CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Nampak Bot Berpusing- Bapa Jumpa Mayat Anak Lemas Ketika Memukat

11-10-2021 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1371| Komen: 8

Description: Tumpat: Nelayan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika memukat di Pantai Sri Tujoh, di sini, hari ini.
Tumpat: Nelayan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika memukat di Pantai Sri Tujoh, di sini, hari ini.

Mayat Mohamad Farhan Abdul Razak, 23, ditemui pada 4 pagi oleh bapanya, Abdul Razak Ismail, 59, yang juga turun ke laut dengan menaiki bot berasingan.

Abang mangsa, Mohamad Farizal, 31, berkata adiknya turun ke laut menaiki bot seorang diri kira-kira 2 pagi tadi, manakala bapanya serta beberapa nelayan lain turun lebih awal.

Foto: Harian Metro
"Kedudukan bot mereka tidak jauh antara satu sama lain, namun tiada siapa menyedari bila Farhan terjatuh sebaliknya hanya nampak bot yang dinaikinya sahaja berpusing-pusing.

"Bapa yang berada tidak jauh dari bot adik segera diberitahu dan mereka cuba mencarinya sebelum ternampak mayat Farhan timbul di permukaan air," katanya ketika dihubungi, di sini.

Mohamad Farizal berkata, tiada sebarang perubahan pada mangsa, malah dia tidak menyangka kejadian lemas menjadi asbab arwah pergi buat selama-lamanya kerana Mohamad Farhan sudah biasa memukat.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pak Keral, di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan penemuan mangsa.

Mohd Razi berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 13 batu nautika dari jeti Pantai Sri Tujoh oleh bapanya sendiri sebelum membawa pulang menaiki botnya.

"Soal siasat mendapati tiada saksi melihat mangsa terjatuh, sebaliknya hanya ternampak bot berpusing di laut tanpa mangsa di dalamnya.

"Keluarganya juga memaklumkan mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit dan tiada unsur jenayah dalam kejadian," katanya sambil mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 11-10-2021 05:16 PM
Ok, sedikit OT, tp kaki dalam gmbr tu menyebabkan aku keliru kejap
Quote LautBiru52 11-10-2021 05:18 PM
slyfynx replied at 11-10-2021 05:16 PM
Ok, sedikit OT, tp kaki dalam gmbr tu menyebabkan aku keliru kejap

Tu kaki ayah dia tgh berlunjur
Quote nakkomenjugak 11-10-2021 07:32 PM
Takziah diucapkan...
Quote Thunderclouds 11-10-2021 08:12 PM
Innalillahiwainna ilaihirojiun. Takziah.
Quote lavendernovella 11-10-2021 10:34 PM
Semoga peroleh khusnul khatimah. Amin
Quote uori 11-10-2021 11:11 PM
takziah. patut dah kena wajib dah nih pakai life jacket bila ke laut
Quote Zazama 12-10-2021 12:07 AM
Takziah..
Quote KamikuP 12-10-2021 01:37 PM
Salam takziah.

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.080040 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top