CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Satu Keluarga Kerja Curi Kereta, Siap Bangga Tayang Di FB

13-10-2021 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1243| Komen: 17

Description: New York: Sebuah keluarga di Amerika Syarikat (AS) yang menggelarkan diri mereka sebagai 'The Sopranos', berkomplot mencuri kereta bernilai 700,000 Pound Sterling (kira-kira RM3.93 juta).
New York: Sebuah keluarga di Amerika Syarikat (AS) yang menggelarkan diri mereka sebagai 'The Sopranos', berkomplot mencuri kereta bernilai 700,000 Pound Sterling (kira-kira RM3.93 juta).

New York Post melaporkan, ahli keluarga itu juga dengan bangganya memuat naik gambar kenderaan dicuri di Facebook (FB) dan perkara itu didedahkan seorang pendakwa raya di AS.

Kumpulan itu terdiri daripada 11 ahli termasuk seorang lelaki dengan tatu Nike di dahinya, turut didakwa melakukan penstriman langsung aktiviti jenayah itu di media sosial.


Foto: Denver DA

Pendakwa raya memberitahu mereka bekerja secara berpasangan ketika melakukan kegiatan jahat itu.

Ketika satu pasangan memecahkan kunci dan menghidupkan enjin dengan pemutar skru, pasangan lain akan bersiap sedia untuk melarikan kenderaan.

Mereka juga memasang plat nombor yang berbeza untuk menyembunyikan kenderaan yang dicuri.

Keluarga penjenayah dengan beraninya menjual barangan curi itu di FB.

Juri di Denver, Colorado diberitahu bahawa kumpulan itu juga akan menggunakan kad kredit yang terdapat di dalam kereta yang dicuri untuk membeli barangan.

Ahli keluarga itu, terdiri daripada lelaki dan wanita berusia antara 21 dan 42 tahun, menggunakan wang hasil aktiviti haram itu bagi mendapatkan bekalan dadah termasuk fentanil, heroin dan syabu.

Pejabat Peguam Daerah Denver memaklumkan kesemua tertuduh berkongsi maklumat dan teknik untuk menyempurnakan misi curi kenderaan dengan cepat.

"Mereka juga dituduh saling menunjuk kehebatan satu sama lain dalam kegiatan curi kenderaan di FB.

"Mereka juga menggunakan FB untuk mengkoordinasikan jenayah dan mengelak daripada tertangkap.

"Selain itu, mereka juga melakukan penstriman langsung aktiviti jenayah itu melalui FB dengan ahli keluarga lain memberikan dorongan," katanya.

Susulan penahanan, kesemua suspek berdepan 91 pertuduhan dan didakwa mengikut undang-undang jenayah terancang Colorado. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 13-10-2021 08:42 AM
ingatkan kat India
Quote Mooverine 13-10-2021 09:02 AM
Yang nombor 4 row atas tu... pompuan ke laki ya..
Quote eyansss 13-10-2021 09:11 AM
credit card tinggal dalam kereta?  wow, confident betul...
Quote belilies 13-10-2021 09:19 AM
eyansss replied at 13-10-2021 09:11 AM
credit card tinggal dalam kereta?  wow, confident betul...

Sbb keta tu masih hidup (puffers) masa derang curik..
Quote kikuri 13-10-2021 09:22 AM
huduhnya tatu nike kat dahi tu... mesti buat kat tempat murah
Quote eyansss 13-10-2021 09:22 AM
belilies replied at 13-10-2021 09:19 AM
Sbb keta tu masih hidup (puffers) masa derang curik..

aah la...  tak terfikir tang tu...
Quote raxief 13-10-2021 09:36 AM
tattoo nike kat dahi..
Quote saviour_09 13-10-2021 09:55 AM
tak lama ada la movie diorang keluar
Quote syamzana 13-10-2021 10:29 AM
yg rambut kaler kuning tu nmpk mcm asian kepam
Quote ninja9 13-10-2021 10:41 AM
Mooverine replied at 13-10-2021 09:02 AM
Yang nombor 4 row atas tu... pompuan ke laki ya..

lelaki .. kalau sekali pandang kita pasti itu perempuan maka itu perempuan. kalau sekali pandang confuse lelaki ka perempuan, maka mungkin lelaki sebab lelaki zaman ni senang nak simulasi appearance perempuan dan ramai yang suka buat begitu... ..kalau perhatikan ada bekas misai disekeliling mulut.. sampai berbekas tu biasa lelakilah..

Quote imanjannah 13-10-2021 10:43 AM
muka masing-masing
Quote naina 13-10-2021 10:47 AM
Susah2 je mencuri. Baik kerja halal.
Oh yela dadah. Mana boleh fikir mana baik.dan.buruk
Quote musangbodoh 13-10-2021 11:49 AM
terbaiklah...sape2 nk share fb miker?? nk folow
Quote SedihPedih 13-10-2021 12:02 PM
muka masing2 jenis mmg jenis xde nur...haha.. ternyata bad pipols sgt raut muka tu
Quote belilies 13-10-2021 02:05 PM
eyansss replied at 13-10-2021 09:22 AM
aah la...  tak terfikir tang tu...

Iols curious tadi, tu yg trus gugel, jumpa cana deyols boleh curik keta yg senang2 ada cc dlm tu. Kiranya deyols mmg aim mangsa yg tinggalkan keta dgn enjin masih tpasang
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 06:33 PM
Ahhhh tengok muka pun tahu memang on crack
Quote Jitu 13-10-2021 06:41 PM
muka masing2 pun...sesuai sangat

Lihat semua komen(17)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.082798 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top