CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Surat Khabar Lama AHHAHA" Netizen Tergelak Besar Tengok Jihan Muse Buat Parodi Squid Game

9-10-2021 05:07 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6061| Komen: 41

Description: Bila sebut saja pasal parodi mesti ramai akan terlintas parodi Meletop yang jarang mengecewakan apabila dilakonkan oleh pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Muse.



Bila sebut saja pasal parodi mesti ramai akan terlintas parodi Meletop yang jarang mengecewakan apabila dilakonkan oleh pelawak dan pengacara  terkenal, Jihan Muse.

Bijak dan pandai membawa watak dengan mimik muka selamba membuatkan penonton tak kering gusi melihat setiap video parodi yang dihasilkan.

Terbaharu, Jihan Muse sekali lagi membuat video parodi Squid Game yang disiarkan dalam rancangan Meletop. Menerusi rakaman itu, Jihan Muse melakonkan karakter robot patung besar dalam episod permainan 'Green Light, Red Light' manakala Danial Zaini pula melakonkan watak sebagai pemain bernombor 456.

Namun apa yang disebutkan oleh Jihan lain dari dalam episod drama tersebut bunyinya agak "familiar" di kalangan rakyat Malaysia. Apa kata korang tengok sendiri rakaman ini yang di muat naik di YouTube channel MeleTOP.



Perkongsian rakaman parodi Squid Game oleh Jihan Muse ini telah meraih lebih 433 ribu tontonan dan 10 ribu tanda suka.

Rata-rata penonton sangat terhibur menyaksikan lakonan parodi oleh Jihan, Danial Zaini dan Bell Ngasri itu.


Hah macam mana korang, gelak besar ke tidak? Siapa ulang tengok lebih dua kali kita geng! - CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 9-10-2021 05:31 AM
ada sape2 gelak tak?
sape gelak bagitahu iolsss yachhh...
Quote Catpaw 9-10-2021 06:06 AM
Tak kelakapun... apa yg kelakar sangat tu... tergelak ehek sikit kat part gong gong ja...
Quote Kurex 9-10-2021 08:39 AM
Tak ketawa pun, mengekek pun tak jugak, senyum pun tak
Quote kyozsamurai 9-10-2021 08:39 AM
entahler...mcm mana boleh tergerak besar nih?
Quote missyL 9-10-2021 08:40 AM
Xpnh rase jihan kelakar
Mcm over
Quote trexxxxxi 9-10-2021 08:55 AM
Sheol kelakar? Lel.
Ke korang yang mudah terhibur?

Quote mizzmimi 9-10-2021 09:02 AM
Stone face je iols tengok this one.. Catriona jadi DSV aritu ade la sengih sikit..

Quote kitmal9545 9-10-2021 09:07 AM
setakat tu jer modal..........................tak da idea ( asterok  ...kualiti tolak tepi)
Quote harkktuih 9-10-2021 09:29 AM
Astaga.. Apa yg kelakar?
Quote Normabaru 9-10-2021 09:51 AM
dudaberhias: ada sape2 gelak tak?sape gelak bagitahu iolsss yachhh...


Seriously lame kan duda..

Tgk kt YT lg byk org dh buat parodi SG..meletop ni patut da tuka nama jd menguncup
Quote badai 9-10-2021 09:53 AM
tak paham.. maybi saya ketinggalan bas tentang isu2 terkini.. part sajat gong2 tu paham
Quote codenamedream 9-10-2021 10:02 AM
Tak kelakar pun.
Quote ezacbee 9-10-2021 11:01 AM
Aku sorang ke yg xgelak.
Part mana nak kena gelak?
Quote c===8 9-10-2021 11:03 AM
Jihan ni pelawak ke penjerit?
Quote KamikuP 9-10-2021 11:28 AM
Meolls terhibur jahhh.. uolls x terhibur ada meolls kisah? Tak kan.. ekeke
Quote makneng 9-10-2021 02:08 PM
Tgk vid time suap  daging salai masak lemak cili api....pedasss oiii x rasa nak gelak takut tersedak..mampuih
Quote Pikapikachu 9-10-2021 02:11 PM
Menguap i olz
Quote wnwa05 9-10-2021 03:05 PM
KamikuP replied at 9-10-2021 11:28 AM
Meolls terhibur jahhh.. uolls x terhibur ada meolls kisah? Tak kan.. ekeke

Kan.. Aku pun rasa lawak la jugak

Tanda2 penuaan : sukar terhibur


Larikkk
Quote dua_chzy 9-10-2021 04:44 PM
dudaberhias: ada sape2 gelak tak?sape gelak bagitahu iolsss yachhh...


Nak senyum sinis pun susah, apa lagi nak gelak.

Lihat semua komen(41)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.088296 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top