CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Penyelidik Jumpa Gua Kuno Dipenuhi Dengan Timbunan Tulang Manusia

8-10-2021 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1642| Komen: 15

Description: Riyadh: Sejumlah besar tulang manusia dan haiwan ditemukan dalam sebuah gua di Arab Saudi.
Riyadh: Sejumlah besar tulang manusia dan haiwan ditemukan dalam sebuah gua di Arab Saudi.

Lapor The Sun, timbunan tulang itu ditemukan di sebuah terowong bawah tanah besar yang dikenali sebagai Umm Jirsan.


Pasukan penyelidik percaya timbunan tulang itu dikumpulkan oleh haiwan karnivor, dubuk sejak 7,000 tahun lalu.


Foto: Stewart

Gua Umm Jirsan seluas 64.37 kilometer (km) di bawah permukaan tanah, terbentuk daripada aliran lava.

Berdasarkan Live Science, gua itu menjadi habitat dubuk selama ribuan tahun.

Pasukan penyelidik yang meneroka gua itu menerbitkan artikel mengenai penemuan mereka dalam jurnal Archaeological and Anthropological Sciences.


“Saiz dan komposisi timbunan tulang selain sisa rangka dubuk serta fosil menunjukkan ia dikumpulkan oleh dubuk belang,” jelas penyelidik itu.

Kumpulan penyelidik mengkaji sebanyak 1,900 tulang ditemukan dalam gua tersebut.

Daripada jumlah itu, lebih 40 dikenal pasti termasuk dua serpihan tengkorak manusia.

Tulang haiwan lain termasuk unta, anjing, keldai dan kambing turut ditemukan.

Pengarang kajian utama, Matthew Stewart memberitahu Live Science, tulang itu dipercayai dikumpulkan oleh dubuk belang di gua Umm Jirsan. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 8-10-2021 10:27 AM
Ikut imam nawawi dubuk boleh dimakan
Quote supermum 8-10-2021 10:52 AM
Kalau ikut cita omputeh, jumpa benda camni jangan explore further kikikikiki
Quote KIM.K 8-10-2021 11:04 AM
Tulah haritu masa nak cod kepek bawang kat satu kampung ni, ada pakcik bakor2 tulang haiwan. Iols tanya la nak buat apa tu cik. Pakcik tu kata nak buat calcium-phosphate extraction in acidic pyroglineous solvent
Quote KIM.K 8-10-2021 11:07 AM
Pastu iols tanya la standard application rate.
Pakcik kata maketh two per thousandth diluting ratio, apply every other day.
Iols pun letak kepek tepi gua cycly balik
Quote dua_chzy 8-10-2021 11:25 AM
Firenzza replied at 8-10-2021 10:27 AM
Ikut imam nawawi dubuk boleh dimakan

Kari dubuk
Kurma dubuk
Dubuk goreng kicap
Dubuk goreng kunyit
Asam pedas dubuk
Dubuk panggang madu
Paprik dubuk
Tomyam dubuk
Rendang dubuk

Matilaaaa bermacam masakan boleyhhhhh
Quote carly_lah 8-10-2021 01:12 PM
dua_chzy replied at 8-10-2021 11:25 AM
Kari dubuk
Kurma dubuk
Dubuk goreng kicap

lawak pulak menu2 ni....
Quote nakkomenjugak 9-10-2021 01:00 AM
Iol tahu dybbuk box jahhh
Quote sharlenetexas 9-10-2021 01:21 AM
dua_chzy replied at 8-10-2021 11:25 AM
Kari dubuk
Kurma dubuk
Dubuk goreng kicap

Dubuk goreng cheese meleleh.

Quote keane.somewhere 9-10-2021 05:59 AM
Ada manuskrip kuno tak?
Quote keane.somewhere 9-10-2021 06:00 AM
sharlenetexas replied at 9-10-2021 01:21 AM
Dubuk goreng cheese meleleh.

Melayu suka cheese leleh
Quote ultra78 9-10-2021 07:04 AM
KIM.K replied at 8-10-2021 11:04 AM
Tulah haritu masa nak cod kepek bawang kat satu kampung ni, ada pakcik bakor2 tulang haiwan. Iols ta ...

Dia nak buat apa dengan calcium phosphate?
Quote tikusmontok 9-10-2021 07:30 AM
dua_chzy replied at 8-10-2021 11:25 AM
Kari dubuk
Kurma dubuk
Dubuk goreng kicap

Bulgogi dubuk
Quote KIM.K 9-10-2021 08:31 AM
ultra78 replied at 9-10-2021 07:04 AM
Dia nak buat apa dengan calcium phosphate?

Apply kat kebun
Quote dua_chzy 9-10-2021 10:33 AM
tikusmontok replied at 9-10-2021 07:30 AM
Bulgogi dubuk

Soto dubuk
Bubur lambuk berdubuk
Nasik goreng dubuk USA
Burger dubuk
Nugget dubuk
Sosij dubuk
Bistik dubuk

Gituuuhhhh uolszzzzzz kalau kat nusantara ni macam2 resepi dubuk boleh buat tak la asek2 bbq ka stew ka buat kebab jaaaa macam kat Erebbbbb
Quote Ayda89 9-10-2021 05:53 PM
Port dubuk rupanya. Scary much

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.074147 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top