CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Followers Michelle Yeoh Tak Sampai Sejuta Tapi..." - Sarimah Ibrahim

7-10-2021 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4834| Komen: 22

Description: Penyanyi, pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan pendapatnya mengenai kenyataan seorang produser terkenal bahawa terdapat sebuah stesen TV atas talian tidak akan mengambil pelakon y ...
Penyanyi, pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan pendapatnya mengenai kenyataan  seorang produser terkenal bahawa terdapat sebuah stesen TV atas talian tidak akan mengambil pelakon yang mempunyai kurang daripada 1 juta pengikut.




Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, beliau berkongsi tangkap layar profil pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh yang mencipta nama di peringkat dunia dengan bakat lakonannya. 

Malah, pelakon Shang-Chi and the legend of the rings ini juga hanya mempunyai lebih dari 700 ribu pengikut, namun sudah dikenali ramai.



Berbangga dengan pencapaian tersebut, Sarimah berkata, terdapat ‘bintang’ yang memfokuskan kepada kualiti ,ketika sestengah daripada mereka lebih mengejar populariti.


Dia turut meminta orang ramai untuk menjadi dan memilih dengan bijak mengenai kualiti dalam industri seni.



Tinjauan Murai.my di ruangan komen mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh selebriti verstail itu.

Terdahulu, seorang penerbit tampil mempertahankan keputusan stesen TV yang menetapkan syarat bagi pelakon yang ingin muncul dalam saluran itu perlu mempunyai jumlah pengikut (followers) lebih sejuta di Instagram.



Syarikat penerbitan beliau turut menyambut baik perkara itu dan menggalakkan peminat artis berkenaan untuk memuat turun dan menonton kandungan disediakan dalam saluran tersebut.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 7-10-2021 10:57 PM
Edited by Skuau at 7-10-2021 10:59 PM

terpecik santan...kat mater...sweetnyer....'orang nak citer camni'.......
Quote Suchi 7-10-2021 11:12 PM
Aritu terjumpa ig Stephen Lang tu terkejut gak tgk follower sikit je.
Yela dia dh atuk2 kan berlakon lak jd villain mana maunya bbnu nak follow walaupun dia kira atuk2 yg perkasa gak.
Lagipun ig dia mcm bosan takde content merapu mcm bbnu skrg.
Quote trexxxxxi 7-10-2021 11:59 PM
Seriously dia ni?
Hahahadoi IDK she's bimbo

And she's not Che Puan! Come on reput cari gosh
Quote Acikgomen 8-10-2021 12:35 AM
trexxxxxi replied at 7-10-2021 11:59 PM
Seriously dia ni?
Hahahadoi IDK she's bimbo


Nasib baik chuols sebut bab fefeling dgn gelaran CP tuh
CP kulu kilir padahal laki kau tak temasuk dlm golongan kerabat yg dpt elaun kerabat kerajaan negeri ponnnn
Tak abis2 berangan nak jadi tuan puteri rentis msia yg kawin dgn kerabat yestana neh
Quote MenteriWanita 8-10-2021 01:02 AM
Berapa kali lah perlu ditekankan tentang hal nih, hidup nih kena lah ikut peredaran zaman, kita cuma manusia, bukan setaraf Nabi Yang Mulia releven dari 1400 tahun dulu, hanya naskhah picisan, bukan juga Al Quran yang masih moden walau ditulis seratus dekad lalu.

Seiring dengan zaman yang melalui arus perubahan dari media cetak ke media elektronik, kalau orang media tak terima, harap bungkus company, dari surat menyurat ke email, kalau tak boleh terima atau ikut rentak perubahan, sila melingkup.

Semua perubahan berlaku juga dalam bidang seni, zaman Ogy Ahmad Daud tak akan sama zaman Tok Ti, Zaman Awie tak kan sama zaman Naim Daniel. Nak sembang what so call expert, artis2 zaman Sarimah, hatta Sarimah sendiri pun gagal bawa industri hingga tahap tertinggi, semua artis gagal, paling tinggi industri kita, cuma zaman P. Ramlee. Kena sedar benda nih.

Kalau tak ikut arus perubahan, silakan bersedia untuk ketinggalan, mana2 artis lama memang akan paling terkesan dengan arus perubahan, sebab masing2 hanya tahu berbalah, tak nak cuba cara baru, dah selesa ditakuk lama, sudah comfort zone, ikut akal sehat manusia, relevan nya Dato Siti Cheras sebagai penyanyi bernombor adakah kerana dia hidup di alam remaja, zaman gaun merah bintang RTM.

WAKE UP LAH ARTIS LAMA, KALAU RASA NAK DAPAT FOLLOWER SEJUTA SUSAH, BELI PUN TAK NAK, ACAH NAK FOLLOWER LEGIT, JUST GIVE UP & KASI JER SEMUA JOB KAT BBNU, YOUR TIME IS UP, ACCEPT THAT YOU WON'T FIGHT FOR THOSE JOB, HATTA NAK KEJE KILANG PUN KENA ADA SPM, TAK ADA, MAIN SANA JAUH, TAK ADA PULA BUDAK2 MISKIN YANG TAK ADA SPM MERENTAN. DAH KENAPA TULISAN NIH TETIBA CAPLOCK, ROSAK KEYBOARD AKU, HALAHHHHH.
Quote SpyLeman 8-10-2021 01:06 AM
Yg sebenar2nya beliau ni ada CP atau tidak? JE pun media panggil CP. Walhal anak sedara sultan. Betul ke JE digelar CP?
Quote Sekaisilver 8-10-2021 01:25 AM
Klu pelakon setaraf Michelle Yeoh ni x yah follower ramai pun confirm org ramai dtg tgk if filem / drama dia keluar panggung / tv.
Ni jenis yg org x ingat pun nama, apatah lg cerita kau pernah berlakon.. nak plak demand payment tinggi.. membazir duit production je ambik kau berlakon sbb x leh attract penonton. Lebih2 lg kalau watak tu ramai lg org lain boleh bawak..
Production pun nak cari duit gak kan. Nak dpt rating tinggi..
Quote supermum 8-10-2021 10:06 AM
Dia A-lister. Takleh ler nak compare. Lagipun industry dia besar, cover worldwide. Ada certain A-listers, socmed pun takde contohnya Freddie Highmore tu. Dari kecik sampai ke besar berlakon, siap produce show sendiri. Senyap je dia
Quote apedehal 8-10-2021 09:05 PM
Bongoknya perbandingan luls
Quote ezacbee 8-10-2021 10:47 PM
SpyLeman replied at 8-10-2021 01:06 AM
Yg sebenar2nya beliau ni ada CP atau tidak? JE pun media panggil CP. Walhal anak sedara sultan. Betu ...

Sebenarnya mmg xde gelaran CP pun dekat JE n Sarimah. Media je lelebih.

CP utk bakal Sultanah. Cth: wife TMJ.
Quote nakkomenjugak 9-10-2021 01:54 AM
Perbandingan apakah ini
Quote anony-mous 9-10-2021 02:07 AM
Producer pon x mampu rasanya nk byr MY ni. Dan pastinya x ada producer yg berani ambil sbb cerita masing2 sampah sarap
Quote TerataiMelur02 9-10-2021 08:48 AM
ezacbee replied at 8-10-2021 10:47 PM
Sebenarnya mmg xde gelaran CP pun dekat JE n Sarimah. Media je lelebih.

CP utk bakal Sult ...

Syamim farid pun bukan la kan. Sebab dia pun orang panggil CP
Quote fadz84 9-10-2021 09:00 AM
TerataiMelur02 replied at 9-10-2021 08:48 AM
Syamim farid pun bukan la kan. Sebab dia pun orang panggil CP

Asal blh media letak gelaran.. huhu
Quote fadz84 9-10-2021 09:03 AM
supermum replied at 8-10-2021 10:06 AM
Dia A-lister. Takleh ler nak compare. Lagipun industry dia besar, cover worldwide. Ada certain A-lis ...

Baru I perasan Freddie Highmore tu pelakon Charlie & the chocolate factory.. patut masa dia kua ngn The Good Doctor puas I recall sbb muka dia familiar.. hehe
Quote September14 9-10-2021 09:18 AM
Malaysia kn bnyk cter cinta kna la amek yg pemes blakon.. klu stakat mak ayah jiran org gaji x kesah la xde followers pun kan? Ke itu pun tgk followers jgk?
Quote MatDeghem 9-10-2021 09:30 AM
Edited by MatDeghem at 9-10-2021 09:38 AM
anony-mous replied at 9-10-2021 02:07 AM
Producer pon x mampu rasanya nk byr MY ni. Dan pastinya x ada producer yg berani ambil sbb cerita ma ...


Bila Michelle yeoh baca script drama melayu...dia akan berkata....what rubbish is this. Give it to your highest followers artis.  Gituuuu
Sape eh retis yg paling top top meletopp followers?

Quote MatDeghem 9-10-2021 09:32 AM
Cik puan sarimah....artis and influencer beza.
Influencer hadap followers...tiap kali followers  Naik 100k mereka akan buat kenduri kesyukuran.

Quote missbigrockstar 9-10-2021 09:50 AM
Walaupun taraf internasional, takda lakonan Michelle Yeoh yg best dan meninggalkan kesan. Lontaran kata dia pun tak sedap.

Lihat semua komen(22)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.071355 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top