CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Jual Beg Hermes Untuk Kelangsungan Hidup Sebelum Terima Nafkah RM1.8 Juta Sebulan

8-10-2021 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7538| Komen: 117

Description: Seorang sosialitas dari Singapura, Jamie Chua mencuri perhatian apabila mengaku beberapa buah koleksi beg jenama mewah miliknya, Hermes, pernah menjadi 'penyelamat' sewaktu dirinya dalam fasa proses p ...
Seorang sosialitas dari Singapura, Jamie Chua mencuri perhatian apabila mengaku beberapa buah koleksi beg jenama mewah miliknya, Hermes, pernah menjadi 'penyelamat' sewaktu dirinya dalam fasa proses perceraian dengan bekas suaminya, Nurdian Cuaca.

Jamie yang berkahwin dengan taikun asal Indonesia selama 15 tahun dan dikurniakan dua anak itu mengaku sebelum memperoleh tuntutan nafkah dari Nurdian, dia menjual beberapa tas miliknya untuk kelangsungan hidup.


Kredit foto: IG Jamie 

Lebih tepat, Jamie mengatakan hasil penjualan beg beg tersebut dilakukan untuk menyara kehidupan dua anaknya.

Ironi, Jamie kemudian menerima nafkah sebesar RM1.8 juta sebulan selepas bercerai daripada Nurdian pada 2011. 

Perceraian tersebut membabitkan banyak 'pergelutan' harta untuk dikongsi dan dibahagikan memandangkan Jamie dan Nurdian memiliki beberapa perniagaan secara bersama.

"Selama perceraianku, saya sebenarnya menjual banyak tas Birkin untuk memberi makan anak-anakku," ujarnya seperti dilaporkan Asiaone.

Bekas pramugari itu membuat pengakuan tersebut sewaktu menjadi tetamu dalam podcast 

Menerusi temu bual berdurasi sekitar 48 minit itu, Jamie yang juga cukup terkenal sebagai pempengaruh berkongsi mengenai hobinya mengumpul koleksi beg dari jenama mewah tersebut.

Memiliki lebih 1.2 juta pengikut di Instagram, James mengaku membeli Birkin yang pertama sewaktu berusia 31 tahun.

Kesemua koleksinya disimpan dengan baik, dan setelah menjual beberapa buah, Jamie mengatakan dia masih mampu menerima pulangan yang baik.



"Nilai beg ini sangat tinggi dan ia adalah pelaburan yang sangat baik," katanya lagi.

Menurut laporan TheAsianParent, Jamie memiliki lebih 200 koleksi beg jenama Hermes. Dianggarkan harga sebuah Hermes bermula sekitar RM34,000 dan mencecah sehingga RM1.2 juta!


Sumber: Gempak

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ilacantik 8-10-2021 01:55 PM
Heheheheh, mungkin ini agaknya idola kakpam. Patutnya kakpam collect Hermes daripada collect Chanel berkaler-kaler. Boleh sustain hidup lama sikit.
Quote dua_chzy 8-10-2021 02:01 PM
Eh dah cerai rupanya acik ni?

Quote Firenzza 8-10-2021 02:14 PM
Dpt 1.8m sebulan dh blh start collect balik beg baru
Quote Meiizu 8-10-2021 02:15 PM
ilacantik replied at 8-10-2021 01:55 PM
Heheheheh, mungkin ini agaknya idola kakpam. Patutnya kakpam collect Hermes daripada collect Chanel  ...

kehkeheh ai baru nak komen pasal kepam chenel.
tapi kannn sesape nak beli 2nd sila beli dari jamie chua. dia jaga beg helookkkk, org super rich tak lenjan bag , koleksi byk kerap tukar
Quote sarahmirza 8-10-2021 02:19 PM
Pelik pulak...
Takkan masa dia kaya raya asyik beli handbag, dia langsung takde simpan duit kat bank juta2 sampai nak makan pun kena jual handbag?
Quote becir 8-10-2021 02:22 PM
Bila kumpul banyak2 macam tu terus nampak macam fake, macam gerai kat petaling Street je..
Quote Belibis 8-10-2021 02:33 PM
sarahmirza: Pelik pulak...Takkan masa dia kaya raya asyik beli handbag, dia langsung takde simpan duit kat bank juta2 sampai nak makan pun kena jual handbag?

Kelangsungan hidup marhaen untuk beli beras ,telor,kicap...kelangsungan hidup jutawan tak sama kotttt..
Quote stania83 8-10-2021 02:37 PM
i tak kaya so i disturbed tgk hermes bnyk bnyk camtu knowing duit banyak tu patutnya goes for a good  cause. mungkin dia dah banyak charity iols je busuk hati
Quote JohnyEnglish 8-10-2021 02:49 PM
Iqbal whoareyuss mampu bg 1 juta ja kat si tua tu
Quote tintin22 8-10-2021 02:55 PM
oooo pempengaruh,influenzah
Quote hareeeesah 8-10-2021 02:57 PM
Belibis: Kelangsungan hidup marhaen untuk beli beras ,telor,kicap...kelangsungan hidup jutawan tak sama kotttt..


Betul.. makanan dia pun confirm healthy food which cost berapa pulak dah. For a month, dengan anak-anak lagi confirm maid lagi nak bayar & biasa kaya sangat ni dia tak reti dah la nak cut cost mana tak perlu. Dah biasa belanja kasar teduduk… tp pandai la jugak dia jual bag dari buat benda bukan-bukan
Quote evlinne 8-10-2021 03:07 PM
Koleksi hermes kaka @dudaberhias pun sebanyak inikah?
Quote TOPwind 8-10-2021 03:10 PM
sarahmirza replied at 8-10-2021 02:19 PM
Pelik pulak...
Takkan masa dia kaya raya asyik beli handbag, dia langsung takde simpan duit kat ban ...

ini lah  di pangil marketing strategies
Quote Megikari 8-10-2021 03:21 PM
Bestnyaaa tiap2 bulan jadi jutawan. Lagi untung dia jadi janda, tak payah sakit hati tengok perangai laki, duit pun masuk free2 gitu je. Nak tukar sugarbaby sebulan sekali pun boleh
Quote shark_eow7 8-10-2021 03:34 PM
sarahmirza replied at 8-10-2021 02:19 PM
Pelik pulak...
Takkan masa dia kaya raya asyik beli handbag, dia langsung takde simpan duit kat ban ...

pelaburan kepada handbeg lebih berbaloi dr simpan duit kot dia rasa.. huuu
Quote Prickford 8-10-2021 04:49 PM
Adoi bila dah biasa mewah, miskin kejap terus menggelupur. Tak kan la kau takde duit simpanan, waima sekilo dua emas utk di trade bagi kelangsungan hidup dik oii..
Quote jas7512 8-10-2021 04:53 PM
Ini jaime chua ya.. satu lg jamie chua yg kahwin mat saleh kan..dua2 influencer...bestnya dpt rm1.8 juta bln2..tapi wonder laki dia ni dulu kaya sgt kah
Quote ninja9 8-10-2021 04:54 PM
Belibis replied at 8-10-2021 02:33 PM
Kelangsungan hidup marhaen untuk beli beras ,telor,kicap...kelangsungan hidup jutawan tak sama kot ...

aku klik sebab ada perkataan kelangsungan hidup tu.... aku ingat orang kaya dah jatu miskin papa. klik bait betul..

Quote Acikgomen 8-10-2021 05:02 PM
Taktau awat tah acik rasa birkin dgn kelly tak cantik
Acik tasty kat picotin walaupun kawan acik kata beg tu mcm timba perigi
Satu lagi acik bekenan Lindy
Lindy ni kwn acik kata mcm beg mekap pondan Phuket
Dengki tul minah tu dgn minat acik

Lihat semua komen(117)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.080652 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top