CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kenal Di Grindr, Lelaki Rogol Dua Lelaki Lain

21-9-2021 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1468| Komen: 13

Description: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 14 tahun selepas didapati bersalah merogol dua lelaki lain sebelum bertindak merompak mangsa, lapor akhbar Mirrok UK semalam.
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 14 tahun selepas didapati bersalah merogol dua lelaki lain sebelum bertindak merompak mangsa, lapor akhbar Mirrok UK semalam.

Aaron Goodey, 23, yang berasal dari utara London berkenalan dengan kedua- dua mangsa menerusi aplikasi janji temu, Grindr sebelum berjumpa  mereka di kediaman masing-masing.

Goodey dilaporkan merogol mangsanya sebelum memaksa mereka mengeluarkan wang tunai daripada  mesin pengeluaran wang dan  mengancam untuk terus melakukan serangan ke atas mangsa.

Foto: Polis MET

Berdasarkan siasatan, tertuduh turut dikaitkan dengan jenayah ketiga yang berlaku pada Januari 2020, di mana seorang lagi mangsa dilaporkan diserang sebelum dipaksa mengeluarkan wang oleh ‘seorang lelaki yang baru  dikenalinya’.


Berdasarkan bukti forensik daripada mangsa jenayah pertama, siasatan lanjut termasuk rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan data telefon, Goodey disabitkan dengan ketiga-tiga insiden.

“Aaron Goodey merupakan seorang penjenayah serangan seksual yang berbahaya dan mengancam kaum lelaki di London.

“Tertuduh mempunyai akses untuk memasuki rumah-rumah mangsa sebelum menyerang mereka secara seksual serta mengancam menggunakan kekerasan untuk mendapatkan wang,” kata pegawai penyiasat, Detektif Superitendan Seb Adjei-Addoh.

Tertuduh didapati bersalah atas tiga kesalahan merogol, dua kesalahan merompak dan satu kesalahan peras ugut.

Mahkamah Wood Green menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun ke atas tertuduh pada Jumaat lepas. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trexxxxxi 21-9-2021 10:04 AM
Meanwhile di tanahair terchenta
Sogay bebas buat biz urut
Quote Skuau 21-9-2021 10:16 AM
takkan tak nampak..memang dh 'muka perogol'...pung.....
Quote akuchenta 21-9-2021 10:20 AM
Abis la dia ni di penjara jadi santapan prisoners gay
Quote akuchenta 21-9-2021 10:20 AM
Abis la dia ni di penjara jadi santapan prisoners gay
Quote Kurex 21-9-2021 11:05 AM
Mesti nalla.. kena rugul pun macam menyerah.. bila dirompak, baru nak report pulis..
Quote tikusmontok 21-9-2021 11:24 AM
Ingat kat kelate tadi
Quote Mini.Me 21-9-2021 11:57 AM
akuchenta replied at 21-9-2021 10:20 AM
Abis la dia ni di penjara jadi santapan prisoners gay

Ye dakk...tah2 dia yang rogul prisoners situ nanti hahaks
Quote chinta89 21-9-2021 12:05 PM
https://mforum.cari.com.my/forum ... =1272631&extra=

tp gtu lah CARI dalam kelas tesendiri dh ada thread pun gigih lagi nak bukakkkkkkkkkkkkk
Quote slyfynx 21-9-2021 12:13 PM
Eh, td bukan ade ke thread yang sama yang letak air quote kat perkataan perkosa tu.
Tetibe rase geram balik
Quote Fortiori02 21-9-2021 06:18 PM
Merogol, mengugut, amek duit mangsa... Elokla dok penjara lama sket org gini.
Quote Nenasketum 21-9-2021 09:06 PM
Ok gak depa ni memperkosa sesama sendrik, najis kluo ke idok?
Quote Punat_button 21-9-2021 10:46 PM
chinta89 replied at 21-9-2021 12:05 PM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1272631&extra=

tp gtu lah CARI dalam kela ...

wartawan Cari ni mana pernah berforum pun. mana pernah nampak dia komen.

taunya menyondol ja masuk2 buka thread lambat 2 hari


Quote nakkomenjugak 22-9-2021 01:51 AM
Dah ada lorrr tered nya

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.125207 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top