CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Elyana Tahan Sakit Sampai Tak Tidur- “Akhirnya Saya Mengalah”

22-9-2021 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5051| Komen: 36

Description: “Akhirnya saya mengalah,”.
“Akhirnya saya mengalah,”.

Itu luahan penyanyi, Elyana yang mendedahkan lebih sebulan menanggung kesakitan hingga terpaksa ‘menyerah diri’ untuk dimasukkan ke hospital.


Ibu kepada dua cahaya mata yang menghidap kanser limfoma tahap empat sejak lebih 10 tahun lalu itu memaklumkan kesihatannya kembali merosot menerusi Instagram.


Foto: IG

Dalam hantarannya itu, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, mendedahkan sudah lebih sebulan menderita menahan kesakitan hingga sukar melelapkan mata.

“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak boleh tidur. Hari ini (semalam) masuk ubat tahan sakit, steroid dan ambil darah.


“Ujian Covid-19 memang wajib. Esok (hari ini) pemeriksaan jantung pula. Lusa buat ujian imbasan PET (Tomography Emission Positron) dan seterusnya, kemoterapi.

“Bismillahirrohmanirrohim. ‘You can do it, Nana!'” tulisnya di laman sosial sambil menyertakan gambarnya terbaring di katil hospital.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan perkembangan keadaannya, cuma daripada rujukan PET adalah ujian pencitraan yang menunjukkan tahap aktiviti metabolik sel selain membantu mengenalpasti sel kanser.

Kebelakangan ini Elyana tampak sentiasa positif berjuang melawan penyakitnya dengan berkongsi momen menjalani sesi rawatan radioterapi.

Malah, bulan lalu penyanyi Kalis Rindu itu turut memaklumkan berat badannya menunjukkan peningkatan positif daripada 35 kilogram (kg) kepada 49 kg.

Perkongsian berkenaan tentu saja membuatkan rakan seperjuangan dalam industri seni, sahabat maya dan pengikut di platform media sosialnya terkejut.

Ramai meninggalkan kata-kata semangat di ruangan komen selain memintanya terus kuat melawan sel jahat itu.

Terdahulu, menerusi Insta Story, Elyana tidak ketinggalan berkongsi kisah mengenai kekuatan yang dikumpulkan untuk meneruskan perjuangan diri.

“Kekuatan yang aku lakonkan menjadi sebati dalam diri. Bahagian tubuh mana yang aku tak sakit? Semua sakit. 10 tahun. Semua sakit,” dedahnya lagi.

Elyana sebelum ini merahsiakan keadaannya daripada orang luar, namun membuat pendedahan itu ketika diumumkan tersingkir daripada musim keempat Gegar Vaganza keempat (GV4), pada November 2017.

Ketika itu dia memberitahu disahkan menghidap kanser kalenjar tahap dua selepas melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah.

Difahamkan kanser tersebut telah merebak ke beberapa organ badan termasuk rahim, hati dan pangkal paha. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 22-9-2021 03:46 PM
gws el..sedihnya i crush sgt kt kakak el sbb zaman rambut dia dlm video clip niat..
i suka tgk dia punya positif..menguatkan smgt kita yg tgh down
Quote slyfynx 22-9-2021 04:07 PM
edayildiz replied at 22-9-2021 03:46 PM
gws el..sedihnya i crush sgt kt kakak el sbb zaman rambut dia dlm video clip niat..
i s ...

Dan2 aku terus cari VC niat
Quote edayildiz 22-9-2021 04:16 PM
slyfynx replied at 22-9-2021 04:07 PM
Dan2 aku terus cari VC niat

herlok khenzz rambut sheols
Quote kalchi 22-9-2021 04:19 PM
Kenalan i yg dah arwah cakap, sakit kanser dia tu, sakit paling sakit dia rasa. Lebih sakit dr beranak huhu.
Quote fadz84 22-9-2021 04:20 PM
edayildiz replied at 22-9-2021 03:46 PM
gws el..sedihnya i crush sgt kt kakak el sbb zaman rambut dia dlm video clip niat..
i s ...

Masa single Niat tu dia baru umur 14 tahun. Vokal mcm penyanyi Indonesia.
Quote mrsLucky 22-9-2021 04:38 PM
kalchi replied at 22-9-2021 04:19 PM
Kenalan i yg dah arwah cakap, sakit kanser dia tu, sakit paling sakit dia rasa. Lebih sakit dr beran ...

Kalau ada cancer doc bagi ubat morphine kan? My grandfather ada cancer, kerana dah over 75 ambil morphine dan lain2 ubat sampai meninggal. Tu pun dia still mengerang kesakitan.

Semoga dijauhkan penyakit ini dari kita.
Quote kalchi 22-9-2021 04:45 PM
mrsLucky replied at 22-9-2021 04:38 PM
Kalau ada cancer doc bagi ubat morphine kan? My grandfather ada cancer, kerana dah over 75 ambil m ...

Ye betul, untuk tahan sakit tu. Tp even dgn morphine tetap satu bdn sakit katanya. Kt wad pun tgk drg mengerang sakit, tak tahan kita nengok. Mcm rasa, cabut je la nyawa tu drpd drg menderita.
Quote diss69 22-9-2021 05:09 PM
Moga elyana terus kuat menghadapi ujian kesakitan ini...akk yg baca pon turut sedih dan simpati...
Quote vee_zara 22-9-2021 05:26 PM
Semoga elyana cepat sembuh ye. Awal2 masa dia muncul dulu time tu trend juga rambut ala2 elyana pkai gelang tangan..cuma kaki ayam je sis tak brani nak ikut. {:love
Quote cmf_jeangrey 22-9-2021 06:39 PM
kalchi replied at 22-9-2021 04:19 PM
Kenalan i yg dah arwah cakap, sakit kanser dia tu, sakit paling sakit dia rasa. Lebih sakit dr beran ...

Sedangkan beranak pun x ambil morfin kan..arwah pakcik pun sakit kanser...kesian tgk mengerang tiap masa x tahan sakit...badan susut tinggal tulang dgn kulit je  
Quote potpetpotpet 22-9-2021 06:47 PM
Kuat semengat el ni.
Semoga cepat sembuh elyana..
Quote rrgal 22-9-2021 08:28 PM
Semoga Allah angkat penyakit Elyana dan sembuh secepatnya. Aamiinn
Quote ciksaenara 22-9-2021 08:31 PM
semoga terus kuat
Quote missus_meow 22-9-2021 09:09 PM
semoga diberikan kekuatan ...
Quote Mawar91 22-9-2021 09:23 PM
Semoga cept sembuh & diberikan kekuatan ye EL
Quote cap_ayam 22-9-2021 09:43 PM
Semoga cepat sembuh Elyana!
Quote spankee_fili 22-9-2021 09:51 PM
Semoga terus kuat dan dikurangkan kesakitan elyana
Dulu baca komik team medical dragon, doctor tu cakap sakitnya kanser macam kita cabut bulu kambing biri2 hidup2
Macam kena siat2 badan
Allahu..
Quote hareeeesah 22-9-2021 10:55 PM
Allah uji sebab Allah tau dia kuat sangat.. semoga diangkat segala penyakitnya
Quote Blessed_Servant 22-9-2021 11:28 PM
Kalau dah selalu sakit selalu ambil ubat morphine pun tak bagi hilang betul2 sakit tu.Patient cuma akan rasa seperti berkhayal, blurr2 macam tu.Dah takde dapat ubat terus tertido macam mula2 diintro to ubat2 opioid.Sakit mungkin kurang lah sedikit as compared to tak ambil langsung tapi bukan sepenuhnya.So sad.Kalau yg dah jadi resistance to pain killer tu doa lah uolls tak kena sakit2 teruk atau uolls terpaksa menderita tanggung sakit.Rasanya jalan taknak bagi sakit ditidurkan je lah kot.huhu.

Lihat semua komen(36)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.311909 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top