CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kru Produksi Filem Maut Kereta Terbabas, 3 Rakan Parah

14-10-2021 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2806| Komen: 29

Description: Seorang kru produksi filem maut manakala tiga lagi rakannya parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan, kira-kira pukul 1.15 tengah hari Rabu.
Seorang kru produksi filem maut manakala tiga lagi rakannya parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan, kira-kira pukul 1.15 tengah hari Rabu.

Dalam nahas yang berlaku di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, di Setiu, mangsa, Muhammad Nurshamril Abdul Malek mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu tiga penumpang lain iaitu Kamarul Anuar Mohamed Nasir, 39, dari Petaling Jaya, Selangor serta Amir Daniel Suhaimi, 23, dari Kuantan, Pahang mengalami keretakan pada tulang di bahagian leher manakala Nur Azizi Nazril Abd Aziz, 26, dari Kuala Lumpur putus tangan kiri.

Foto: Sinar Harian

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, nahas berlaku apabila kenderaan Perodua Alza dipandu mangsa berusia 27 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tunggul kayu pada bahagian kiri jalan menghala ke Kuala Terengganu.

Beliau berkata, mangsa bersama tiga lagi rakan sekerja ketika itu dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Mangsa yang ketika itu berada dalam kenderaan dikeluarkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-10-2021 09:04 AM
Salam takziah.
Quote chauky314 14-10-2021 09:10 AM
salam takziah.....
Quote ulamalu 14-10-2021 09:12 AM
Innalillahi wainna ilaihi roji'uun.  Dah boleh rentas negeri, kes accident dah mula kerap.
Quote Perawankota 14-10-2021 09:21 AM
Takziah buat mangsa2
Quote DARSITA 14-10-2021 09:46 AM
Innalillahi wainna ilaihi roji'uun. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini. Kpd rakan rakan yang di hospital semoga segera sembuh. Ada yang putus tangan scaryyyy!

Muhammad Nurshamril Abdul Malek - sedap mata memandang :-)
Quote JohnyEnglish 14-10-2021 10:09 AM
Innalillah.ade yg putus tgn plk tu.
Quote imanjannah 14-10-2021 10:24 AM
innalillahwainnalillhirojiun.. Allah.. ngeri baca kecederaan ketiga2nya.. salam takziah buat semua
Quote stingerkotex 14-10-2021 10:33 AM
DARSITA replied at 14-10-2021 09:46 AM
Innalillahi wainna ilaihi roji'uun. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini. Kpd rakan raka ...

[youtube]0Fqnc-s-mxc[/youtube]

Ada iras khen Dar?

Innalillah
Quote Cik_jantung 14-10-2021 10:35 AM
Innalillah.. semoga tabah keluarga mereka.
Quote syamzana 14-10-2021 10:49 AM
Innalillah...
mati, putus tgn, retak tulang leher
mesti laju giler lagi2 jalan ni time xde org memasing sedap beno memecut pakej makan jalan berlawanan arus pun ada.
Quote sukacactus 14-10-2021 11:08 AM
Edited by sukacactus at 14-10-2021 11:10 AM

Salam takziah
Masing2 muda lg
Quote Suchi 14-10-2021 11:39 AM
Kru produksi syarikat aziz m osman.
Aziz naik keta lain, anak dia pun ada jd krew gak satu keta ngan dia, isteri n pak mertua dia. Kereta dorang dh jauh ke depan.
Dorang baru habis keja kat kota bharu wat dokumentari, pak mentua aziz pengarah projek tu.

Isteri aziz tu komen katanya kemungkinan microsleep sbb dorang baru lepas makan tghari masa otw ke kl tu.
Quote scorpionkiki 14-10-2021 11:45 AM
Dah blh merentas daerah ni cerita kemalangan maut pun bertambah
Quote kakakko 14-10-2021 11:46 AM
Suchi replied at 14-10-2021 03:39 AM
Kru produksi syarikat aziz m osman.
Aziz naik keta lain, anak dia pun ada jd krew gak satu keta nga ...

Aku pun pernah microsleep. Otw Pahang dari Perlis. Tengah hari jugek. Sedar2 kereta dah menyasar ke tepi jalan. Mujur umur masih panjang.

Sangat bahaya sebenarnya time tengah hari rembang gitu.. Mata mengantuk. Lagi2 highway jalan lurus je..
Quote Guccibamboo 14-10-2021 11:57 AM
Jln kota bharu-setiu ni hehati lah kome yg x biasa lalu....jgn laju...jln sempit bengkang bengkok.
Setiap tahun pun ade korbannye ...mungkin sbb faktor jln nye. Kalau bawak waktu tgh malam kdg ada lembu la pulak sesedap melintas.

Salam takziah kpd seluruh keluarga mangsa...semoga dipermudahkan urusan.
Quote Nnasda53 14-10-2021 12:03 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Salam takziah.
Quote stingerkotex 14-10-2021 06:45 PM
Guccibamboo replied at 14-10-2021 11:57 AM
Jln kota bharu-setiu ni hehati lah kome yg x biasa lalu....jgn laju...jln sempit bengkang bengkok.
...

Sebab itewww its good if you have that luxury of having someone else in the car, kalau ada la, to sit at the co driver's seat....supaya can help to be your second eyes dan teman to ngobrol/ sembang...to help you keep awake.....while driving

Tapi cuma aku nak ingatkheunz satu aja, kalau pilih someone to be at the co drivers seat..pastikheunz bukan spesis jenis @ipes2.....kaki membuta, especially bila air con vent dlm keta directed right at him....


Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
Quote edayildiz 14-10-2021 06:52 PM
innalillah..putus dh xblh sambung kan? patah blh lg kan..
Quote Peaches113 14-10-2021 08:56 PM
innalillah. salam takziah.

Lihat semua komen(29)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.084604 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top