CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bapa Terkejut, Gambar Mata Kanan Luth Fateh Diiktiraf Apple

13-10-2021 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4531| Komen: 60

Description: Kamunting: Niat asal pereka grafik mengambil gambar mata kanan anaknya, Luth Fateh Badrul Akram sekadar untuk diabadikan sebagai kenangan.
Kamunting: Niat asal pereka grafik mengambil gambar mata kanan anaknya, Luth Fateh Badrul Akram sekadar untuk diabadikan sebagai kenangan.

Bagaimanapun, rezeki berpihak kepada Badrul Akram Badaruddin, 30, apabila gambar itu dimuat naik di Instagram (IG) syarikat peranti elektronik, Apple tengah malam tadi.

Badrul Akram menyedarinya selepas menerima notifikasi daripada Apple di IG.


Kredit foto: mStar Online


"Saya terima notifikasi dari Apple ketika hampir tidur tengah malam tadi. Apabila dibuka notifikasi itu, saya lihat gambar anak sudah dimuat naik di IG Apple.

"Saya terus kejutkan isteri untuk maklumkan perkara itu dan hilang terus rasa mengantuk saya kerana terlalu gembira," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Badrul Akram berkata, gambar itu diambil ketika dia bersama isteri , Fathiyah Md Jamil, 30 dan anak, Luth Fateh, 4 serta Nia Sofea, setahun dalam perjalanan ke rumah ibunya di Taman Lela, di sini.

"Gambar itu dirakam secara spontan di dalam kereta kira-kira jam 6 petang sewaktu matahari terik.

"Saya ambil gambar itu menggunakan telefon bimbit isteri model Iphone 12 Pro Max sebelum memuat naiknya di IG awal Julai lalu dengan meletakkan tanda pagar #ShotoniPhone dan #ShotoniPhoneProMax.

"Tidak lama selepas itu, pihak Apple ada hubungi saya meminta butiran dengan memberitahu akan mempertimbangkan gambar saya itu tetapi saya tidak letak harapan tinggi kerana pernah juga dihubungi dua tahun lalu dalam satu cabaran gambar mod malam tetapi tiada maklum balas lanjut.

"Tak sangka pula gambar saya terpilih kali ini dan ia sekali gus merealisasikan salah satu impian saya iaitu mendapat pengiktirafan daripada Apple," katanya.

Badrul Akram berkata, dia meminati seni fotografi sejak 2010 dan belajar teknik mengambil gambar daripada jurugambar berpengalaman selain mencubanya sendiri.

"IG Apple salah satu akaun yang sentiasa menjadi rujukan saya bidang fotografi ini kerana kebanyakan gambar dimuat naik seperti ada mesej dan kisah di sebaliknya.

"Syukur sangat apabila gambar anak saya terpilih dan satu dunia dapat melihatnya.

"Saya ada beritahu anak dan nampak dia gembira," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 13-10-2021 08:35 AM
Isu eh ni?
Quote TOPwind 13-10-2021 08:37 AM
Edited by TOPwind at 13-10-2021 08:40 AM

apa yg APPLE bagi setelah terpilih?
Quote noell 13-10-2021 08:37 AM

kena create issue la kang kena marah dek tokey forumcari KPI tak capai bln neh
Quote naina 13-10-2021 08:42 AM
Lepastu dapat ganjaran ke?
Quote makton 13-10-2021 08:45 AM
gmbr mata tu nampak anak dia kulit sawo matang, tp dlm gmbr family tu anak dia cerah. kemain filter bagi nampak putih saje
Quote sarah82 13-10-2021 09:01 AM
Mcm menarik ja.. Kalau boh gambar gendut boleh pemes tak gendut merangkap supervisor aku tu?
Quote shernazz 13-10-2021 09:09 AM
Okay la tu
Taniya2
Quote mengapainisemua 13-10-2021 09:21 AM
dapat hadiah pape tak masuk ig apple eh?
Quote JohnyEnglish 13-10-2021 09:24 AM
aku tgk gambar tu biasa je.
Quote babelina 13-10-2021 09:27 AM
tahniah.. rezki ko..
Quote KamikuP 13-10-2021 09:27 AM
Rezeki Badrul nama anak pun sedap. Support la ni nak kecam jaahh uolls nih  apoo..Sedih ke hidup chuolls nih?
Quote syamzana 13-10-2021 09:43 AM
iols rasa pic tu cantik. penuh misteri. tgk dalam anak mata anak heols tu seribu satu penceritaan blh ditafsir bergantung pada org yg melihat la.
macam kite p galeri lukisan la, lukisan abstrak tu mcm2 tafsiran boleh dibuat atas imaginasi org yg melihat. iols suke dok lama2 tenung cuma jgn berhantu sudah la
Quote ainonymous 13-10-2021 10:10 AM
KamikuP replied at 13-10-2021 09:27 AM
Rezeki Badrul nama anak pun sedap. Support la ni nak kecam jaahh uolls nih  apoo..Sedih ke hidup chu ...

kannn sedap nama anak dia. haritu sebelum beranak nak letak nama Luth jugak, tapi ontah mcm mana tak jadi.

utk tidak OT, rezeki en Badrul Apple up gambo anak. bukan selalu ni..kena frame
Quote rifaa 13-10-2021 10:20 AM
Apple bagi apa2 ke kalo terpilih?
nak tau gak
Quote eLiaD 13-10-2021 10:21 AM
Ya Allah..kenit lapar..kenit nk mkn nasik..
RiP
Quote Nnasda53 13-10-2021 10:21 AM
Moga rezeki berpihak pada keluarga ni.
Quote KamikuP 13-10-2021 10:29 AM
ainonymous replied at 13-10-2021 10:10 AM
kannn sedap nama anak dia. haritu sebelum beranak nak letak nama Luth jugak, tapi ontah mcm mana t ...

Nama LUTH = Lembaga Urusan Dan Tabung Haji tapi sedap je nama nabi tu.Golongan LGBTQ je yg pemuja dan agungkan golongan puak Luth ni

Quote Suchi 13-10-2021 11:02 AM
rifaa replied at 13-10-2021 10:20 AM
Apple bagi apa2 ke kalo terpilih?
nak tau gak

Setakat dapat masuk ig jelaa cuma dikenali laa kot oleh org lain.
Cth bertambah la follower ko sikit org mesti akan jenguk ig ko pastu kalau content menarik follow laa

Quote lifeline 13-10-2021 11:04 AM
makton replied at 13-10-2021 08:45 AM
gmbr mata tu nampak anak dia kulit sawo matang, tp dlm gmbr family tu anak dia cerah. kemain filter  ...

khennnnnnnn
hujung2 yg diiktiraf yg warna kulit ori
so berbangga lah dgn warna kulit kita tak kisah la gelap ke cerah ke sawo matang ke

Lihat semua komen(60)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.085249 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top