CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Siapa Kecelaruan Jantina Haram Masuk Masjid – Mufti Perlis

22-9-2021 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1870| Komen: 9

Description: Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) menerusi laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis semalam menyatakan, golongan mukhannath atau mak nyah diharamkan memasuki masjid.
Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) menerusi laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis semalam menyatakan, golongan mukhannath atau mak nyah diharamkan memasuki masjid.


Pengharaman itu turut meliputi golongan transgender kerana mereka mengalami kecelaruan jantina dan boleh mengganggu suasana ibadah di dalam masjid.


Kredit foto: IG MAZA

Katanya, berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, golongan berkenaan sengaja menyerupai jantina berbeza dan termasuk dalam golongan fasik.

“Bagi golongan ini terdapat beberapa hukuman yang perlu diberikan perhatian.

“Hukuman seseorang berkhalwat dengan golongan ini sekalipun daripada jantina yang sama adalah diharamkan jika boleh menimbulkan fitnah atau mencemarkan nama baik seseorang,” katanya.


Katanya lagi, jika tidak menimbulkan fitnah maka hukumannya sama seperti seorang berkhalwat dengan jantina sama.

Tambahnya, solat jemaah golongan ini hendaklah berdasarkan jantinanya yang sebenar dan mereka diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina.

Ini kerana mereka juga dilarang mengerjakan haji dan umrah jika penampilan boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah haji dan umrah.

Dari segi pengurusan jenazah golongan ini, beliau menjelaskan, jenazah diuruskan berdasarkan jantina sebenar.
 
“Pihak pengurusan jenazah memilih mereka yang sesuai untuk mengendalikan jenazah golongan ini bagi mengelakkan fitnah.

“Lelaki dari golongan ini boleh menjadi wali dengan syarat ketika proses perwalian, dia tampil dengan perwatakan lelaki,” katanya.


Sumber: Suara Merdeka

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 21-9-2021 09:54 PM
Nyah2 masuk toilet perempuan rasa terganggu privacy, inikan pula masjid.
Quote edayildiz 21-9-2021 09:54 PM
sajjad take note
Quote nia_salina 21-9-2021 10:32 PM
i tak paham kenapa org gelakkan statement ni. its true wat! masjid kot. sbb nya i de kawan nyah. dia pg masjid pakai telekung i tanya semayang kt mana..kt belah pompuan lah katanya. fitammmm
Quote Rogue98 21-9-2021 11:02 PM
Masalah nye si Nyah sorang ni dgn 2 org kawan dia dah masuk Masjidil Haram dah pun and Jabatan Islam boleh buat bodoh jer.
Quote Mini.Me 21-9-2021 11:09 PM
Masuk masjid surau tak penah jumpa lagi...tapi toilet selalu...dah byk kali jugak laa meols bergaduh ngan nyah taktau malu masuk ladies...kadang seram jugak nak gaduh sbb tau theyols jantans tapi demi kemaslahatan memang ku maki jerr...yg pengkid pandai plak guna toilet pompuan tak berani g toilet laki2
Quote nakkomenjugak 22-9-2021 03:03 AM
Ughhhh men always in women's spaces.
Quote Gingerly 22-9-2021 01:58 PM
Aku ingatkan pemakan duit haram, penunggang agama, perogol pembunuh, penghisap dadah, pengamal santau, pendera, penyangak bertauliah yg sepatutnya lebih utama diharamkan sejid dr dimasuki makhluk2 hina ini.

Rupanya org kecelaruan jantina sahaja yg lebih jijik di mata mopti. Yg lain2 dosa dilihat dah divaksinasi gittew.. Mopti pun bodoh sesat. Sejid tu tempat bertaubat nk cari hidayah.. Mmg tempat2 pendosa nk menyucikan diri.

Bukan kau yg decide klau dah tohan kun fayakun makbulkan doa lgbt masuk Sejid tiba2 dpt hidayah. Mak nyah bernama Syam pakai telekung. Duduk bersolat sblh wanita bertelekung yg bertaraf pengamal ilmu hitam dan hari2 mengumpat di forum cari tetapi penunggang agama ittew nak kene menggelupur ke mcmana. Sejak bila telekung dijantinakan? Bodoh
Quote vee_zara 22-9-2021 04:16 PM
Gingerly: Aku ingatkan pemakan duit haram, penunggang agama, perogol pembunuh, penghisap dadah, pengamal santau, pendera, penyangak bertauliah yg sepatutnya leb ...



Kalau pondan tu tahu n terima yang diri dia tu lelaki n solat macam lelaki takde masalah kot rasanya. Sama juga macam pengkid atau tomboy, kalu dia tu solat macam perempuan di saf perempuan, pakai telekung.. pun takda masalah.

Ini cuma haram untuk pondan yang seboleh2 nak solat macam perempuan. N pengkid yang seboleh2 nak solat macam lelaki. Haram laaa. Batal saf jadinya.
Quote Fortiori02 22-9-2021 08:34 PM
nia_salina: i tak paham kenapa org gelakkan statement ni. its true wat! masjid kot. sbb nya i de kawan nyah. dia pg masjid pakai telekung i tanya s ...


Seb bek kwn2 nyah iols tak wat keje nak gi masjid, surau ni. Cuma pernah la kitorang kuar ramai2 then bila nak pi toilet, kwn2 nyah ni pun nak join sekali masuk toilet pompuan. Terus kitorang halau suruh pi toilet laki sana. Mmg kecelaruan identiti betul, hihi..

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.070961 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top