CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Akhirnya... Saintis Dah Jumpa Manfaat Kulit Durian

22-9-2021 08:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2178| Komen: 20

Description: Siapa sangka kulit durian mampu memberi manfaat kepada manusia walaupun memiliki duri yang tajam?Manfaat itu dirungkaikan oleh sekumpulan saintis di Singapura yang mendapati kulit durian boleh menjadi ...
Siapa sangka kulit durian mampu memberi manfaat kepada manusia walaupun memiliki duri yang tajam?

Manfaat itu dirungkaikan oleh sekumpulan saintis di Singapura yang mendapati kulit durian boleh menjadi pembalut gel antibakteria, sekali gus bakal menyelesaikan isu pembuangan kulit raja buah itu.


Saintis di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menjalankan uji kaji dengan menguraikan serbuk selulos daripada kulit durian selepas ia dicincang dan disejuk beku.


Foto: Reuters

Kemudian ia dicampurkan dengan gliserol, menyebabkan campuran itu menjadi hidrogel yang lembut dan seterusnya dikerat menjadi kepingan-kepingan pembalut luka.

"Di Singapura, kita makan sekitar 12 juta biji durian setahun. Maka selain isinya, kita tidak dapat berbuat apa tentang kulitnya dan ini menyebabkan pencemaran alam sekitar," kata Pengarah Program Sains Makanan dan Teknologi NTU, Profesor William Chen.


Tambahnya, teknologi yang sama boleh digunakan untuk sisa makanan lain termasuk kacang soya dan bijirin, menjadi hidrogel.

Berbanding pembalut konvensional, pembalut organo-hidrogel itu mampu membuatkan bahagian sekeliling luka berasa sejuk dan lembap, sekali gus mempercepatkan penyembuhan.

Pasukan penyelidik berkata, penggunaan bahan buangan dan yis dalam pembuatan pembalut antibakteria sangat menjimatkan dari segi kos berbanding pembuatan pembalut konvensional sedia ada di pasaran, yang melibatkan bahan antimikrobial daripada kompaun metalik seperti ion perak atau tembaga.

Seorang penjual durian, Tan Eng Chuan, berkata, dia menguruskan sekurang-kurangnya 30 tong durian dan jumlah itu bersamaan 1,800 kilogram.

Katanya menerusi penggunaan bahagian buah yang dibuang ia menjadi satu inovasi yang bersifat lestari. -CARI

Sumber: mStar Online
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 22-9-2021 08:44 AM
Ada pakej bau doyan skali tak? {:nose
Quote 7doors 22-9-2021 08:55 AM
Waah terbaik
Quote tripleid 22-9-2021 09:02 AM
Durian drpd Msia tapi  reserch by uni singaporn..suatu tamparan hebat buat universiti Msia yg dapat reserch grant beratus juta,tapi hasil yillekk..
Quote Supersirap 22-9-2021 09:07 AM
good news
Quote caprut 22-9-2021 09:17 AM
tripleid replied at 22-9-2021 09:02 AM
Durian drpd Msia tapi  reserch by uni singaporn..suatu tamparan hebat buat universiti Msia yg dapa ...

Tk ckup bajet. Kena tmbah lg 5 juta
Quote KamikuP 22-9-2021 09:21 AM
Makin mahal lah doyan lps ni
Quote JohnyEnglish 22-9-2021 09:27 AM
Aku dh lama tau manfaat kulit durian.boleh buat garu belakang yg gatal
Quote terma2nkondisi2 22-9-2021 10:13 AM
da lama x mkn doyan... ngidam lak
Quote jas7512 22-9-2021 10:18 AM
tripleid replied at 22-9-2021 09:02 AM
Durian drpd Msia tapi  reserch by uni singaporn..suatu tamparan hebat buat universiti Msia yg dapa ...

Huhu..terasa i tau....
Quote TOPwind 22-9-2021 11:03 AM
AyaqMeloSuam replied at 22-9-2021 08:44 AM
Ada pakej bau doyan skali tak? {:nose

takde bau pun boleh duna buat PAD wanita juga
Quote najib888 22-9-2021 11:17 AM
Lepas ni, adalah justifikasi dari penjual.. jual durian timbang kilo, kulit saja dah 75%; jual mahal pun bersebab..manfaat kesehatan..
Quote Artemesiaa 22-9-2021 12:53 PM
Baguslah tak adalah terbuang je macam tu ada juga manafaatnya
Quote TeropongThaico 22-9-2021 11:01 PM
Bakalan naik lagi harga durian lepas ni... Mahal sebab semua boleh guna kekdahnya
Quote mbhcsf 22-9-2021 11:24 PM
hehehe pegawai MyRA kena revised balik kriteria

hehehehe sebab? la ni uni bukan RU pulak menjana lebih baik and thriving well , now NTU Singapore pulak cipta something daripada durian....

Quote edayildiz 22-9-2021 11:32 PM
kreatif..bagus lah pasni acik2 semua berebut jual kulit duyan pulak.. i xpnh beli duyan yg ada kulit sbb xreti kopek
Quote Paiya 22-9-2021 11:55 PM
tripleid replied at 22-9-2021 09:02 AM
Durian drpd Msia tapi  reserch by uni singaporn..suatu tamparan hebat buat universiti Msia yg dapa ...

like 1000 kali komen u

dan

semoga komen ini sampai pada pihak yang berkenaan

Quote nakkomenjugak 23-9-2021 12:34 AM
Wahhh great research!
Pakai untuk hempuk kepala orang pun sedap tu
Quote becir 23-9-2021 12:43 AM
Buat baling ke muka orang yg dibenci pun best gak..nak2 politicians cam semburit tu..

Quote manzilla 23-9-2021 12:49 AM
tripleid replied at 22-9-2021 09:02 AM
Durian drpd Msia tapi  reserch by uni singaporn..suatu tamparan hebat buat universiti Msia yg dapa ...

Di Msia mesti ikut kata boss. Hasil kajian simpan saja dalam poket di punggung.

Lihat semua komen(20)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-5-2022 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.072315 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top