CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dikejar, Dipukul Jemaah Wanita Kerana Serang Ustaz Ketika Ceramah

22-9-2021 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1297| Komen: 6

Description: Seorang lelaki dipukul jemaah wanita selepas dia cuba menyerang seorang penceramah di sebuah masjid.
Seorang lelaki dipukul jemaah wanita selepas dia cuba menyerang seorang penceramah di sebuah masjid.

Menurut TribunNews, video yang dimuat naik di Instagram jadetabek.info itu berlaku di Masjid Baitussyuakur, Kota Batam, Indonesia.



Kredit foto: IG jadetabek.info

Video itu memaparkan seorang penceramah yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syahid Chaniago sedang memberi ceramah sebelum muncul seorang lelaki yang tiba-tiba mahu menyerangnya di hadapan jemaah.

Kejadian itu membuatkan suasana menjadi kelam kabut dan jemaah wanita kelihatan panik lalu mengejar penyerang. 



Selepas berjaya ditahan, kelihatan wanita berbaju hitam sempat memukul penyerang terbabit di kepalanya.

Menurut pengurus masjid, Hendri Marzon, kejadian itu menyebabkan penceramah berkenaan luka di bahagian pipi kanan dipercayai ditendang penyerang terbabit.



Peristiwa itu terjadi ketika jemaah wanita sedang mengikuti pengajian rutin biasa yang dilakukan setiap pagi Isnin.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan motif serangan masih belum dikenal pasti.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-9-2021 03:03 PM
Makin banyak berita indon ye
Quote eyansss 22-9-2021 10:19 PM
sempat acik tu hentak ngan rehal…  

tapi betul la, apsal makin banyak cerita indon ni…  
Quote nakkomenjugak 23-9-2021 01:31 AM
Boleh la lepas ni buat forum untuk yendon pulak
Quote damsel_fiji 23-9-2021 07:15 AM
eyansss replied at 22-9-2021 10:19 PM
sempat acik tu hentak ngan rehal…  

tapi betul la, apsal makin banyak cerita indon ni…

dah reputs cari fetish dgn brita2 sampah dari tanah jawa..nk buat camne sis..terasa mcm forum caprut kaskus dah cari nehh
Quote KamikuP 23-9-2021 03:16 PM
Seharusnya gue bilang wow gituh?
Quote MarryPottet 23-9-2021 09:33 PM
Dia bantai lari
Acik2 pulak susah payah berjemaah kejor pelaku
Patut ustaz terus bukak silat ka silambam ka untuk pertahankan diri
Btw, Oklah jugak rupa ustaz ni, bolehlah cari makan
Kalau dia share gambo masa remaja dan disangka oppa korya, idoklah dikecam berjemaah sebagaimana pentaksub ustaz abdul somad kena

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.071140 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top