CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

7 Bulan Hisap Vape, Paru-Paru Budak 15 Tahun Rosak Teruk

14-10-2021 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1500| Komen: 18

Description: Sydney: Padah tabiat menghisap vape, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dari Australia, nyaris maut.
Sydney: Padah tabiat menghisap vape, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dari Australia, nyaris maut.

Ia selepas Dakota Stephenson dimasukkan ke hospital dan disahkan menghidap masalah kelainan paru-paru berpunca daripada tabiat berkenaan.

Penyakit itu dikenali sebagai Vaping Product Use-Associated Lung Injury (Evali) atau kecederaan paru-paru yang berkait dengan penggunaan produk vape.

Portal Kompas melaporkan, Dakota dikejarkan ke hospital pada September lalu dengan menaiki ambulans, beberapa hari selepas dia mengalami sakit punggung dan kesulitan ketika membuang air kecil.


Foto:Agensi

Dia kemudian muntah-muntah, di samping degupan jantung menjadi cepat selain suhu badannya meningkat sehingga 39 darjah Celsius.

Ibunya, Natasha memberitahu bahawa Dakota mengalami masalah pernafasan hingga terpaksa menggunakan bantuan ventilator.

Pada awalnya, doktor di hospital menyangka Dakota dijangkiti Covid-19.

"Ketika itu Dakota mengalami kesulitan untuk bernafas dan (keadaannya) semakin parah," kata Natasha.

Dalam beberapa jam Dakota mengalami hipoksia apabila bekalan oksigen tidak mencukupi untuk paru-parunya kerana remaja itu mengalami pneumonia.

Pada waktu itu, Dakota terpaksa berterus-terang kepada ibunya bahawa dia sudah menghisap vape selama tujuh bulan.

Dakota hanya dibenarkan keluar dari hospital selepas seminggu menerima rawatan.

Dia kini sukar untuk bersukan walaupun sebelum ini adalah seorang yang aktif.

Sehubungan itu, Dakota mengingatkan remaja lain mengenai kemungkinan dan risiko daripada tabiat menghisap vape.

"Ia boleh membunuh kamu dan sangat menakutkan," katanya.

Sementara itu, Natasha mengakui terkejut selepas tahu Dakota menghisap vape.

"Waktu paling sukar adalah ketika harus membawanya ke hospital.

"Kata-kata tidak dapat menggambarkan perasaan saya sebagai ibunya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-10-2021 09:32 AM
15 tahun dah hisap vape?. Knp tak hisap kontol jahhh?
Quote fly_in_d_sky 14-10-2021 11:38 AM
vape tegar ke? asyik hisap memanjang
isk isk ... takde penyakit cari penyakit
Quote kakakko 14-10-2021 11:50 AM
Kalau share artikel ni kat vapers pun bukannya dorang nak ambik iktibar. Keluarlah hujah2 nanti.
Quote ninja9 14-10-2021 12:08 PM
Evali .. penyakit sebab vape.  memang ada orang yang sensitif kot... ker dia ni vape sepanjang masa.. ker dia ni tak pandai coil yang sebabkan coil tu hangit..
Quote cecari 14-10-2021 02:14 PM
ninja9 replied at 14-10-2021 12:08 PM
Evali .. penyakit sebab vape.  memang ada orang yang sensitif kot... ker dia ni vape sepanjang masa. ...

ini mesti hantu vape yg bangsat kan...
Quote ninja9 14-10-2021 02:24 PM
cecari replied at 14-10-2021 02:14 PM
ini mesti hantu vape yg bangsat kan...

orang lain hisap vape nak marah sbb apa

Quote nononcrux 14-10-2021 03:35 PM
takde penyakit cari penyakit.. muda-muda dah sakit
Quote Nnasda53 14-10-2021 03:55 PM
Sakit yang di cari hadap lah.
Quote azimodin 14-10-2021 04:56 PM
dak2 vape mesti bagi alasan "kes x reti guna vape la ni" , "vape lebih selamat dari rokok" & " ni mesti konspirasi nak menjatuhkan industri vape"
Quote Zazama 14-10-2021 10:05 PM
Vape dah di fatwakan haram di Malaysia tp ramai tak tau.
Quote cmf_premierleag 14-10-2021 10:47 PM
cash la sbb bangang sgt kan isap vape bagai
Quote mbhcsf 15-10-2021 08:38 AM
Hmm...peparu  tu hanya menerima udara dari luar dan seterusnya disedut ke dalam peparu lah untuk pertukaran gas . Bukannya  peparu dibuat macam tempat sampah  tau?  peparu you tu untuk menerima bahan sedutan / inhalants  yg akan merosakkannya kelak, bukan ke  tak bijak?
Quote Supersirap 15-10-2021 11:10 PM
Dah tau lepas ni jangan lah nak cuba-cuba hisap vape
Quote Artemesiaa 16-10-2021 12:00 PM
Apa2 yang berlebihan pasti merosakan sama macam dalam kes ni
Quote underground 16-10-2021 03:58 PM
anak2 korang umur 11 tahun dah hisap vape ye.

tanyalah cikgu2

pastu tak puas, belajar hisap rokok.

pastu hasut member2 lain.
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 02:59 PM
Hmmmmm cari nahas sangat...
Quote CikYaYaYa 17-10-2021 03:17 PM
Hadapp jelaaa sendirikk carikk penyakitt khuenss
Quote caprut 17-10-2021 03:18 PM
kakakko replied at 14-10-2021 11:50 AM
Kalau share artikel ni kat vapers pun bukannya dorang nak ambik iktibar. Keluarlah hujah2 nanti.

Harap hpus subsidi ksihatan

Lihat semua komen(18)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.092766 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top