CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Noki K-Clique Terkejut Nyanyian Dapat Perhatian Snoop Dogg

16-9-2021 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3063| Komen: 17

Description: Terkejut dan masih tidak percaya, itu reaksi penyanyi rap Noki K-Clique apabila video nyanyiannya dua tahun lalu mendapat perhatian penyanyi rap terkenal Snoop Dogg.
Terkejut dan masih tidak percaya, itu reaksi penyanyi rap Noki K-Clique apabila video nyanyiannya dua tahun lalu mendapat perhatian penyanyi rap terkenal Snoop Dogg.

Ahli kumpulan rap K-Clique itu mengakui terharu dengan pujian yang diberikan dan tidak menyangka bintang antarabangsa itu mengambil tahu tentang industri muzik Malaysia.

"Saya baru tahu pagi Rabu, tahu pun daripada instastory orang lain. Tak sangka Snopp Dogg tengok 16 Baris. Benda ni sangat la mengejutkan... unxepected!

"Saya rasa beruntung sebab kebetulan dia screenshot part saya tengah berdiri dan muat naik di Instagram” katanya kepada mStar.


Foto: mStar

Terdahulu pada Rabu, video persembahan nyanyian rap daripada Bunga, Noki dan Who Si Jay yang dimuat naik di saluran 16 Baris pada tahun 2018 menarik perhatian penyanyi rap terkenal Snoop Dogg.


Video yang meraih 3.2 juta tontonan itu juga mendapat pujian daripada penyanyi lagu Ain't No Fun berkenaan di laman sosialnya.

"Dope show with unsinged international rappers, (persembahan terbaik daripada bukan artis antarabangsa)” tulisnya pada kapsyen.

Untuk rekod, 16 Baris merupakan saluran YouTube dikendalikan oleh Joe Flizzow yang membuka peluang kepada penyanyi rap baharu dari Malaysia, Singapura dan Indonesia menunjukkan bakat.

Dalam pada itu, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhawan Aji, 27, berkata, pujian itu sedikit sebanyak menyuntik semangatnya dalam menghasilkan karya yang lebih baik.

"Penyanyi rap luar pun sudah mula nampak perkembangan hip hop di Malaysia, so it's a good thing.

"Bila terima pujian ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya untuk menghasilkan karya yang terbaik dan terus mencipta nama di dalam dan luar negara suatu hari nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan kerjayanya, Noki memberitahu dia kini sudah menceburi dunia lakonan.

Katanya, dia bakal memulakan penggambaran drama pertama bersama rakan seperjuangan MK K-Clique.

"Okay cerita fasal berlakon, sekarang saya dah start berlakon. Noki mula penggambaran Khamis, drama apa? nanti saya akan maklumkan.

"Saya akan berlakon bersama MK dalam drama 20 episod dan akan disiarkan di Media Prima,"ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal9545 16-9-2021 01:11 PM
ntah..tak kenal...tahu tahu ujud
Quote dua_chzy 16-9-2021 04:18 PM
Kesiannya baru 1 reply. Meh akak tambah.
Quote belon_cumil 16-9-2021 04:27 PM
Nak reply gak ... all the best Noki! kena kerja keras noki ... baru reply ke-3
Quote miznora 16-9-2021 07:35 PM
Ntahla tak penah dengar
Quote holothurian 16-9-2021 08:03 PM
all the besh la Nokiii
Quote ilhamazalea 16-9-2021 08:35 PM
All the best Noki. Mcm cendawan enoki plk
Quote Carcosa 16-9-2021 11:29 PM
Kalau aku panggil dia Nok, dia marah tak?
Quote nakkomenjugak 17-9-2021 12:00 AM
Currrrlast ko nonokkk
but still rindu zaman too phat
Quote Hoola 17-9-2021 12:00 AM
Tahniah.suara mmg bagus. Achik hoola sebg pminat rap sejak muda2 dulu jaman 90an ingin mngucapkn selmt maju jaya, yo!go go go
Quote LadyCarefree 17-9-2021 12:10 AM
Lambakan pelakon tangkap muat ke? Tgk klip mkkliq dgn migha pon mcm kayu je. Pi la masuk kelas berlakon ke haper.
Quote matbad 17-9-2021 02:18 AM
Carcosa: Kalau aku panggil dia Nok, dia marah tak?

hahahaha. bkn hati tisu kot
Quote Jorja 17-9-2021 06:44 AM
congrats n keep it up u guys.. sedap juga sabahan rap
Quote smeetasmitten 17-9-2021 08:09 AM
I tengok 16baris sbb bunga  rap pakai baju kurung cotton dan tudung bawal
Quote bulalof 17-9-2021 08:37 AM
Snoop Dog gang dgn fLIZZOW. uNDER dEF jAM records. not a rocket science pon.
Quote tumpanglalu74 17-9-2021 09:44 AM
[youtube]dNTcBmtQIZ8[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=dNTcBmtQIZ8

Quote nanasno 17-9-2021 09:48 AM
aku tau 16 puasa je
Quote follesegal 17-9-2021 10:53 AM
adoiii laku betol si mk tu blakon yer.. x hbis tyg lgi the hotel tu ada lgi shooting.. tapi lakonan sgt la kayu skayu kayu nye.. kalah besi

Lihat semua komen(17)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 05:33 AM GMT+8 , Processed in 2.669720 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top