, kalau betul-betul dia terima, dia kena la move on dan doa yang baik-baik untuk kami berdua. Lagipun dia masih muda dan ramai lagi bunga dekat luar sana.

"Ikutkan saya pun malas nak layan isu ini sebab apa yang penting sekarang ini, urusan nak berkahwin sahaja," ujarnya.




Yonnyboii membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Nik Nazira Narriman pada Sabtu lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote makton 15-10-2021 07:34 AM
firasat aku mengatakan pihak perempuan jenis birah
Quote anony-mous 15-10-2021 03:11 AM
Rasanya bukan yonny ni rampas tp prempuan tu yg playgirl, pasang byk then pilih yg plg serasi. Which is good la dari tggu2 lepas tu lelaki x make a move

Utk bekas bf tu, apa yg sedih sgt? Prempuan ni biasa2 jah pon. Uols lg hensem. Muda lagi. Im sure u akn dpt berganda2 lg herlok dri minah ni
Quote gideoncross 14-10-2021 11:05 PM
23 dh brtunang, huntong ko dekkkk. Akak ni 30 thun pun xde bygn jdoh lgi.
Quote beautifulorchid 14-10-2021 04:53 PM
euu cerita mcm ni pun nk keluarkan ke? budah baru nak belajar bercinta.. bulu pun baru tumbuh
Quote MakcikLaksa 14-10-2021 01:53 PM
Ler dh nama pun bekas.. Dh clash.. Skati pmpn tu la nk tunang ke nikah ke ngn sape pn. Dh tkejut sgt napanya.. Bknnya masih awek hang pn.. Xphmla acik
Quote KamikuP 14-10-2021 12:34 PM
mak si aqil ni very the milf yaa

Lihat semua komen(6)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049930 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top