CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Akaun Bank Tinggal RM1, Macam Mana Nak Beli Datuk" - Soffi Jikan Kini Sudah Bergelar Datuk?

8-10-2021 12:48 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6870| Komen: 41

Description: Pelakon Soffi Jikan, 51, yang terkenal sebagai Ajib di dalam filem KL Gangster dan Zul Kapan dalam filem Rock Oo! menjadi bualan ramai apabila kini dikatakan dia telah bergelar Datuk.



Pelakon Soffi Jikan, 51, yang terkenal sebagai Ajib di dalam filem KL Gangster dan Zul Kapan dalam filem Rock Oo! menjadi bualan ramai apabila kini dikatakan dia telah bergelar Datuk.

Ini kerana menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya empat hari lalu yang mana memaparkan gambar tangkap layar Wikipedia menunjukkan namanya kini sudah bergelar Datuk.

“Alhamdulillah. Rezeki pada Yg berusaha. Tq SOP oil . Baru Saja Lancar kan SOp oil & enjin treatment dengan sistem Yg canggih ganjarannya pantas tq.”  tulis Soffi Jikan di ruangan kapsyen.


Memetik Utusan, Soffi yang tidak menafikan perkara tersebut bagaimanapun memilih untuk tidak memberi komen lanjut termasuk daripada pihak mana dan sebagainya kerana bagi pelakon ini, ia berkaitan dengan urusan undang-undang.

“Saya sudah lama terima gelaran itu, tetapi tak mahu komen lebih-lebih mengenai hal itu kerana telah mendapat nasihat peguam. Anda semua akan dapat jawapannya sendiri kelak. Allah SWT tak akan menyembunyikan perkara yang baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi komen meski digesa, Soffi bagaimanapun mengaku bimbang andai tersilap kata dan perkara itu akan menimbulkan kontradiksi tertentu yang telah dipersetujui.

“Kalau saya jawab salah, tak jawab pun salah. Tapi saya rasa benda ini akan terjawab nanti, biarlah dalam bentuk surat rasmi atau sokongan bukti, itu lebih baik,” katanya.


Sementara itu, ditanya sama ada timbul kebimbangannya andai ramai pihak terutama netizen yang akan mempersoalkan gelaran itu telah dibelinya, Soffi cuma tertawa kecil.

Menurutnya, tidak mungkin dia akan melakukan hal seperti itu sedangkan baki yang tinggal dalam akaun bank juga cuma tinggal RM1.

“Nak beli gelaran Datuk? Saya boleh lampirkan tangkap layar kepada awak untuk buktikan akaun bank saya tinggal RM1 sahaja. Tak perlu temberang, saya jujur saja. Duit tinggal seringgit, macam mana nak beli? Tak masuk akallah.

“Sebelum ini pun, apabila ada yang tahu saya ada gelaran itu, ramai yang datang cuba nak minta derma dengan saya. Tapi apa yang mereka tak tahu, saya sendiri pun bukan orang senang, nak derma macam mana,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Soffi, dia juga enggan orang memanggilnya dengan gelaran tersebut kerana menganggap dia manusia biasa dan masih berusaha dalam urusan perjuangan dan misinya.

“Tapi apa pun saya syukur. Allah SWT berikan saya ketenangan walau tak senang. Dalam hidup ini, Dia bagi dua pilihan saja, senang atau tenang. Saya pilih tenang sebab orang yang senang tak selalunya tenang" katanya.


Apapun jika benar sudah bergelar Datuk, tahniah diucapkan buat Dato' Muhammad Shoffi Bin Jikan. Semoga terus sukses dalam apa saja bidang yang diceburi."Kasi sengat!". - CARI



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 8-10-2021 01:15 AM
dah 51 rupanya umur dia
Quote cikgojesss 8-10-2021 01:44 AM
fefeeling dapat nasihat peguam kejadahhhh? euww bercakap mcm hindu ko mabok ke nenek jikan? bila nak sental daki2 tu macam tebal sangat je dah.. haha
Quote Perawankota 8-10-2021 02:14 AM
Mula2 suka gak tgk dia berlakon.. Lama2 mcm apa je rasa
Quote Cik_jantung 8-10-2021 03:52 AM
Edited by Cik_jantung at 14-1-2022 07:59 AM

..........
Quote nubook 8-10-2021 04:18 AM
Ohmaiii. How come??????
Quote sukacactus 8-10-2021 06:26 AM
Oh ye ke
Tp nothing special pun gelaran semua ni,  bkn dtg skali dgn elaun ke hapa
Quote kitmal9545 8-10-2021 06:48 AM
dato tu dari mana..sapa bagi
Quote musangbodoh 8-10-2021 07:05 AM
kasi sengat je dato'....
Quote imanjannah 8-10-2021 07:19 AM
gelaran datuk jaman now
Quote jas7512 8-10-2021 07:21 AM
Ayoyo...datuk xde duit maa...apa barang
.....x guna pun gelaran datuk2 ni skrg...dah xde makna...seme org mcm blh dpt..x mcm dulu2
Quote OyaTonggek 8-10-2021 07:33 AM
kalau dato' ada bisness gagah la nk meols nk respect juga..kalau mcm gini cemane....
Quote noor2 8-10-2021 07:44 AM
Nasibla dato2 yg akak kenal semua bisnesman yg kaya raya...
Quote None68 8-10-2021 08:21 AM
Spesis makan batu jugak ni
Quote Acikgomen 8-10-2021 08:24 AM
Datuk naning lettewwwww
Quote minahgempal 8-10-2021 08:30 AM
Sapa la yg bagi gelaran kt dia nie..tk layak langsung..ke isap batu bnyk sgt smpai laloq mcm gni..
Quote reenz013 8-10-2021 08:32 AM
cmne dia leh dpt datuk hehe
Quote mdhelmi 8-10-2021 08:34 AM
asal komen mesti negatif minded
Quote laksmanabentan 8-10-2021 08:42 AM

sebab tu peguam suruh diam2 aja kot...
hihihi....
Quote JohnyEnglish 8-10-2021 08:42 AM
Bapak aku dpt gelaran Datuk gak.dia rilek2 je pgi motong getah lg.

Lihat semua komen(41)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.080192 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top