CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Bingung, "Tak Boleh Tunggu Bulan Depan Ke Pergi Langkawi?"

17-9-2021 07:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15834| Komen: 145

Description: “Tak faham kenapa semua sibuk nak pergi Langkawi. Hari ini dibenarkan, hari ini juga nak pergi.”
“Tak faham kenapa semua sibuk nak pergi Langkawi. Hari ini dibenarkan, hari ini juga nak pergi.”

Itu antara luahan selebriti versatil, Nabila Huda selepas melihat ramai yang mula menjejakkan kaki untuk bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah bermula hari ini.


Menerusi beberapa ciapan Twitter, pemilik nama lengkap Nabila Huda Suhaimi itu mempersoalkan mengapa ramai yang terburu-buru untuk bercuti ke Pulang Langkawi hari ini.

Foto: IG


“Tidak berapa faham kenapa semua sibuk nak pergi Langkawi. Hari ini boleh pergi, hari ini juga semua nak pergi.

“Tak boleh tunggu minggu depan atau bulan depan? Tetap nak jugak hari ni. Kenapa ya?” soal aktres berusia 37 tahun itu.


Tambah pelakon drama, dia juga menyamakan situasi hari ini seperti kejadian apabila lokasi rekreasi air terjun dipenuhi orang ramai baru-baru ini.


“Hari itu semasa dibenarkan rentas daerah, semua jugak pergi sungai. Waktu itu juga semua nak ke sana dan sesak terus keadaan di sungai.

“Sama juga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, semua nak pergi ke pasaraya, pembelian panik,” luahnya lagi.

Ujar pelakon filem M4M4 itu, dia juga pelik dengan sikap sesetengah manusia yang suka terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara selepas diberikan kebenaran.



“Adakah sebenarnya manusia memang begini? Semua jenis tidak boleh bersabar dan Ke sebenarnya manusia memang macam ni?

“Jenis yang tidak berfikir tentang melepaskan orang lain dulu. Memang jenis, hari itu diumumkan dan waktu itu juga nak kena pergi?” ciap pengacara Melodi itu.



Hari ini, Kosmo! melaporkan pelakon terkenal Nora Danish bersama suami dan anak bongsunya selamat tiba bercuti di Pulau Langkawi.

Untuk rekod, inisiatif gelembung pelancongan di Langkawi yang bermula hari ini bakal dijadikan penanda aras supaya lebih banyak destinasi pelancongan dalam negara dibuka. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-9-2021 07:38 AM
Kau jeles kan tak dapat nak keluar..
Quote edayildiz 17-9-2021 07:55 AM
biar le dah kerajaan yg bukak
tamo p duk dendiam kat umah..msti la xblh pergi khenzz sbb .....
Quote LipasComel 17-9-2021 07:58 AM
sebab memasing kejar hrga tiket flight langkawi rm12 kot
Quote AbukRokok 17-9-2021 07:59 AM
memekaka je la lahanat2 artis ni
ko takut kekalkan duk dalam gua
takkan nak ikut ko sekali sama jadi penakut
Quote Pixie902 17-9-2021 08:15 AM
Biarla memasing nak schedule cuti sendiri, time ni je kot depa free boleh pergi Langkawi.
Asalkan dah penuhi syarat dan ikut SOP.
Quote purplelilac 17-9-2021 08:21 AM
Lah kau duduk jela diam2 x payah nak memekak pasal org. Teruskan mengaji di rumah ye
Quote asudau 17-9-2021 08:23 AM
depa memasing dapat tiket flite murah kot....biasalah promo...

cuba sekarang tengok berapa tiket pi langkawi...mencanak mahalnya
Quote mieymiey 17-9-2021 08:25 AM
Iols kalau kerajaan benarkan merentas negeri hari ni, hari ni jugak iols merentas. Ada iols kesah dengan kata-kata chuols?
Quote asudau 17-9-2021 08:29 AM
mieymiey replied at 17-9-2021 08:25 AM
Iols kalau kerajaan benarkan merentas negeri hari ni, hari ni jugak iols merentas. Ada iols kesah de ...

ha ah..entahnya kan...bior le memasing jaga diri memasing sudah...


Quote honeybee1802 17-9-2021 08:33 AM
Dah cuti kak..dah org bukak pintu...takpo la..depa kan sebhgian dr ujian tu...
Quote bulalof 17-9-2021 08:35 AM
biarlah depa kuar bercuti. boleh rakyat tau depa tu bukan susah mana pon. sebelum ni merempan kata takde duit sebab PKP bukannya apa, nak sustain life yg high cost tu je.
Quote JohnyEnglish 17-9-2021 08:38 AM
klu org pgi bulan dpn nti ko ckp nape x pgi thn dpn lak
Quote akuMNdia 17-9-2021 08:39 AM
bior ler diorg nak pi..
kot sakit ke haper ke nnti, sendiri tanggung..
Quote MisXoXo 17-9-2021 08:41 AM
..masalah hati dia ni..suruh dia belajar tgk sesuatu dengan positif ... cuba dia buat semua okk..org lain x ok..apadaaaa...
Quote trexxxxxi 17-9-2021 08:57 AM
Dengki lettew khuens
Dok bershe she pulak dah macam shishi aku baca

Abil nih da tak cemolot dengan ND kerrr
Quote cap_ayam 17-9-2021 09:16 AM
pada kaka orang2 yang pi Langkawi ni umpama hero.. sama macam orang2 yang battle vaksin AZ bulan 4 lepas.. pioneer laa kiranya mereka ini akan membuat orang lain rasa lebih yakin untuk naik ketebang/feri serta dok hotel utk bercuti.. semoga selamat pergi dan balik enjoy your holiday. jaga SOP dan kebersihan..
Quote PinkyPie 17-9-2021 09:18 AM
Kata minah terpaling sop
Quote AwanCikDania 17-9-2021 09:19 AM
cap_ayam replied at 17-9-2021 09:16 AM
pada kaka orang2 yang pi Langkawi ni umpama hero.. sama macam orang2 yang battle vaksin AZ bulan 4 l ...

Wow. Your comment ni really open up my mind.
Quote bankerpencen 17-9-2021 09:19 AM
Aku personally tak mau pergi langkawi pun tapi ok je la siapa nak pergi tu asalkan ikut SOP... lantaklah korang nak buat apa pun, bukan duit aku korang pakai. Hidupkan la balik langkawi tu I guess

Lihat semua komen(145)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.201935 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top