CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

PU Syed Dah Puas Tegur Kak KM - "Berniaga Dengan Cara Dosa, Rezekimu Tak Berkat"

5-10-2021 06:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6581| Komen: 59

Description: Selepas kerap disebut (tag) seorang pengguna media sosial di laman Instagram pada akaun anak pelakon veteran Normah Damanhuri yang dikenali sebagai Kak KM, Pencetus Ummah(PU) Syed meluahkan dirinya su ...
Selepas kerap disebut (tag) seorang pengguna media sosial di laman Instagram pada akaun anak pelakon veteran Normah Damanhuri yang dikenali sebagai Kak KM, Pencetus Ummah(PU) Syed meluahkan dirinya sudah puas menasihati wanita tersebut dan kini hanya mampu berdoa buatnya.


Kredit foto: IG PU Syed/Kak KM

Kontroversi mengenai Kak KM atau nama sebenanya Liana Rosli sudah tidak asing lagi di Malaysia dengan penampilannya yang seksi sering menjadi bualan hangat apatah lagi usahawan tersebut kini sarat berbadan dua.

Untuk rekod, ramai pihak sudah menegur dan menasihatinya termasuklah pendakwah terkenal ini, namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

PU Syed juga meluahkan, seharusnya suami dan ahli keluarga terdekat wajib menegur dan menasihati wanita tersebut agar dapat menutup aurat dari tatapan umum.



Selain itu, PU Syed turut menyentuh soal perniagaannya di mana jika perniagaan yang dijalankan dengan cara berdosa pasti akan memiliki rezeki yang tidak berkat.

Menyentuh soal pemakaian seksi Kak KM, pendakwah bebas ini berkongsi cadangan kepada pihak berwajib agar menguatkuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia.

Ini adalah kerana di Malaysia, dosa mendedahkan aurat dirasakan ‘normal’ dalam diri masyarakat Muslim dan disifatkan menormalisasikan dosa seperti ini sangat merbahaya.



Melihat hantaran pendakwah tersebut di Instagram, ramai bersetuju dengan pandangan PU Syed agar kerajaan dapat menggubal semula undang-undang dan menguatkuasakan pemakaian patuh syariat di hadapan umum.


Sumber: Murai

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal9545 5-10-2021 06:42 AM
tegurlah yang lain juga........................bukan kak KM sajo
Quote makadek 5-10-2021 07:18 AM
Elokla fb insta down biar smggu tak da pn tk pe ..
Quote pooh~key 5-10-2021 07:20 AM
Elehhhh dekkk….. kau cakap pasal berkat tak berkat ahli politik ambik duit suapan kontraktor nak dapatkan tender dululah dekkkkk! Itu ikutkan lagi besar impact dia dekkkk! Melibatkan negara tu dekkkk!!!
Quote Minami2013 5-10-2021 07:43 AM
Masalahnya, anak kecik lagi dah ajar benda lucah.. proudly share kat sosial media..
Quote Buritan 5-10-2021 07:50 AM
pooh~key: Elehhhh dekkk….. kau cakap pasal berkat tak berkat ahli politik ambik duit suapan kontraktor nak dapatkan tender dululah dekkkkk! Itu ikutkan lagi be ...


Yepp.. betul setujuk ckp dgn ko puki.. ini dgn org politaik sopan yg amatt..tego royal royal tu semua baru ade kote.. takat tego si km yg tarap ikan bilis di lautan tuu buat hape.. tegolaa jerung ikan paus semua tu.. keee tak berani.. koh koh
Quote nipskacang 5-10-2021 07:53 AM
I paham kalau kita semua xsuka kak km ni tapi boleh tak all these PU stop playing God?
Quote selipar_hijau 5-10-2021 08:03 AM
nak tumpang populariti kak km la tu. go go kak km!!
Quote Thunderclouds 5-10-2021 08:06 AM
Pak2 lebai ni mmg ada magic ya to tell org tu dpt pahala,org ni dok kumpul dosa,reta org tu xberkat segala bgai? Paling pelik bila time nama puak2 depa mbusuk bulih pulak declare 'Allah tgh ujiii'. Tang org dia label 'kifarah'. Menda gini dh boleh terus label atas dunia ya? Malaikat dh xyah wat kerja & xdak rahsia Allah la dh kalo gituh.
Quote Kurex 5-10-2021 08:11 AM
Artis ke 2 individu ni? Kau nak jadi reporter tapi tak reti nak letak dekat bod yg sesuai
Quote dory.thefish 5-10-2021 08:26 AM
The only PU yg aku salute PU azman je. Cara dia dakwah artis cara soft dgn jadi kawan dorg. Bukan mcm yg lain setakat kt social media je.
Quote umbut 5-10-2021 08:39 AM
Dia ada kacau ko ke pu. Suka hati dialah. Ko nak limelight ke sambil disokong bbnu setaz setazah hipokrit
Quote trexxxxxi 5-10-2021 08:46 AM
Awainya carimal bukak tered
Still salah bod

Haih bila porum nak maju laguni?

Untuk tak OT
Ai baru perasan kakkm kemam jamu dibibirnya ittew
Puas ai telek apa kebendo eh jang
Quote akuHavocczz 5-10-2021 09:09 AM
Tegur sekali je cukuplah. Tanggungjawab untuk kita tegur tu dah lepas. Kalau dia buat jugak, orang tu yang tanggung sendiri.
Quote Orix 5-10-2021 09:09 AM
pooh~key: Elehhhh dekkk….. kau cakap pasal berkat tak berkat ahli politik ambik duit suapan kontraktor nak dapatkan tender dululah dekkkkk! Itu ikutkan lagi be ...


Khuensttr
Quote electricopop 5-10-2021 09:45 AM
Another  PU nak attention. Zzz...
Quote tobobon 5-10-2021 09:53 AM
nipskacang replied at 5-10-2021 07:53 AM
I paham kalau kita semua xsuka kak km ni tapi boleh tak all these PU stop playing God?

Mana boleh.... nanti malaysia kena bala sebab banyak dosa berkumpul tak ditegur... meols tak nak kena taufan oer earthquake ke sbb bala...

P/s yg penting sudah menegur katanya..so kat akhirat kelak dia x kena soal kenapa x tegur orang bukak aurat
Quote nipskacang 5-10-2021 10:21 AM
tobobon replied at 5-10-2021 09:53 AM
Mana boleh.... nanti malaysia kena bala sebab banyak dosa berkumpul tak ditegur... meols tak nak k ...

Read between the line sis. I paham tugas amar makruf nahi munkar tu tapi xpyh la kau yg nk tentukan berkat ke tak rezeki, tu maksud i. Ckup la tegur bnde elok tak elok and apa kesan dia pd ummah.
Quote anggeriklatifah 5-10-2021 10:28 AM
Edited by anggeriklatifah at 5-10-2021 10:29 AM

Yang menegur ni cuba sekali korang balun tegur menteri2 ahli2 politik or bongkarkan kesalahan menteri2 ahli politik????



ADA BERANI ???????



yang dibongkarkannnya org awam yang popular tapi tiada kuasa kat negara


kenapa tak berani persoalkan dan bongkar kesalahn pak menteri sedangkan ianya pun kesalahan ????kenapa tak berani tegur

biar aku jawabbbbbbbbb

sebb takut periuk nasi terjejas kannn

so yg tegur menegur ni adakah ikhlas utk berdakwah???

kalau betul utk berdakwah kenapa harus memilih org utk tegur menegur???/

kalau betul berdakwah kenapa tak berani tegur pak menteri???

sebb takut libatkan periuk nasi..takut dibanned

so kalau takut semua tu dimana keikhlasan andaa?????
Quote helicornia 5-10-2021 10:43 AM
Betul la tu.kita dh tegur, selebihnya kita serah la pada diri sendiri.masing2 ada akal. tugas kita dh selesai

Lihat semua komen(59)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.073211 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top