CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Risau Gemuk, Fizz Fairuz Tak Makan Dua Minggu- Akhirnya Masuk Hopital Sebab Gastrik

16-9-2021 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9710| Komen: 70

Description: Akibat mahu menurunkan berat badan sebagai persediaan sebelum memasuki set penggambaran, pelakon Datuk Fizz Fairuz mengalami masalah gastrik.
Akibat mahu menurunkan berat badan sebagai persediaan sebelum memasuki set penggambaran, pelakon Datuk Fizz Fairuz mengalami masalah gastrik.

Isterinya, Datin Almy Nadia yang dihubungi mStar berkata, Fizz dibawa ke sebuah pusat perubatan untuk pemeriksaan pada petang Selasa.


Foto: IG

Bagaimanapun aktor itu dibenarkan pulang pada hari yang sama selepas menerima rawatan.

"Semalam saya bawa dia ke hospital dan doktor masukkan air dan ubat untuk bagi dia rasa lega tapi tidak ditahan di wad.

"Doktor cakap gastrik dia banyak sebab sudah dekat dua minggu dia tak makan disebabkan asid dalam perut banyak, lepas ni kena makan betul-betul," katanya.




Sementara itu, Almy turut menambah pelakon filem Munafik itu mengalami masalah berkenaan sejak dua minggu lalu.

Perkara itu juga membuatkan berat badan pelakon filem Munafik itu susut enam kilogram.



"Dia cakap dia gemuk, berat 84 kilogram... dia nak kurus sebelum start penggambaran, sekarang Allah makbulkan niat dia nak kurus, berat badan sekarang 78 kilogram, tapi kurus sebab sakit.

"Doakan semoga my boy cepat sembuh," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GegarVaganja 16-9-2021 01:19 PM
Dah tua-tua pun bodoh ~ Abang Jamil, Madu 3
Quote newyork 16-9-2021 01:20 PM
Makan je makanan seimbang.. sakit perut seksa badan.
Quote Kakalongmu 16-9-2021 01:55 PM
May be he tak nak gemuk baya2 sang bini heeee...
Quote Fortiori02 16-9-2021 01:59 PM
Jaga portion, ambil makanan yg sihat, seimbang & exercise, insyaallah tak naik berat.
Quote mamastoney 16-9-2021 02:12 PM
Dato conscious taknak gemuk. Tp bini dato relaxed2 je menggemukkan badan. Lani mmg la pregnen, tp time tk pregnen pun datin makan banyak. Datn tk takut dato ni curang ke....tp datin tu walopun gemuk dan kepam, dia nampak comel je
Quote misssakura 16-9-2021 02:20 PM
buat atkin plus exercise... tak pyh berlapar pon
Quote Piramida 16-9-2021 02:22 PM
Nak kurus sorang2... tak aci.. ajak sekali wife.. gaya hidup sihat hihi
Quote LadyCarefree 16-9-2021 04:22 PM
Retis2 ni xleh lagi bodoh ke?
Quote cikmah78 16-9-2021 04:27 PM
suka tgk memey sediakan mkn utk norman plus utk dia dan anak3 asing,tp sejak iol ada gastrik/gerd mmg byk berpantang,mkn x mcm dlu dh
Quote bedahmenjuyah 16-9-2021 04:45 PM
Dah tua pun tak reti jaga pemakanan ke. Itu pun nak kena ajar?
Quote edayildiz 16-9-2021 04:58 PM
xsekolah ke dia ni
dia ni dulu pegawai ptptn kan?
pernah couple ngj ozlyn bini johan..
ni i baca dlm majalah mangga zaman i bdk sekolah
Quote edayildiz 16-9-2021 04:58 PM
LadyCarefree replied at 16-9-2021 04:22 PM
Retis2 ni xleh lagi bodoh ke?

dorg mmg bodoh bodoh belaka sbb tu jd rentis hihi
Quote aechae 16-9-2021 05:04 PM
Baik ko puasa mkn sahur n berbuka sikit jd lh
Quote cheezel 16-9-2021 05:05 PM
bini dia xterasa ke? laki xnk gemok tapi bini
Quote JohnyEnglish 16-9-2021 05:14 PM
Ko kan datuk musti bnyk duit.upah la consultant jaga diet kau
Quote Orix 16-9-2021 05:19 PM
Org melayu yg selalu mentakedarah, kalau nak diet, sila la amalkan diet vegan. Confirm makan sikit ataupun tak lalu nak makan banyak.
Quote Adrif 16-9-2021 05:56 PM
ini dah macam ke arah anorexia nervosa je

dah keluar hospital ada kemungkinan dia buat balik

seeloknya kena kaunseling, pakar psikiatri sekali.
Quote 3chanceno 16-9-2021 06:01 PM
Pelik tak.makan 2 minggu pasal nak kurus tak terpikir ke boleh kena gastrik?? Kalau puasa dah dapat pahala sambil berat badan berkurangan

Edisi bodoh tak boleh diajar
Quote Suchi 16-9-2021 06:05 PM
Adoii kalau berat turun sbb sakit bukannya kekal pun ianya sementara je.
Nanti bila dh sihat naik balik laa.

Belajar mana la kena berlapar kalau nk turunkan berat badan.
Upahla dietitian ke coach ke utk jaga badan ko macam retis2 hollywood tu.

Lihat semua komen(70)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.069270 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top