CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Dah Turun 20kg, Ivan Gunawan Nak Buat Pembedahan Payudara Pula

21-9-2021 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2033| Komen: 6

Description: Hos televisyen dan pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram dalam tempoh dua bulan.
Hos televisyen dan pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram dalam tempoh dua bulan.

Kesan penurunan berat badan itu, dia kini berasa lebih segar dan mudah melakukan aktiviti harian. 


Kredit foto: IG Ivan

"Rasa lebih selesa dan boleh pakai baju yang 'aneh-aneh'," katanya seperti dilaporkan Detik Hot.

Namun, Ivan masih menyasarkan untuk menurunkan lagi 20 kilogram demi menjalankan pembedahan pada bahagian payudaranya.



"Ya, saya mahu melakukan pembedahan payudara. Doakan saya. Untuk pembedahan itu saya perlu menurunkan lagi 20 kilogram.

"Tapi sebenarnya pembedahan itu untuk menarik kulit pada bahagian dada kerana tidak hilang apabila sudah susut berat badan," tambahnya.



Kongsi Ivan sebelum ini, dia akhirnya gembira apabila tidak perlu meminta tali pinggang keselamatan tambahan apabila menaiki pesawat.

"Bertahun-tahun naik pesawat walaupun kelas bisnes tapi aku masih tetap perlu tali pinggang keselamatan tambahan. Siap terpaksa berbisik minta supaya penumpang lain tak dengar.

"Tapi hari ini aku rasa seperti manusia normal, terus muat tanpa perlu tali pinggang keselamatan tambahan," tulisnya di Instagram.


Sumber: Gempak
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mini.Me 21-9-2021 04:58 PM
Nasib baik meols baca abis dulu...tabaik tauu tajuk tuu menimbulkan pitenohh
Quote Zaien 21-9-2021 05:16 PM
owhh nsib bc smpai habis hahaha okay la semoga maju jaya laaa
Quote nakkomenjugak 22-9-2021 12:50 AM
Hahahaha
Rupa da agak rembes
Kalau kurus kekar memang bergetar la mutiara khorsani mbak2 sana
Quote Shayang 23-9-2021 02:38 PM
Mini.Me replied at 21-9-2021 04:58 PM
Nasib baik meols baca abis dulu...tabaik tauu tajuk tuu menimbulkan pitenohh

Ya kalau tak buang huduh la tek kecut gelebeh tu kan.
Org lelaki dhla selalu tak berbaju nak mandi  bagai segan laa nampak dada layut gitu.
Pakai baju pun tak selesa aku penah tgk dlm tv mamat tu kena pakai bengkung bagai bhgn dada sbb segan nampak kesan melayut tu
Masa tu dia pun tgh plan nak buat pembedahan gak la bagi kemas duk terletak elok.
Quote Mini.Me 23-9-2021 04:50 PM
Shayang replied at 23-9-2021 02:38 PM
Ya kalau tak buang huduh la tek kecut gelebeh tu kan.
Org lelaki dhla selalu tak berbaju nak mand ...

Tauuu...tapi tulaa tengok tajuk ngan gmbar je dulu kan mula laa nak pitnoh macam2 hahaa...
Kwn meols pon ada sorg kurus diet dpd 100++kg...sepanjang diet journey dia pakai bengkung 2thn jgk laa amik masa...n lepas tu takde laa gelebeh sangat tek perut dia semua...tapi ada jgk dia cakap nak operate sikit repair taktau laa dah buat belom...lama dah tak jumpa
Quote None68 24-9-2021 10:13 AM
Ingatkan tambah silikon..

Lihat semua komen(6)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-1-2022 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.070444 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top