CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Bukan Muslim Tapi Berniat Suci Nak Bina Masjid

22-9-2021 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1205| Komen: 0

Description: Biarpun bergelar penganut Kristian, pelakon cantik seberang, Amanda Manopo baru-baru ini meluahkan hasrat hatinya untuk membina sebuah masjid.
Biarpun bergelar penganut Kristian, pelakon cantik seberang, Amanda Manopo baru-baru ini meluahkan hasrat hatinya untuk membina sebuah masjid.

Dalam hantaran di Instagramnya, dia meminta bantuan pengikut untuk memberi cadangan lokasi sesuai untuk membina rumah ibadah bagi peminat beragama Islam.



Kredit foto: IG Amanda

“Bismillahirrahmanirrahim. Atas izin Allah SWT dan segala rezeki yang diberikan, saya bercadang untuk membina sebuah masjid.

“Jika anda mempunyai cadangan di wilayah atau daerah yang dirasakan sesuai, anda boleh berkongsi dengan saya,” katanya.

Niat murni bekas kekasih Billy Syahputra itu lantas mendapat perhatian pengikutnya. Sikap tersebut tambah menuai pujian memandangkan Amanda bukanlah seorang Muslim.



Tidak hanya mahu membina masjid, sejak akhir-akhir ini, pelakon yang pernah membintangi filem Surat Cinta Untuk Starla itu juga dilihat sering tampil dengan imej berhijab.


Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063279 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top