CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Eizlan Yusuf Baik Dengan Bekas Isteri, Pastikan Anak-Anak Sentiasa Berkasih-Sayang

8-10-2021 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4766| Komen: 59

Description: Walaupun masing-masing sudah mendirikan rumah tangga baru bersama pasangan, pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, tidak melihat ia sebagai asbab untuk tidak mengekalkan hubungan baik dengan bekas iste ...
Walaupun masing-masing sudah mendirikan rumah tangga baru bersama pasangan, pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, tidak melihat ia sebagai asbab untuk tidak mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri dan anak-anak.


Menurut Eizlan, meski sudah lapan tahun bercerai dengan bekas isterinya, Vie Shantie Haroon Khan, dia mengaku masih mengekalkan hubungan baik sebagai ibu bapa kepada tiga anak mereka.

Foto: IG

“Bukan sahaja kepada tiga orang anak hasil perkongsian hidup sebelum ini, tetapi juga dengan anak kami bersama pasangan baru sekarang.

“Maklumlah, saya kini ada anak kecil berusia 6 bulan dan begitu juga dengan Vie bersama suaminya yang kini mempunyai seorang anak.

“Hubungan kami semua sangat rapat sebagai sebuah keluarga kerana bagi saya, sebagai ibu bapa, kami perlu menyuntik nilai positiviti kepada setiap anak-anak,” katanya.



Eizlan berkata demikian semasa ditemui pada sidang media Sambutan Ulang Tahun ke-37 Aeon Group Malaysia di Setiawangsa, hari ini.

Selain itu, kata Eizlan, dia sentiasa percaya bahawa kasih sayang terhadap anak-anak walau sudah mempunyai keluarga lain, tidak wajar dibeza-bezakan.



“Baik dengan adik mereka dengan bekas isteri atau adik mereka dengan ibu tiri kini. Saya dan bekas isteri selalu terapkan bahawa mereka hidup lima beradik.

“Tak perlu beza-bezakan kasih sayang. Bagi saya, bekas isteri telah mendidik anak-anak kami dengan sangat baik dari aspek pelajaran dan didikan agama.

“Begitu juga dengan isteri saya sekarang. Dia juga merupakan isteri yang baik, pandai menguruskan rumah tangga dan anak-anak,” katanya.



Dalam pada itu, berkongsi mengenai kehidupannya yang kembali berdepan dengan situasi menjaga anak kecil, Eizlan mengaku tidak mempunyai masalah untuk menguruskan Zaelynn Rosa.

Malah, kata Eizlan, di sebalik ujian pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia juga bagaikan satu hikmah besar apabila dia berpeluang menghabiskan banyak masa bersama anak dan keluarga.



“Saya ini merupakan orang yang sangat-sangat sibuk. Jadi apabila berlakunya pandemik dan PKP, secara tak langsung saya berpeluang dapat habiskan banyak masa dengan anak dan keluarga.

“Zaelynn sangat beruntung kerana dia mendapat tumpuan penuh daripada ibu dan ayahnya di rumah.




“Ini satu rahmat dariNya buat kami sekeluarga. Walaupun ada yang melihat pandemik ini dari sudut negatif, terjejas dan sebagainya, bagi saya, di sebalik semua itu tetap ada nilai positiviti dan hikmah yang baik buat kita semua,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 8-10-2021 10:31 AM
Ini baru pipi merahhhh.. aku dulu berangan nak anak pipi merah mcm ni.. apekan daye aku itam laki aku takat putih mulayu jahhh.. terima ajelaa kuar kuar ponggong berkerak... koh koj
Quote CiliPadiSedap 8-10-2021 10:38 AM
Buritan replied at 8-10-2021 10:31 AM
Ini baru pipi merahhhh.. aku dulu berangan nak anak pipi merah mcm ni.. apekan daye aku itam laki ak ...

gosok guna kertas pasir gred arab. sure merah pipi
Quote dua_chzy 8-10-2021 10:39 AM
Akak tatau kenapa Vie Shaitan ni tak mau bertahan dengan Eizlan. Laki sheol sekarang very de, hurmmmmm
Quote dudaberhias 8-10-2021 10:48 AM
menjadi herlokkk betul anak2 eizlan yusof... genetik keherlokan heolss kuat....

sila buat anak banyak2 selagi boleh naik yachhh...

bakal jadi pelakon herlokkkk mengantikan kelindan2 lori dalam industri hiburan malaysia...
Quote dudaberhias 8-10-2021 10:51 AM
Buritan replied at 8-10-2021 10:31 AM
Ini baru pipi merahhhh.. aku dulu berangan nak anak pipi merah mcm ni.. apekan daye aku itam laki ak ...

tak silap iols petua untuk anak pipi merah... kaka buritan kena suruh kanda pyropura belikan air sirap hari2 kalau nak anak pipi merah...
lepastu setiap hari kena kerap pakai blusher... lebih afdhal makan terus blusher tu supaya dalaman pun merah cantik berglittering gittew...

nak anak mata biru pula kena selalu minum ice cream soda dan makan keropok kentang pringles original warna biru...

lagi afdhal makan nasi kerabu hari2 yang original all the way dari kelantan... confirm keluar2 anak kita nanti anak avatar...
Quote laksmanabentan 8-10-2021 10:51 AM
baby ni kalau nurse nak gomol make sense juga la kan....
Quote Bihungoreng 8-10-2021 11:00 AM
Baka heols ni helok2nya.. igt anak dgn bini baru lari genetiknya.. sekali makkkkk comey sgt.. please beranak lg ye bini eizlan..
Quote Buritan 8-10-2021 11:00 AM
dudaberhias replied at 8-10-2021 10:51 AM
tak silap iols petua untuk anak pipi merah... kaka buritan kena suruh kanda pyropura belikan air s ...

Koh koh byknya petua.. dah buat dah pipi tuu dah merah tp hat lain hitam jugak.. lagi selemuih aku tengok adelaa..
Quote Buritan 8-10-2021 11:01 AM
CiliPadiSedap replied at 8-10-2021 10:38 AM
gosok guna kertas pasir gred arab. sure merah pipi

Koh koh.. byknya  petuaa...
Quote Buritan 8-10-2021 11:02 AM
dua_chzy replied at 8-10-2021 10:39 AM
Akak tatau kenapa Vie Shaitan ni tak mau bertahan dengan Eizlan. Laki sheol sekarang very de, hurmmm ...

Kannn.. aku pun  rasa sayang tengok kat eizlan.. rugii terlepaz
Quote dua_chzy 8-10-2021 11:10 AM
Buritan replied at 8-10-2021 11:02 AM
Kannn.. aku pun  rasa sayang tengok kat eizlan.. rugii terlepaz

Tu lar. Bandingkan dengan Rahman Dahlan yang, ermmmmmmmm
Quote dudaberhias 8-10-2021 11:13 AM
dua_chzy replied at 8-10-2021 10:39 AM
Akak tatau kenapa Vie Shaitan ni tak mau bertahan dengan Eizlan. Laki sheol sekarang very de, hurmmm ...

pitih takdok kot kaka
eizlan mampu bagi cukup2 jah... tak mampu beri kemewahan seperti yang V mahukan
Quote Buritan 8-10-2021 11:14 AM
dua_chzy replied at 8-10-2021 11:10 AM
Tu lar. Bandingkan dengan Rahman Dahlan yang, ermmmmmmmm

Tu laa.. agaknya taste org cantik ni mmg kelaut dlm kot.. taste org yg kurang cantik mcm aku ni kalo dpt nak mat saleh terussss.. nak muka ala tom cruise masa jamsn top gun tuu.. tp aprkan daya tom kurus jahh yg nak kat aku
Quote dua_chzy 8-10-2021 11:16 AM
dudaberhias replied at 8-10-2021 11:13 AM
pitih takdok kot kaka
eizlan mampu bagi cukup2 jah... tak mampu beri kemewahan seperti yan ...

Takda la B40 pon Eizlan tu. Tatau ah. Some piple will never be enough kekdahnya. Muka, badan macam Eizlan tu senang ja berair tengok. Rahman Dahlan kena usap2 fefet 40 minit baru boleh on kot. Dah la katik (pendapat peribadi kakak). Tapi yang penting boleh pi Umroh di musim Covid kak kak ViShyaitan kan.
Quote dua_chzy 8-10-2021 11:18 AM
Buritan replied at 8-10-2021 11:14 AM
Tu laa.. agaknya taste org cantik ni mmg kelaut dlm kot.. taste org yg kurang cantik mcm aku ni ka ...

Kakakaka. Takat nsem dah banyak penis kot sheol merasa sejak di zaman sekolah (tuduhan jahat akak). Now fulus is more important than wajah, body tasty kekdahnya.
Quote marchikobonzo 8-10-2021 11:18 AM
Menjadi sungguh baka si eizlan ni
Quote DianaSaksen 8-10-2021 12:14 PM
Anak anak menjadi rupanya
baka eizlan memang helok
eizlan ni ada mix cina kan
Quote namr 8-10-2021 12:20 PM
dua_chzy replied at 8-10-2021 11:18 AM
Kakakaka. Takat nsem dah banyak penis kot sheol merasa sejak di zaman sekolah (tuduhan jahat akak) ...

Beliau sudah insap sistor pegi Mekah cuci dosa baru ni
Quote orkid_amani 8-10-2021 01:05 PM
Seeegaaakkkk aiiihhh baby baru dia
Boleh beranak sorg lagi baby boy. Menjadi sungguh ank dia..rugi tak kawin awai lepas menduda tu..baka segak boleh la mbiak

Lihat semua komen(59)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.078900 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top