CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

10 Tahun Tunggu Zuriat, Azmi Caliph Buskers Korek Tabung Hantar Isteri Bersalin Hospital Swasta

16-9-2021 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8869| Komen: 79

Description: Sepuluh tahun menantikan zuriat membuatkan penyanyi Azmi Saat mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut nasihat doktor agar isterinya bersalin secara pembedahan.
Sepuluh tahun menantikan zuriat membuatkan penyanyi Azmi Saat mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut nasihat doktor agar isterinya bersalin secara pembedahan.

Menurut Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd. Saat, dia dan isteri iaitu Nazirah Muhammad memilih kaedah itu kerana enggan meletakkan risiko terhadap bayi mereka.

Teruja bakal menjadi seorang bapa, penyanyi berusia 33 tahun ini juga memilih tarikh hari lahirnya iaitu 27 September untuk menyambut kelahiran bayinya.

Foto: IG

"Alhamdulillah... kandungan isteri sudah cecah 37 minggu. Ikutkan isteri dijangka bersalin secara normal pada 8 Oktober depan.

"Tapi doktor cadangkan untuk bersalin secara pembedahan sebab dah 10 tahun kami tunggu baby. Takut tunggu lama, ada masalah pada baby.


"Bila lakukan pembedahan yang dirancang ini, kurang risiko pada baby. Jadi, kami ikut saranan doktor. Kami diberi pilihan tarikh dari 23 hingga 28 September.

"Saya pilih 27 September sempena hari lahir saya dan kebetulan isteri memang nak baby lahir hari Jumaat atau Isnin. Tarikh itu jatuh pada hari Isnin," katanya kepada mStar.



Sebelum ini, ahli kumpulan Caliph Buskers itu menerusi Instagram mendedahkan isterinya bakal melahirkan bayi mereka secara pembedahan.

Dalam pada itu, demi menghargai isteri, penyanyi lagu Hanya NamaMu ini sanggup menggunakan wang simpanan untuk pembelanjaan proses bersalin di hospital swasta.



"Insya-Allah isteri akan bersalin di sebuah hospital swasta. Kalau nak ikutkan, dalam keadaan sekarang soal pembelanjaan itu memang agak susah.

"Tapi memikirkan anak sulung dan belum tentu selepas ini ada rezeki lagi. Tak apa, saya sanggup berkorban. Lagipun, demi nak hargai isteri saya juga.

"Dia dah mengandung dan nak melahirkan anak saya. Kalau bersalin di hospital kerajaan, suami tak boleh teman. Isteri nak saya ada waktu bersalin.

"Jadi, saya gunakan duit simpanan dan duit untuk buat ubah suai rumah selain isteri pun ada tambah duit dia juga untuk pembelajaan proses bersalin," ujarnya.


Untuk rekod, Azmi mendirikan rumah tangga dengan Nazirah yang juga cacat penglihatan pada tahun 2011. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal21 16-9-2021 01:54 PM
Kandungan breach ke? Selalunya doktor memang push for normal delivery. Iols dulu doktor suruh normal delivery tapi iols yg takut jadi pilih caesar. Semoga sihat ibu & anak. Macam ni lah bapa yg bertanggungjawab, berhabis untuk anak bini. CC kepada ass ass.
Quote arffa 16-9-2021 02:56 PM
epal21 replied at 16-9-2021 01:54 PM
Kandungan breach ke? Selalunya doktor memang push for normal delivery. Iols dulu doktor suruh normal ...

Selalunya precious baby ni doktor memang tak nak tunggu sampai 40 minggu sebab banyak Kes dah hujung kehamikan baby meninggal dalam perut banyak Kes terjerut Tali pusat. Selain itu mengurangkan risiko semasa bersalin normal kot baby lemas ke etc. Precious baby ni term bagi orang yang dah lama ttc then mengandung. Macam siti nurhaliza juga masa lahirkan aafiyah dulu pun doktor suggest c-sec
Quote naina 16-9-2021 03:05 PM
Tahniahhh. Semoga selamat sihat dan dipermudahkan semuanyaa
Quote epal21 16-9-2021 03:16 PM
arffa replied at 16-9-2021 06:56 AM
Selalunya precious baby ni doktor memang tak nak tunggu sampai 40 minggu sebab banyak Kes dah huju ...

Oh, macam tu. Thanks atas pencerahannya. Semoga semuanya baik2 aje untuk ibu & baby.
Quote mijot 16-9-2021 03:23 PM
semoga selamat semuanya..
Quote MissyMolly 16-9-2021 03:29 PM
Wahai sepital2.. Xde ke yg nk seponser {:run
Quote fahima80 16-9-2021 03:43 PM
epal21 replied at 16-9-2021 01:54 PM
Kandungan breach ke? Selalunya doktor memang push for normal delivery. Iols dulu doktor suruh normal ...

Precious baby, memang doktor akan cadangkan czer. Iols dulu pun czer 38 weeks sebab precious baby. Doktor takut risiko di akhir kehamilan.
Quote rayna_raynes 16-9-2021 03:43 PM
epal21 replied at 16-9-2021 01:54 PM
Kandungan breach ke? Selalunya doktor memang push for normal delivery. Iols dulu doktor suruh normal ...

Kalau precious pregnancy memang akan doc akan push utk csect
Quote RaraLavenda 16-9-2021 03:46 PM
Semoga dipermudahkan proses kelahiran anak untuk Azmi dan isteri. Lama tu TTC.
Quote LadyCarefree 16-9-2021 04:17 PM
Xde duit tp gigih nak perabis duit ke swasta. Apa juta2 yg bersalin kat sepital kerajaan tu mati atau kedekut?
Umi laki doktor dan dia anak jutawan pun beranak hosp serdang sbb kandungan risiko tinggi.
Apa retis nak cakap ke sepital kerajaan doktor tak bagus?
Quote AwanCikDania 16-9-2021 05:12 PM
LadyCarefree replied at 16-9-2021 04:17 PM
Xde duit tp gigih nak perabis duit ke swasta. Apa juta2 yg bersalin kat sepital kerajaan tu mati ata ...

Biarlah. Maybe dia nak bagi keselesaan kat wife dia. Lagi2 time covid ni. Dengan Hosp Gov crowdednya . Asalkan tak meminta minta duit nak bayor sudehhhhh.
Quote LadyCarefree 16-9-2021 05:51 PM
AwanCikDania replied at 16-9-2021 04:12 PM
Biarlah. Maybe dia nak bagi keselesaan kat wife dia. Lagi2 time covid ni. Dengan Hosp Gov crowdedn ...

Memang biarlah sbb mana iols ada kuasa nak stop dia. Tak hingin pon. Cuma iols nak membawang. Xde duit patot kena makin bijak urus kewangan. Also nyampah dgn ramai (bukan dia) yg sibuk nk ke spital swasta dgn minta derma. Ya lantakkan tp ni porem bawang so iols nak membawang psl ni.
Quote Sham143 16-9-2021 06:06 PM
Tahniah..Semoga dipermudahkam urusan..
Quote shida81 16-9-2021 06:17 PM
LadyCarefree replied at 16-9-2021 05:51 PM
Memang biarlah sbb mana iols ada kuasa nak stop dia. Tak hingin pon. Cuma iols nak membawang. Xde  ...

Yg x mampu tp sibuk nk kan keselesaan mmg patut kene kecam... Ak pn nyampah nengokkan...
Quote aechae 16-9-2021 07:12 PM
shida81 replied at 16-9-2021 06:17 PM
Yg x mampu tp sibuk nk kan keselesaan mmg patut kene kecam... Ak pn nyampah nengokkan...

At least deme ni ada duit..just guna dlu portion duit nk renovate rumah...kang klu renovate rumah pn org ngata jugak zmn sekarang ni x gtu?
Quote cap_ayam 16-9-2021 07:18 PM
semoga selamat melahirkan ..dan ibu serta bayinya sihat..
Quote shida81 16-9-2021 07:30 PM
aechae replied at 16-9-2021 07:12 PM
At least deme ni ada duit..just guna dlu portion duit nk renovate rumah...kang klu renovate rumah  ...

Klu ada duit sukati la kan duit masing2....
Quote Nenolen 16-9-2021 07:38 PM
Tahniah Azmi dan isteri...semoga dipermudahkan urusan...amin.
Quote babycc 16-9-2021 07:50 PM
Azmi kan ada menang rancangan superlawak tu.. ada la kot balance duit kemenangan tu.. tu yg bsalin swasta..

Lihat semua komen(79)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.075721 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top