CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Gambar Niezam Zaidi Pakai Uniform Juruterbang Jejas Imej TUDM

14-10-2021 09:30 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 2607| Komen: 13|Original author: Oleh: Saiful

Description: Selepas kecoh dengan penahanan Niezam Zaidi yang terkait dengan kes dadah, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula tampil menafikan dia pernah menganggotai pasukan itu atau Pasukan Simpanan Sukarel ...
Selepas kecoh dengan penahanan Niezam Zaidi yang terkait dengan kes dadah, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula tampil menafikan dia  pernah menganggotai pasukan itu atau Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

Kekeliruan itu tercetus selepas beberapa gambar Niezam memakai seragam TUDM digunakan mengiringi berita tersebut.


Foto: IG

Bahagian Perhubungan Awam, Markas TUDM Kuala Lumpur menjelaskan, "Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh beberapa media, blogger dan pengguna media sosial berkenaan seorang artis ditangkap kerana memiliki dadah telah disensasikan dengan penggunaan gambar beliau berpakaian juruterbang TUDM.



"Isu ini telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta mencalarkan imej TUDM."


Foto: via mStar

Tambahnya dalam kenyataan itu, "Artis berkenaan sama sekali tidak pernah berkhidmat dengan TUDM serta Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

"Gambar dia berpakaian juruterbang tersebut adalah semasa memegang watak sebagai juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk Gempur Wira."



TUDM juga berharap agar  pihak media, blogger dan pengguna media sosial untuk tidak mengaitkan artis tersebut dengan TUDM dan menurunkan semula gambar yang digunakan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 14-10-2021 09:37 AM
[
Tempatan] Artis ditahan miliki dadah bukan anggota TUDM


Quote KamikuP 14-10-2021 12:35 PM
dia ni kan yg kene banned ngan cys ketuk ketuk
Quote Xim 14-10-2021 02:57 PM
Raline replied at 14-10-2021 09:37 AM
[
Tempatan] Artis ditahan miliki dadah bukan anggota TUDM

Itu kat bod Isu Semasa dekkkk...

Dah kali ke berapa bgtau walaupun topik sama tapi bod lain, takde masalah pun nak bukak....asalkan berkaitan.....

Jgn la kome bukak thread artis have2 pegi bercuti naik heli kat bod Isu Semasa pulak....itu haruslah masuk sini sbb cerita artis2 kan....

Harap faham dekkk....
Quote supermum 14-10-2021 03:13 PM
Sayang betul, rupa ada, bakat ada. Career baru nak pick up balik, terus jadi macam ni
Quote azimodin 14-10-2021 04:45 PM
Baru2 ni China ada keluarkan list retis yg di blacklist dari mainstream media kan - kes manipulate cukai, tinggalkan anak yg lahir dari surrogacy kat US sinun, kes rogol, dll. Apa kata kerajaan blacklist je terus retis yg terlibat dalam jenayah & dadah?  
Quote downiey 14-10-2021 05:41 PM
ni kan dulu pernah bertunang dgn si nonie retis af tu..
Quote orglama 14-10-2021 11:48 PM
azimodin replied at 14-10-2021 04:45 PM
Baru2 ni China ada keluarkan list retis yg di blacklist dari mainstream media kan - kes manipulate c ...

Zaman 90an dulu pernah kerajaan buat keje blacklistkan retis2 x berdisiplin mcm ni...tp skrg, burung2 berterbangan pun elok je masing2 muncul di tv dsbgnya
Quote Supersirap 15-10-2021 11:09 PM
Disebabkan najis dadah, semua orang x terima kita, oleh itu jauhi lah dadah
Quote dudaberhias 15-10-2021 11:15 PM
iols terpandang pada laki orang si aiman tu jah... herlokk sungguh heolss pakai gitu yachhhh...
tapi dalam drama tv3 yang pelakon 3 orang tu jerr ya ampunnn takde aura betul eman...

cuba tayang lesung batu mana tahu kot2 aura terus terpancar bersinar macam syafiq kyle, hun haqeem, kamal adli etc...

kalau perlukan proxy atau sape2 untuk tolong leak... boleh pm iols di forum ni yach..
Quote mawardia 16-10-2021 01:14 AM
Aiyohmakk
He ols belakon jd tentera airforce keww
Media ni pun, takkan la tak reti2
Berita buruk gitu uols siarkan dgn gmbr retis dlm karakter lakonan... tentera lak tu
Yiiihh
Quote eely_shana 16-10-2021 10:42 AM
pernah lah tgk dia ni berlakon. ok lah juga lakonannya
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 12:50 PM
Kalau sendu, mendadih

Susah sikit laa nak mendoniaaa lepas ni
Quote pencintaABC 17-10-2021 01:09 PM
nakkomenjugak replied at 17-10-2021 12:50 PM
Kalau sendu, mendadih

Susah sikit laa nak mendoniaaa lepas ni

Kalau beburung berterbangan blh naik balik

Lihat semua komen(13)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.080166 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top