CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Dolla Sentiasa Perjuang Semangat ‘Feminisme’

14-10-2021 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 668| Komen: 7

Description: Kumpulan yang kini kian terbang tinggi, Dolla dilihat berjaya mencipta populariti sejak mengintai peluang dalam industri muzik sejak dua tahun lalu.
Kumpulan yang kini kian terbang tinggi, Dolla dilihat berjaya mencipta populariti sejak mengintai peluang dalam industri muzik sejak dua tahun lalu.

Siapa sangka, Dolla yang dianggotai Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby ini perlahan-lahan membuktikan kemampuan diri mereka sebagai 'girl band' yang pantas mendapat tempat di hati peminat.

Sering membawakan lagu bertema memperkasa wanita seperti Impikan dan Berani, Tabby mengakui kumpulan itu mempunyai konsep sedemikian memandangkan semua anggotanya terdiri daripada kaum hawa.


Foto: IG

"Dolla mempunyai konsep untuk memperkasakan wanita, tapi kami tetap menyokong semua orang bukan saja wanita.

"Wanita mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk melakukan apa saja yang mereka impikan. Selagi ada usaha pasti ada jalan untuk berjaya," kata Tabby.

Menurut Tabby, wanita yang masih takut untuk membuktikan kebolehan diri perlu berani mencuba dan membuat perubahan.



"Ia menjadi matlamat Dolla mahu membuktikan wanita adalah berani. Dolla sedar kebanyakan wanita takut membuat perubahan atau keluar dari kehidupan hanya kerana kata-kata negatif yang dilemparkan.

"Justeru, menerusi single terbaharu berjudul Berani, Dolla menyampaikan mesej wanita tidak perlu takut dengan persepsi negatif atau kecaman yang boleh melunturkan semangat.

"Jika rasa apa yang dilakukan betul dan terbaik, teruskan saja," katanya.



Menyentuh mengenai single Berani ciptaan John Jeeves dan Firdaus Rahmat itu. Syasya berkata, lagu itu bukan sekadar memperjuangkan semangat 'feminisme', malah boleh menjadi sumber inspirasi kepada sesiapa yang menghadapi masalah kehidupan.

"Berani bukan saja boleh dijadikan pembakar semangat, tetapi menjadi inspirasi untuk Dolla kuat dalam menghadapi cabaran terutama berdepan situasi getir ketika penularan Covid-19.

"Tidak dinafikan Berani juga mampu menjadi penawar kepada luka kekecewaan akibat putus cinta," katanya.

Biarpun kehadiran Dolla dilihat bukan pada waktu yang tepat kerana penularan Covid-19, namun kumpulan itu tidak pernah menyesal sebaliknya banyak pengalaman yang ditimba.



"Sejujurnya kami belajar banyak perkara seperti berinteraksi dengan peminat melalui sosial media.

"Jika dilihat kumpulan popular dari Korea Selatan pun menggunakan platform media sosial untuk berinteraksi dengan peminat sehingga mereka dikenali ramai.

"Jadi, kami ambil peluang dan masa ini untuk mempelajari cara penggunaan media sosial dengan baik. Tiada istilah menyesal apabila kami belum berpeluang untuk menghiburkan peminat di khalayak ramai," katanya.

Dalam pada itu, Dolla mengumumkan bakal mengadakan konsert amal secara maya pada 30 Oktober depan.


Dibawakan oleh MK Group, konsert yang diberi judul Stay Strong Malaysia itu bakal distrim secara langsung dari sebuah lokasi tertutup dalam bentuk maya oleh Hitman Group, namun tetap menekankan elemen hiburan yang diidamkan rakyat Malaysia di rumah secara selamat.

Konsert yang diadakan bermula jam 8 malam itu bukan saja dianjurkan untuk menghiburkan penonton, tetapi juga bertujuan mengumpul dana bagi petugas barisan hadapan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 14-10-2021 09:04 AM
Sesuai la nih.. Hari-hari pun hari wanita sedunia, 365 hari setahun.. Tak perlu hari khusus seperti itu.. Cukuplah Malaysia beraya pada 31 Ogos dan 16 September aje..
Quote KamikuP 14-10-2021 09:34 AM
Muka sepesen jahh.. susah meolls nak tau which one is which?
Quote LadyCarefree 14-10-2021 09:40 PM
Beratnya nampak bila menari
Quote eely_shana 16-10-2021 12:42 PM
ingt lagu raya dorg jah hari tu
Quote bankerpencen 16-10-2021 03:31 PM
LadyCarefree replied at 14-10-2021 09:40 PM
Beratnya nampak bila menari

Kan... bukan fatshaming ke apa, tapi tak nampak lincah macam kpop girl bands etc. Tak salah ada curve sikit and all, maybe jangan ikut sangat cara kpop? I tengok latina girls menari dengan all their curves semua nampak nice je.
Quote Reira77 16-10-2021 06:20 PM
Bnyk job depa. Dgn hyundai, samsung, gucci bagai. Tapi kenapa design gucci makin tacky. Buruk gila
Quote Nozot 17-10-2021 06:44 AM
Edited by Nozot at 17-10-2021 06:45 AM
bankerpencen replied at 16-10-2021 03:31 PM
Kan... bukan fatshaming ke apa, tapi tak nampak lincah macam kpop girl bands etc. Tak salah ada cu ...


maybe tak fit kot, diorg kena training fitness baru nampak ringan ja badan..ada beza kurus tapi badan nampak berat...kena selalu olahraga atau bersenam

Lihat semua komen(7)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.087786 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top