Tokyo: Seorang wanita di Jepun didakwa membunuh bayinya dengan melemaskan mangsa menggunakan tisu tandas di sebuah lapangan terbang. Koyuri Kitai, 23, melahirkan bayi itu di Lapangan Terbang Haneda pada 2019.
Ketika kejadian, dia panik sebelum membunuh anaknya. Dia menanam mayat bayi itu di kawasan taman berhampiran lapangan terbang berkenaan. Ketika kejadian, bekas penuntut universiti itu dalam perjalanan ke Tokyo dari rumahnya di Kobe untuk menghadiri temu duga kerja. Namun dia melahirkan bayinya sebaik tiba di lapangan terbang.
Dalam laporan stesen penyiaran Jepun, NHK, Kitai memaklumkan kepada Mahkamah Daerah Tokyo, dia tidak mahukan bayi itu dan tiada pilihan selain membunuhnya. "Doktor memberitahu saya tidak boleh menggugurkan kandungan dan saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. "Jika saya beritahu keluarga sudah tentu mereka terkejut dan saya tidak berani bercerita mengenai kelahiran bayi ini," katanya. Bayi perempuan itu ditemui ditanam di Minato, sebelum Kitai ditahan pada November tahun lalu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
belilies replied at 17-9-2021 12:19 PM
Main tepek citer jur reput cari ni. Endingnya iols kene gugel lagi part cana deyols jumpa mayat bebi ...
Scheherazade replied at 17-9-2021 11:33 AM
Klu xleh abort, put up for adoption la
midori_katana replied at 17-9-2021 01:19 PM
nanti share cerita penuh kat board peristiwa!
belilies replied at 17-9-2021 01:51 PM
Cikgu tadika jalan dekat situ yg jumpa, 5 hari lepas kejadian. Lepas siasat, deyols tengok kat cct ...
belilies replied at 17-9-2021 01:51 PM
Cikgu tadika jalan dekat situ yg jumpa, 5 hari lepas kejadian. Lepas siasat, deyols tengok kat cct ...
missus_meow replied at 17-9-2021 02:12 PM
nape dorang highlight dia budak uni ye ... siannye baby ...
belilies replied at 17-9-2021 02:21 PM
Tatau, maybe nak kata yg educated pun pandai buang anak
belilies replied at 17-9-2021 12:19 PM
Main tepek citer jur reput cari ni. Endingnya iols kene gugel lagi part cana deyols jumpa mayat bebi ...
missus_meow replied at 17-9-2021 02:27 PM
bab buang anak tak kire educated ke tak kot ... or di jepun, educated ppl tak buat lagu tu ...?
wikedsaikel replied at 17-9-2021 06:55 PM
Uols baca website jepun ke
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
24-3-2023 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.195494 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.