CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Hafidz Roshdi Tak Pernah Rasa Tergugat, Tak Kisah Pun Tak Jadi Hero

22-9-2021 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1582| Komen: 11

Description: Melihat semakin ramai penyanyi yang kini terjun ke dalam bidang lakonan tidak sesekali menggugat posisi Hafidz Roshdi.
Melihat semakin ramai penyanyi yang kini terjun ke dalam bidang lakonan tidak sesekali menggugat posisi Hafidz Roshdi.

Malah, Hafidz dia tidak pernah gusar dengan kehadiran penyanyi yang banyak membintangi drama tempatan kerana percaya setiap manusia mempunyai bahagian rezeki masing-masing.



Foto: FB

"Dari awal berlakon, memang begini pola perjalanan di mana ada sahaja penyanyi bergelar pelakon. Saya tidak pernah tergugat dengan kehadiran mereka.

"Insya-Allah, saya yakin rezeki sentiasa ada. Malah, saya mengamalkan konsep berkongsi dengan sesiapa sahaja.

"Alhamdulillah, sehingga hari ini, saya tidak pernah putus rezeki. Jika tidak watak hero, saya diberikan watak pembantu," katanya kepada BH Online.



Foto: IG

Oleh sebab itu, Hafidz percaya, setiap pelakon atau penyanyi mempunyai ruang dan peluang tersendiri.

"Jika penyanyi diberikan kepercayaan sebagai pelakon, itu rezeki mereka. Siapa saya untuk menidakkan rezeki mereka.

"Malah, kalau pelakon sama menjadi hero, mungkin tidak menerima tawaran watak pembantu dan sebagainya. Bagi saya, menjayakan watak hero memberikan satu tekanan besar sebab saya sudah melaluinya.

"Apabila saya diberi peluang menjadi hero kedua, saya lebih banyak dapat menerokai watak baharu. Jadi, soal tergugat tidak pernah timbul dalam diri saya," katanya.



Hafidz ditemui pada sidang media drama terbaharu berjudul Perisik Cinta Tak Diundang yang kini sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3, hari ini.

Selain Hafidz, drama adaptasi novel Perisik Cinta Tak Diundang karya Puteri Aqish arahan Azmi Mohd Hatta itu turut menampilkan Andi Bernadee, Shiha Zikir, Bella Astillah, Wani Kayrie, Salina Saibi, Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Amanda Misbun, Dynas Mokhtar, Shamsul Ghau Ghau, Enot dan ramai lagi.

Menerusi sidang media itu, Hafidz turut mengulas keinginannya bergelar penyanyi, memandangkan perlu menjayakan babak menyanyi dalam drama berkenaan.

Bagaimanapun, Hafidz mengakui, dia tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.



"Saya suka menyanyi, tetapi suara tidak sedap. Itu hakikat yang harus diakui, malah saya tiada keyakinan menyanyi.

"Sebabnya, saya memang tidak boleh menyanyi, apatah lagi, tiada bakat dalam nyanyian.

"Diberikan tugasan menyanyi menerusi drama ini sudah cukup membuatkan saya gementar, inikan pula mahu menjadi penyanyi. Bayangkan, saya kena menyanyi depan khalayak, tidak tahulah apa yang akan berlaku," katanya.-CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 22-9-2021 12:56 PM
Lupa kewujudan heols lepas i kenal hun haqeem dia ni ada rupa n berlakon best tp pendek pulak
Quote cicicumel 22-9-2021 01:02 PM
masalahnya lepas hang amik offer pelakon pembantu, terus dh xde offer pelakon utama..ka3x
Quote KamikuP 22-9-2021 01:17 PM
Dia ni kalau berlakon suka jegil2 bijik mata. Sebelah beso sebelalh kecik
Quote bedahmenjuyah 22-9-2021 09:52 PM
Mmg dia minta derma direct masuk akaun dia ke. Boleh ke mcm tu
Quote nakkomenjugak 23-9-2021 01:07 AM
Macam muka akim dah yang depan kereta tu
Quote nia_salina 23-9-2021 02:13 AM
bedahmenjuyah replied at 22-9-2021 09:52 PM
Mmg dia minta derma direct masuk akaun dia ke. Boleh ke mcm tu

sepatutnya tak boleh kan. dia ni selain belakon kerja apa eh. byk gosip baran dia ni kan
Quote LadyCarefree 23-9-2021 02:24 AM
Dia ni bagus xde gosip skandal.
Quote hanna88 23-9-2021 02:38 AM
rupa ade..tapi selalu jadi watak antagonis or second lead..
Quote putericahaya999 23-9-2021 07:57 AM
Semakin maju sebagaib2nd hero

Rezeki lg masyuk
Quote nini_azmi 23-9-2021 08:42 AM
bedahmenjuyah replied at 22-9-2021 09:52 PM
Mmg dia minta derma direct masuk akaun dia ke. Boleh ke mcm tu

Itulah i pun perasan..pastu post tu pulak off komen kat ig dia..mcm tak percaya nk derma kat personal akaun mcm ni. Ntah mereka2 cilok seratus dua pun kita taktau sbb sah2 takde org audit personal akaun
Quote bedahmenjuyah 23-9-2021 03:13 PM
nia_salina replied at 23-9-2021 02:13 AM
sepatutnya tak boleh kan. dia ni selain belakon kerja apa eh. byk gosip baran dia ni kan

Oh barwn ke dia. Nampak mcm suami solehah eh soleh.

Lihat semua komen(11)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.073390 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top