CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tiga Tahun Bergelar Pensyarah, Najwa Latif Yang Dulu Tak Minat Akademik Kini Sambung PhD Pula

9-10-2021 05:50 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 10184| Komen: 91

Description: Sebut saja lagu Cinta Muka Buku, pasti ramai akan ingat penyanyi, Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif .



Sebut saja lagu Cinta Muka Buku, pasti ramai akan ingat penyanyi, Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif .

Tapi sejak beberapa tahun ini, Najwa Latif dilihat agak menyepi dari dunia seni hiburan. Rupa-rupanya dia sudah tiga tahun bergelar pensyarah sepenuh masa.

Meskipun sibuk dengan kerjayanya sebagai pensyarah, profesion itu langsung tidak menjadi penghalang untuk dirinya terus menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut laporan Harian Metro, penyanyi berusia 26 tahun ini mengakui misinya tidak lain untuk tidak berhenti mengejar ilmu selain memajukan diri sebagai seorang pendidik.



"Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan takkan pernah ada penghujung.

"Walaupun habis PhD nanti, saya rasa saya masih akan nak terus belajar dan belajar lagi. Semua ini untuk kepuasan diri dan memajukan diri sebagai pendidik serta individu.

"Saya bersyukur dapat peluang sambung belajar lagi masih terlalu seronok. Tapi ini permulaan baharu untuk terus memperbaiki diri dalam subjek yang sangat saya cintai, TESL," katanya.

Najwa juga sangat teruja ingin mendapatkan gelaran doktor meskipun baru memulakan pengajian di universiti tersebut.


"Tempoh pengajian dijangka dalam tiga hingga enam tahun. Jauh lagi perjalanan nak dapat gelaran itu namun saya rasa dapat bergelar doktor adalah pencapaian luar biasa untuk saya yang pernah tak minat akademik.

"Sekarang, saya lebih fokus nak buat tesis yang bagus sebab tak semua orang dapat peluang ini. Jadi saya nak gunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin," ujarnya.


Terbaiklah Najwa Latif, teruskan menimba ilmu sebanyak mungkin dan manfaatkan kepada orang lain pula. Semoga impian untuk mendapat gelaran Doktor akan tercapai suatu hari nanti. - CARI

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 9-10-2021 06:19 AM
Suara dia sedap.. Kenapa tak buat album?

Tapi baguslah dah ada kerjaya tetap dan sambung je belajar masa tengah rajin. Umur pun muda lagi tu. Macam iols teringin tu ada tapi otak dah tepu.. time covid pulak tak boleh belajar face to face lagi lemau nak sambung belajar
Quote amansihat 9-10-2021 07:29 AM
alhamdulilah.inilah generasi baru yg perlu kita tonjolkan dlm media.bukan cam aatok vida,rita rud,kak km dan ank-anak.  atau azwan ali.ada cahaya di hujung terowong  dan harapan dalam kegelapan media social sekarang ni.harap media social up la artis-artis yg boleh buat contoh.bukan up orang cam tok vida..dah boleh buat contoh untuk rakyat malaysia...
Quote slyfynx 9-10-2021 07:35 AM
Meskipun sibuk dengan kerjayanya sebagai pensyarah, profesion itu langsung tidak menjadi penghalang untuk dirinya terus menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Pensyarah le yang banyak sambung buat PhD
Quote Jorja 9-10-2021 07:41 AM
Bagus dia ni tak mcm tipikal org muda 20an.. congrats all the best sambung phd memang seronok bukan semua mampu
Quote bungarose 9-10-2021 08:01 AM
Suker ader artis yang positif cengginih
Berilmu.......akhlak pun bagus
Quote my_irina 9-10-2021 08:38 AM
Good job najwa...tak sia2kan usia muda
Quote trexxxxxi 9-10-2021 08:39 AM
Bagus bagus
Contoh teladan

Macam takde nampak sheol merempan
Mungkin sebab dah matang
Githuuuu meol biased dengan intelligent retis
In fact dik Wawa kalau chuol baca, tayah jadi rentis lah
Quote KIM.K 9-10-2021 08:40 AM
Tahniah najwa.
Wajib ada phd nak ngajar undergrads
Quote kakigojes 9-10-2021 09:08 AM
U go girl!!!!!
Quote redz85 9-10-2021 09:17 AM
Izin Allah nanti dapat lah gelaran Dr.

baru bangga sebab penat lelah sendiri.. bukan self claim macam setengah artis, speaker motivasi

boleh join Dr Soo Wincci
Quote umisha 9-10-2021 09:20 AM
Tahniah....
Bukan org biasa2 yg mampu hingga ke PhD
..... Suara pun sedap
Quote LadyCarefree 9-10-2021 09:29 AM
Walau xde ghuper iols suka je dgn najwa latip ni. Dia xbatak nk jd retis walau pernah ada hits meletop. Dia nyanyi pon style santai. Elok je equip diri dgn education.
Quote Jolabu 9-10-2021 09:44 AM
Ok dia ni jadi retis pun sebab minat muzik, baguslah akedemik pun dia minat mungkin dah ada gold dia nak capai, kalau wartawan interview dia pun tak meleweh MCM sesetengah retis
Quote Missfadh 9-10-2021 10:05 AM
Bagus nya dia. Matang sangat. Takde acah2 slang mat salleh pun. Tesl tu. Mcm anak actor Zulkifli. Dr izazi. Background tesl juga rasanya.
Quote cupu 9-10-2021 10:19 AM
Bagus najwa. Sbb suara adik bkn la best sgtbiasa biasa la org kata.lagu pun asyik meleweh je...akak selalu rs penat sgt dgr lagu lagu awak.sampai kdg turn off music..mmg ada sejenis lg yg kita dgr rs penat. Lagu jiwang2 bodoh.lagu jiwang ada jgk jns cerdik.sbb bait kata dia dlm.lirik najwa biasanya ayat bbnu jd lagu xmeaningful sgt. So,bagusla..popular sbg penyanyi tu bonus. Ni yg kita nak.. Org hormat kita jg kerana ilmu.
Quote Normabaru 9-10-2021 11:07 AM
tahniah dikkk

dah pemes pon xbt benda2 pelik
Quote asamfish 9-10-2021 11:57 AM
Suara sedap!  Ada wawasan!  Suka dgn artis2 macam beliau serta Nabila Razali, Fikry Ibrahim dan yang sewaktu dengannya.  Tak lupa, Dato Syafinaz .
Quote miszclassique 9-10-2021 12:00 PM
Zaman sekolah dulu dia ni pernah ranking hujung2 tak silap, mmg selalu macam gitu kan... Makin besar nanti diri sendiri tau lah apa yg diri sendiri nak.. Bagus la ada rasa nak tingkatkan diri....
Quote supermum 9-10-2021 12:03 PM
Bagus Najwa. Bijak plan kehidupan walaupun basically membesar dalam dunia artis. Rumah pun dah beli siap-siap dulu, ada kerja full time pulak tu sekarang. Nyanyi untuk extra income

Lihat semua komen(91)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.072945 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top