CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Wanita' Berpaut Di Tebing Buat Bomba Terkejut

8-10-2021 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2480| Komen: 6

Description: Pasukan bomba di Amerika Syarikat yang dipanggil untuk menyelamatkan seorang wanita berpaut pada sebiji batu besar terkejut selepas mendapati mangsa sebenarnya adalah patung daripada penggambaran file ...
Pasukan bomba di Amerika Syarikat yang dipanggil untuk menyelamatkan seorang wanita berpaut pada sebiji batu besar terkejut selepas mendapati mangsa sebenarnya adalah patung daripada penggambaran filem, lapor agensi berita United Press International.


Jabatan Bomba Santa Barbara menyatakan, seorang saksi di Pantai Hope Ranch menghubungi talian kecemasan 911 dan melaporkan bahawa dia melihat kelibat seorang wanita terkandas di tepi sebuah tebing tanpa peralatan mendaki.


Kredit foto: Twitter

“Anggota kemudian tiba bersama trak, dron dan kenderaan pelbagai guna, namun terkejut apabila mendapati ‘wanita’ tersebut adalah patung yang digunakan dalam penggambaran filem,” demikian ciapan yang ditulis jabatan itu.


Jabatan itu bagaimanapun berkata, individu yang membuat panggilan itu melakukan tindakan yang betul dengan menghubungi 911.

“Lebih baik menghubungi kecemasan daripada tidak berbuat apa-apa,” kata jabatan itu lagi.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-10-2021 02:33 PM
kat Netflix siri 911 dan 911 long star wajib tonton yaach
Quote mejaputih 8-10-2021 02:40 PM
KamikuP replied at 8-10-2021 02:33 PM
kat Netflix siri 911 dan 911 long star wajib tonton yaach

siri 911 tu ada unsur LGBT kan..ada pasangan lesbo dan pasangan gay antara watak2 penting
Quote imanjannah 8-10-2021 03:26 PM
: tipah tertipu bang.. tipah tertipu
Quote KamikuP 8-10-2021 03:29 PM
mejaputih replied at 8-10-2021 02:40 PM
siri 911 tu ada unsur LGBT kan..ada pasangan lesbo dan pasangan gay antara watak2 penting

yg adegan LGBTQ tu 5% jahh.. lagi 95% tu yg menarik
Quote mejaputih 8-10-2021 04:20 PM
KamikuP replied at 8-10-2021 03:29 PM
yg adegan LGBTQ tu 5% jahh.. lagi 95% tu yg menarik

hihi...aah baseline dia lagi menarik...mcm2 kes yg pelik2 pun ada, sbb bomba akan tetap attend.
Quote nakkomenjugak 9-10-2021 12:39 AM
mendapati mangsa sebenarnya adalah patung daripada penggambaran filem...


So bukan mangsa la. Haha hanya acik prop jahhh

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 01:48 PM GMT+8 , Processed in 3.668903 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top