CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Pelawak Kontroversi Dan Rakan Wanita Terlibat Kemalangan Dengan "Rider" Grab

25-9-2021 02:18 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 17099| Komen: 96

Description: Pelawak popular yang dihimpit kontroversi dan seorang rakan wanitanya telah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah motosikal penghantar makanan dalam kejadian lewat malam semalam di Johor Bahru.


Pelawak popular dan seorang rakan wanitanya telah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah motosikal penghantar makanan dalam kejadian lewat malam semalam di Johor Bahru.

Memetik Kosmo, pelawak berusia 35 tahun yang terlibat dalam beberapa siri kontroversi baru-baru ini dan pemandu wanita berusia 33 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada pukul 12.43 malam di Jalan Perniagaan Setia Utama.

"Berdasarkan siasatan awal, kereta berkenaan telah membelok ke simpang kanan jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal jenis Y15 yang datang dari arah bertentangan.

"Pemeriksaan polis mendapati kereta tersebut dipandu seorang wanita bersama penumpang lelaki iaitu rakannya yang merupakan seorang pelawak popular," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Tambah Raub, penunggang motosikal yang melakukan kerja penghantar makanan itu mengalami kecederaan luka di bahagian muka dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Siasatan polis mendapati punca kemalangan akibat pemanduan cuai oleh pemandu kereta semasa hendak membelok masuk simpang.

"Sehubungan itu, tindakan saman telah dikeluarkan ke atas pemandu kereta terbabit di bawah Rule 3(2)(B) LNN166/59," jelasnya.

Kesian abang rider Grab, akibat kecuaian orang lain tak pasal-pasal dia pula tercedera. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya.

Pesanan buat semua pemandu kenderaan, kalau nak masuk simpang tolonglah peka dengan keadaan sekeliling dan jangan lupa beri lampu signal ok!. - CARI


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 25-9-2021 02:33 AM
jeng3 siapakah pelawak itu. macam dapat agak je  
Quote rastaf 25-9-2021 02:44 AM
menyirap betul aku jenis macam ni..ni mesti kes tak bagi signal tak pun main masuk je simpang
Quote nakkomenjugak 25-9-2021 02:45 AM
Park sat.
Tapi iol memang agak side eye dengan cara abe panda grab bawak motor
*Pengalaman sendiri*
Quote AnnaSendin 25-9-2021 03:49 AM
Guava ker noks? Tapi takkan heols kan, heols agak kertu.
Quote AyaqMeloSuam 25-9-2021 04:37 AM
Hint2 xdak ka? Sapo? {:nose
Quote None68 25-9-2021 05:53 AM
Siapa ni?
Quote momoruru 25-9-2021 06:42 AM
AyaqMeloSuam replied at 25-9-2021 04:37 AM
Hint2 xdak ka? Sapo? {:nose

Kalau google ...tengok umur mmg ngam dengan sorang pelawak...memang kontrolbasi...asik dia aje kuar gosip sepanjang PKP 1, PKP 2, PKP 3....
Quote acikbrown 25-9-2021 06:51 AM
Dalam kes ni tak tau siapa yg salah. Tapi penghantar makanan ni pun selalu cuai. Mata tengok henpon sambil melilau cari alamat. Kita dah bagi signal sebatu kot..... Boleh dia hentam bontot kereta Kita. Bila kita tanya macam mana boleh langgar? Dia jawab tak nampak. Ko rasa?
Quote jemahjacjon 25-9-2021 06:54 AM
momoruru replied at 25-9-2021 06:42 AM
Kalau google ...tengok umur mmg ngam dengan sorang pelawak...memang kontrolbasi...asik dia aje kua ...

Yg join tabligh tu ke? Pastu ttbe kantoi cari ‘kawan perempuan’ dia lg?
Quote fefeeling 25-9-2021 06:58 AM
Umur 33? ‘Kawan pompuan’ dia yg lagi sorang ittew  lum sampai 33 lg kan?
Quote Kurex 25-9-2021 07:08 AM
Iols tak kisah la siapa yg salah dalam hal ni. Tapi iols pantang kalau orang nak masuk simpang / tukar link tak bagi signal. Kalau motor, iols nak masuk kanan, kau potong kanan..

Tapi kalau pemandu helok, pembonceng pun helok, iols maafkan.. tak jadi nak marah..
Quote opie5662 25-9-2021 07:54 AM
Iols ttp menyampah ngan rider makanan ni... Bawak moto mcm org gile.. Pas tu sibuk main telefon atas moto.... Ps tu terhuyung hayang atas moto.. Bile kene langgar salahkan keta.. G mamps je la... Malas nknkesian sbb dh byk kali kene.
Quote helicornia 25-9-2021 07:56 AM
Tengok gambar mcm along cham.maaf klu silap. Rasa mmg dia dok johor skrg.tp klu betul apa yg kontroversinya dia? Ex wife yg bikin kontroversi. Biar la dia nk ada gf
Quote helicornia 25-9-2021 07:57 AM
acikbrown: Dalam kes ni tak tau siapa yg salah. Tapi penghantar makanan ni pun selalu cuai. Mata tengok henpon sambil melilau cari alamat. Kita dah bagi signal s ...

Ye.almost sume bawak moto mcm setan.nk kejar malaikat maut barangkali
Quote MatDeghem 25-9-2021 08:11 AM
Letak je lah nama nya.. Dah tentu accident. Polis Kes.
Bila letak pelawak popular,  pelawak yg banyak kontrobasi... buat org speku. Nama2 pelawak lain terkait2  ... Cerita pun jadi terbelit2...
Memang suka Rakyaat buat fitnah Gituuu.
Quote kiah_mai_pulak 25-9-2021 08:15 AM
ni kot, 1 day ago kat JB
[ig]https://www.instagram.com/p/CULBJZyPddX/?utm_medium=copy_link[/ig]
Quote b_n_c 25-9-2021 08:35 AM
helicornia replied at 25-9-2021 07:57 AM
Ye.almost sume bawak moto mcm setan.nk kejar malaikat maut barangkali

hambikkkk...kejar malaikat maut terus,  selalu org sebut kejar trip...

hahahahahahahahahahahahahahahahahaha
Quote 3chanceno 25-9-2021 08:44 AM
Tauke buah tu umur 33 ke??
Quote kechikchomel 25-9-2021 08:54 AM
3chanceno replied at 25-9-2021 08:44 AM
Tauke buah tu umur 33 ke??

33 tu umur perempuan tu, pelawak kontroversi tu umur 35

Lihat semua komen(96)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.087678 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top