Penampilan penyanyi Mas Idayu dilihat bertudung sejak awal September lalu menarik perhatian ramai peminat dan netizen di laman sosial. Biarpun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai penampilan tersebut, rata-rata meluahkan rasa teruja dan memuji kecantikan penyanyi itu.
Bercakap kepada mStar, Mas Idayu atau nama sebenar Masidayu Mesnun, 49, berkata meskipun dia sudah tampil berhijab, namun dirinya masih individu yang sama. "Buat masa ini tak ada apa yang saya mahu kongsikan mengenai penampilan ini. "Cuma apa yang boleh saya kata, mummy masih orang yang sama... masih lagi Mas Idayu yang orang kenal sejak dulu," katanya ketika dihubungi mStar pada petang Khamis.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan ini meminta peminat dan orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
21-3-2023 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.086215 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.