CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bila Bos Pos Malaysia Turun Padang Jadi Posmen

21-9-2021 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4124| Komen: 43

Description: Walaupun baru lebih sebulan bertugas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer menjadi perhatian warganet kerana bersikap ‘sporting’.
Walaupun baru lebih sebulan bertugas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer menjadi perhatian warganet kerana bersikap ‘sporting’.

Menerusi hantaran dalam akaun sosial rasmi syarikat berkenaan, beliau yang berasal dari Britain tampil ‘turun padang’ dan bertugas sebagai posmen Pos Laju di sekitar Kuala Lumpur.



Kredit foto: FB Pos Malaysia

“Terima kasih kerana sudi memilih Pos Malaysia sebagai rakan kurier anda. Kami bersyukur menerima tiga kali ganda lebih daripada kebiasaan ketika Kempen Jualan 9/9 lalu,” katanya.

Beliau yang berpengalaman 34 tahun memegang pelbagai jawatan penting dalam syarikat kurier terbesar global, DHL berpusat di Jerman itu, malah tidak kekok menghantar bungkusan.

Tambahan, beliau memang sudah biasa dengan suasana negara ini apatah lagi isterinya, June adalah warga Malaysia serta dua anaknya, Ella dan Henry menetap di ibu negara.



Kredit foto: FB Pos Malaysia

Dalam video berkenaan Brewer kelihatan ceria memunggah barangan di Pusat Pos Laju Brickfields bersebelahan KL Sentral.

Bahkan, beliau memasukkan kesemua bungkusan dengan berhati-hati ke dalam van sebelum kenderaan dipandu petugas Pos Malaysia membawanya ke beberapa rumah pelanggan.

Ada penerima bungkusan itu terperanjat melihat beliau sendiri menyerahkan barangan, namun Brewer, 56, dalam nada bersahaja hanya berkata: “Maaf, saya cuma pekerja baharu.”


Loading FB Post...

Bekas Ketua Pegawai Operasi Pos Kanada dan Ketua Pegawai E-Dagang Pos Jerman itu sebaliknya menganggap reaksi spontan mereka kerana penampilannya ala pelancong Mat Saleh.

Pelanggan terakhirnya pula menetap di tingkat 32 sebuah apartmen, namun beliau tidak keluh walaupun menaiki lif serta tetap optimis rakyat negara ini masih setia memilih Pos Malaysia.

Beliau yang memulakan karier sebagai pekerja kurier syarikat DHL pada 1984 ketika berusia 19 tahun itu, menggantikan Syed Md. Najib Syed Md. Noor yang berundur pada 1 Jun lepas.


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 21-9-2021 01:52 PM
Perut tu sangat maju ke depan. Mengah kau angkat barang.
Quote nellyberry 21-9-2021 01:57 PM
Bos j&t tak nak turun padang jugak ke?
Tolong cari barang iols, dah 2 minggu dok on hold kat gudang j&t.
Quote matchstick 21-9-2021 02:07 PM
Pandai promote. Dh tahu rakyat Malaysia mmg jakun dgn muka mat saleh. Kalau CEO jnt muka jawa tak pyh la buat mcm ni
Quote Herlina 21-9-2021 02:11 PM
Kalau penat boleh letak dulu barang kat atas perut ya Mr Brewer
Quote becir 21-9-2021 02:18 PM
Harap nasib beliau tak jadi cam ex CEO mas yg mat Saleh tu..sampai tarik diri mamat tu
Quote emera 21-9-2021 02:27 PM
nellyberry replied at 21-9-2021 01:57 PM
Bos j&t tak nak turun padang jugak ke?
Tolong cari barang iols, dah 2 minggu dok on hold kat gudang ...

Ko join tak fb group pasal j&t ni? Banyak sungguh barang hilang. Ada satu kes, beg chanel original hilang.. dah viral nombor chip beg tu, jumpa balik. Tengok gaya macam staf jugak yang songlap tapi tak sangka beg tu ada chip agaknya..
Quote epal21 21-9-2021 02:47 PM
Poslaju dah improved banyak sekarang no. Dulu barang iols selalu stuck kat pusat transit lama, sekarang ni 2 hari je dah sampai rumah. Posmennya bersopan-santun. Semoga poslaju terus maju.
Quote Xim 21-9-2021 02:57 PM
emera replied at 21-9-2021 02:27 PM
Ko join tak fb group pasal j&t ni? Banyak sungguh barang hilang. Ada satu kes, beg chanel original ...

Wahh dh jmpe beg tu ye? Brtuah dpt jmpe beg tu ....
Quote scarflicious 21-9-2021 03:01 PM
I mmg dari dulu ada soft spot dgn pos laju. Kalau hantar tak pernah main cmpk. Mesti call.

Kalau jnt.. Selamba je dpn aku dia pi campk brg.
Quote cmf_premierleag 21-9-2021 03:04 PM
matchstick replied at 21-9-2021 02:07 PM
Pandai promote. Dh tahu rakyat Malaysia mmg jakun dgn muka mat saleh. Kalau CEO jnt muka jawa tak py ...

ceo j&t is indonesian chinese yah..muka cainis..bukan muka jawa totok
Quote cmf_premierleag 21-9-2021 03:05 PM
Herlina replied at 21-9-2021 02:11 PM
Kalau penat boleh letak dulu barang kat atas perut ya Mr Brewer

kohkohkohhhhhh......dah mcm santa klos
Quote kucingitam 21-9-2021 03:06 PM
matchstick replied at 21-9-2021 02:07 PM
Pandai promote. Dh tahu rakyat Malaysia mmg jakun dgn muka mat saleh. Kalau CEO jnt muka jawa tak py ...

hahah...pandai pulak cakap melayu...lagi sampai ke tanah dorang sembah...
Quote fofuler 21-9-2021 03:14 PM
Kerja DHL dulu, start sebagai kurier. Patutlah dia macam humble gitu. Culture DHL/ Deustchepost memang tekankan respect sama sendiri. Semoga dia boleh ubah culture Posmalaysia juga, harap bertahan dengan peel tangan2 gelap politikus malaysia, kalau tak jadi macam ceo mas dulu, kejap je.
Quote Mini.Me 21-9-2021 03:22 PM
Boleh tahan CV and experiences beliau...harap boleh membangunkan lagi poslaju kasi potong jnt semula
Quote honeybee1802 21-9-2021 03:23 PM
epal21 replied at 21-9-2021 02:47 PM
Poslaju dah improved banyak sekarang no. Dulu barang iols selalu stuck kat pusat transit lama, sekar ...

Tu la..barang iols skang kalo pakai pos laju rd mcm takde stuck lama..bese kalo dr luar selangor sebelum dia stucked kt hub klia..jenuh...tp rs skang mcm dia susun lain skit...cuma ngk ada certain pos office/transit tu mcm slow skit..manual agaknya..
Bukan mudah keje pos malaysia ni...sedars aku keje jap jd supervisor kot...tgh mlm ikut bawak trailer dr town lain...yg mencsbar skang parcel besor n berat2..
Quote trexxxxxi 21-9-2021 03:24 PM
Aduiii parcel aku kena sorok 3 hari dah try track
Aku nak balik kampung ni oii
Quote honeybee1802 21-9-2021 03:25 PM
emera replied at 21-9-2021 02:27 PM
Ko join tak fb group pasal j&t ni? Banyak sungguh barang hilang. Ada satu kes, beg chanel original ...

Barang aku kalo msk jnt 301 or 601...besabar je la....nsb la takde la beli barang mahal2...thn lepas iols beli hp..rs seller tak pakai jnt..apo ntah ..
Quote Artemesiaa 21-9-2021 03:26 PM
Baguslah cuba tengok sendiri dilapangan tak duduk dalam ofis je boleh cari tahu sendiri kalau ada apa2 masaalah berbangkit

Lihat semua komen(43)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.097799 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top