CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tinggal Di Zon Keselamatan Tapi 3 Kali Kediaman Ahli Politik Diserang

22-9-2021 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1102| Komen: 4

Description: Kediaman ahli politik di zon keselamatan di New Delhi diserang sekumpulan individu bersenjatakan kapak dan kayu.
Kediaman ahli politik di zon keselamatan di New Delhi diserang sekumpulan individu bersenjatakan kapak dan kayu.

Presiden Majlis All-India-e-Ittehad-ul Muslimeen (AIMIM), Asaduddin Owaisi berkata, 13 individu merosakkan kediamannya ketika ketiadaannya pada Selasa.



Tangkap layar daripada video tular di media sosial yang menunjukkan penyerang menceroboh kediaman Asaduddin Owaisi.

"Mereka bersenjatakan kapak dan kayu, melemparkan batu ke rumah saya, papan nama saya turut dimusnahkan.

"Kumpulan itu melaungkan slogan berbaur perkauman dan mengancam membunuh saya," kata Owaisi dalam Twitter.


Tambah Ahli Parlimen Hyderabad itu, ini kali ketiga kediaman rasminya berhampiran Bangunan Parlimen dan bangunan kerajaan lain diserang, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keselamatan di kawasan paling dipantau di New Delhi itu.

Beberapa penyerang adalah daripada kumpulan yang dikenali "Hindu Sena" (tentera Hindu) dan telah ditahan polis, kata jurucakap pihaknya kepada Bernama.

AIMIM sudah bertapak di Hyderabad selatan Telangana sejak berdekad lamanya, namun parti itu telah berkembang ke wilayah baharu seperti di Bihar, Gujarat, Uttar Pradesh, Benggala Barat dan Maharashtra untuk bertanding dalam pilihan raya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 22-9-2021 03:00 PM
Yennadey karipuley... Amma samsu soru
Quote che-cikL 22-9-2021 03:05 PM
CariMALass, opis kat depan umah org ni kan
Quote felinecat 22-9-2021 04:17 PM
Bila Islam jd minoriti.. Begitulah layanannye
Quote KamikuP 23-9-2021 10:04 AM
Mabuk todi ka apa ni?

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.063942 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top