CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Wanita 'Dapat Mandat Dari TMJ' Jalankan Urusan Tukaran Mata Wang Diburu

8-10-2021 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2479| Komen: 1

Description: Polis memburu tiga individu dipercayai terbabit kes penipuan dokumen tukaran mata wang menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Polis memburu tiga individu dipercayai terbabit kes penipuan dokumen tukaran mata wang menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan itu dijalankan selepas menerima satu laporan polis pada Khamis (8 Oktober) berkenaan satu dokumen 'letter of undertaking' pertukaran mata wang dolar Amerika (AS$) kepada Ringgit Malaysia (RM).


Kredit foto: IG TMJ

"Dokumen itu didapati dikeluarkan dan ditandatangani seorang wanita warga tempatan yang bergelar Datuk Seri. Wanita ini juga mendakwa mendapat mandat daripada Tunku Mahkota Johor untuk menjalankan urusan tukaran mata wang asing AS$ kepada RM bernilai AS$200 bilion sehingga AS$5 trilion.


"Urusan ini juga melibatkan penggunaan akaun sebuah bank komersial di negara ini atas nama seorang lagi lelaki warga tempatan. Siasatan juga mendapati terdapat seorang lagi suspek iaitu lelaki tempatan bertindak sebagai proksi untuk urusan dokumen ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Ayob Khan berkata, hasil semakan melalui laman sesawang www.istiadat.gov.my mendapati suspek wanita yang didakwa bergelar Datuk Seri itu tidak didaftarkan mempunyai gelaran berkenaan.

"Siasatan dijalankan mendapati wanita ini tidak mempunyai gelaran Datuk Seri seperti didakwa, malah merupakan suspek dalam kes penipuan Draf Bank Of Tokyo pada 2011. Selain itu, kita juga dapati suspek seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai proksi adalah seorang peguam.

"Buat masa ini, siasatan masih diteruskan untuk mengesan kesemua suspek terlibat selain mengenal pasti hubungan antara mereka," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun dengan dikenakan sebat dan denda.

Justeru, beliau turut menasihatkan orang awam di negeri ini untuk tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu termasuk mereka yang mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak istana mahupun institusi diraja Johor tanpa sebarang usul periksa.



Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 9-10-2021 02:11 PM
Weiii berani mati diorg pedajal putera raja Jamaika...

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.063430 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top