CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Achey Dan Fad Kini Kumpulan Boro, Apa Jadi Dengan Bocey?

11-10-2021 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6421| Komen: 13

Description: Selebriti verstail yang dikenali ramai menerusi kumpulan Bocey, Achey dan Fad mengumumkan penyertaan mereka di dalam Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) yang akan bermula pada minggu hadapan (15 Oktobe ...
Selebriti verstail yang dikenali ramai menerusi kumpulan Bocey, Achey dan Fad mengumumkan penyertaan mereka di dalam Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) yang akan bermula pada minggu hadapan (15 Oktober 2021).


Bagaimanapun, kedua-dua pelawak ini membuat kejutan dengan memperkenalkan Atu daripada kumpulan Zero sebagai ahli kumpulan mereka yang terbaharu.Malah, nama Bocey juga telah ditukar kepada Boro. Ketika ditanya Murai.my mengenai perubahan nama tersebut, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata ia hanya bersifat sementara dan nama guna Boro digunakan untuk penyertaan mereka bersama Atu dalam MLM kali ini.

Malah, Achey juga berkata Bocey akan sentiasa tersemat pada nama mereka apatah lagi ia merupakan kenangan bersama sahabat karib mereka yang juga pelawak terkenal, Abam Bocey.


Kredit foto: Murai.my


“Tiada istilah merampas sesiapa kerana ini merupakan projek khas kami

“Malah kami juga masih dikenali sebagai Bocey. Untuk projek ini kalau kata rezeki mungkin kami akan teruskan kita tengoklah nanti

“Persiapan pula sama sebelum ini. Bak kata Datuk AC Mizal, ia ibarat ‘world cup’ untuk semua pelawak dan kami harapkan dapat buat yang terbaik” kata Achey

Bagi penyertaan Atu pula, tiada istilah bergaduh diantara adik-beradiknya Sharif dan Syaiful di dalam Zero. Menurut Sharif, dia menghormati keputusan Atu untuk mencari ‘angin baharu’ dan dalam masa yang sama turut berbesar hati apabila pelawak Danial Zaini akan sertai mereka melengkapkan trio Zero.

“Mana mungkin kami bergaduh adik-beradik. Kami menerima keputusan Atu dengan hati yang terbuka

“Kami ‘bergaduh’ pun nanti mungkin di atas pentas bersama kumpulan-kumpulan lain” dedah Sharif.

Achey dan Sharif ditemui Murai.my secara virtual di majlis sidang media perkenalan peserta-peserta MLM 2021 pada petang Khamis. Masih mengekalkan pengacara popular Datuk AC Mizal sebagai hos, MLM2021 yang bertemakan ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’ akan bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) mulai 15 Oktober, setiap Jumaat, jam 9.00 malam selama 10 minggu.

Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).

Beberapa kelainan ditampilkan bagi memberi nafas baharu dan suntikan yang lebih segar kepada keseluruhan latar persembahan MLM 2021. Di antaranya dengan memperkenalkan karakter juri misteri atau Naga Juri, yang juga merupakan salah seorang dari empat (4) orang lagi Juri Tetap. watak Naga Juri hanya akan didedahkan secara rasminya di pentas akhir MLM 2021 kelak. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 11-10-2021 11:06 AM
Balik2 muka tu jugak masuk program lawak.. nasib baik dah takde asterok
Quote bulalof 11-10-2021 11:08 AM
mesti group yg lain2 tu buat sketsa cam budak tadika.
Quote mesmerize 11-10-2021 12:27 PM
wow sukanya.. favorite ai ni group Bocey n Zero.. skrg Achey, Fad and Atu bergabung lagi ai suka.
Lawak diorang ada isi, bukan jenis kosong, bimbo atau membodohkan penonton.
Quote slyfynx 11-10-2021 01:28 PM
Balik2 muka tu jg
Quote Tokeybundle 11-10-2021 01:34 PM
Malas nak lyn
Lbh2 lg kalau ada ali susun
Mmg x la
Quote kiah_mai_pulak 11-10-2021 01:42 PM
confirm lawak kutuk fizikal ni
Quote AshkieLa 11-10-2021 03:00 PM
relevant lagi ke..
kang yg juara, naib juara.. muka sama pusing2..
yg tak dikenali sekadar cukupkan korum..
Quote belacan_gurl 11-10-2021 03:09 PM
Ada lg ke org nk tgk lawak2 bodoh ni
Quote nakkomenjugak 11-10-2021 08:39 PM
Dono
Tak ngefans pelawak2 sedeh

#worldclassonly
#seemylevel
Quote Sambalberapi 12-10-2021 08:06 AM
Ni je la modal asteruk. Dh mcm sambut raya plk tiap taun kena ada. Blk2 muka tuuuuu.... jgk. Yg menang pun muka tuuuuu... jgk. Lawak plk, lawak tuuuuu... jgk. Terpekik2 terjerit2
Quote makton 12-10-2021 08:10 AM
relevan lg ke MLM ni? buat la program lain pulak. dah la peserta nya pun muka yg sama cuma tukar2 kumpulan & tukar2 nama. bab kutuk2 fizikal tetap ada walaupun tiap2 minggu ada tema.
Quote Lentera 12-10-2021 05:36 PM
mesmerize replied at 11-10-2021 12:27 PM
wow sukanya.. favorite ai ni group Bocey n Zero.. skrg Achey, Fad and Atu bergabung lagi ai suka.
L ...

Ada harapan boro nak menang
X byk pun group yg best kali ni. Vicha join puteh
Quote sleepandream 13-10-2021 01:35 PM
host sama, peserta sama, maka juri jemputan pun bakalan recycle jua...
umpama barisan kabinet muhyiddin dan mael juaaa

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2022 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.083442 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top