CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

19 Tahun Tertangguh, Terengganu Sedia Kuat Kuasa Hudud Dan Qisas

15-9-2021 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5111| Komen: 66

Description: Selepas 19 tahun tertangguh, kerajaan Pas Terengganu menyatakan kesediaan menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002.
Selepas 19 tahun tertangguh, kerajaan Pas Terengganu menyatakan kesediaan menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, pelaksanaan undang-undang itu bagaimanapun hanya akan direalisasikan  selepas Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU 355 diluluskan di Parlimen.




Katanya, sekiranya pembentangan RUU 355 berjalan lancar, Terengganu bakal muncul negeri pertama di Malaysia melaksanakan hukuman hudud dan qisas mengikut peruntukan diizinkan.

“InsyaAllah dalam masa terdekat kita berharap RUU 355 diluluskan, sekali gus akan memberi ruang seluasnya kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan tuntutan syarak ini kepada 96 peratus rakyat Terengganu yang beragama Islam tanpa melibatkan yang bukan Islam.


“Mahkamah syariah Terengganu bersedia pada bila-bila masa untuk membuat atau melaksanakan hudud dan qisas berdasarkan bidang kuasa ditetapkan,” katanya ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Terdahulu Satiful Bahri berkata, kerajaan negeri sudah menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.


Gambar hiasan

Dalam pada itu, katanya, beberapa siri bengkel dan dialog membabitkan penguatkuasa, pihak pendakwa dan hakim syarie telah dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan persiapan serta persediaan Terengganu ke arah pelaksanaan hukuman hudud dan qisas.

Katanya, langkah itu dalam masa sama membolehkan pihak terlibat mengkaji semula peruntukan dalam enakmen hudud dan qisas yang dibuat pada 2002 itu dari segi kesesuaian seiring dengan peredaran masa. 


Sumber: UTUSAN
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 15-9-2021 05:10 PM
Pipe pecah rakyat takde air berminggu- minggu pun lambat nk setelkan. Fikirkan dulu kebajikan rakyatlah.
Quote azwanaliori 15-9-2021 07:23 PM
Pegi hukum segala kroni yg korup dulula , sembang nk hudud bagai puiii
Quote anggeriklatifah 15-9-2021 07:27 PM
Mse jd.pembangkang dok hebohkannnnnn setiap Hari melaung laung hudud hudud hududd

So dah jadi kerajaan kena laksanakannnla..

Dulu bermusuh dgn pkr Dan dap sebb Ni la Kan..sebb pkr Dan dap Tak setuju hudud

Ni aku nak tgok umno kwn Bru dia setuju ke Tak.
Quote edayildiz 15-9-2021 08:30 PM
hukum hudud ni kalau buat maksiat yg laki kena potong kan..yg pempuan kena rejam kan..ke tak
negara mana yg guna sistem gini..aghanistan guna tak? brunei kan
Quote iman_kasih 15-9-2021 08:58 PM
Go Ganu go
Baru la boleh panggil kerajaan Islam PAS


Quote Kurex 15-9-2021 09:13 PM
Hujum hudud qisas ni terpaksai utk rakyat.. vip kebal yach..

Kalau nak buat hukuman apa semua, pastikan negara tu maju dulu

Muka yg baju purple nibtakde nurrrrrrrrrrr
Quote lyshafull 15-9-2021 09:18 PM
Dak2 ganu dtg kl or selangor kebnyakkan culture shock balik ganu terus jadi baik … ade yg iolls kenal dtg selnhor or kl sbb nk clubbing .. bukn semua la ni beberpa kenalan iolls la
Quote kakikuDibibirmu 15-9-2021 09:29 PM
Akak culture shock dengan nasi lemak Terengganu, ada ka patut depa pi bubuh ikan tongkol sebagai pengganti ikan bilis dalam nasi lemak, menyumpah-nyumpah akak selama 3-4 hari dengan nasi lemak Terengganu yang hazabedah tu
Quote melinda_kerr 15-9-2021 09:29 PM
kakikuDibibirmu replied at 15-9-2021 09:29 PM
Akak culture shock dengan nasi lemak Terengganu, ada ka patut depa pi bubuh ikan tongkol sebagai pen ...

Sedap kot… uols je tk suka..hehehe
Quote becir 15-9-2021 09:39 PM
Lol tganu..istana sultan billion of RM, Bandar kt sedih namatey...
Quote axl_bach 15-9-2021 10:41 PM
edayildiz replied at 15-9-2021 08:30 PM
hukum hudud ni kalau buat maksiat yg laki kena potong kan..yg pempuan kena rejam kan..ke tak
negara ...

Maksiat apa?

Hudud ni adalah cabang undang2 jenayah syariah,  disamping Ta3zir,  qisas,  Diyat...

Hudud adalah undang2 khusus yg dlmnya ada beberapa kesahan khusus saja,  antaranya berkaitan zina,  minum arak,  murtad,  dan bughah.

Quote edayildiz 15-9-2021 10:45 PM
axl_bach replied at 15-9-2021 10:41 PM
Maksiat apa?

Hudud ni adalah cabang undang2 jenayah syariah,  disamping Ta3zir,  qisas,  Diyat ...

ye maksiat berzina
Quote edayildiz 15-9-2021 10:46 PM
ok faham2
Quote anony-mous 15-9-2021 10:48 PM
edayildiz replied at 15-9-2021 08:30 PM
hukum hudud ni kalau buat maksiat yg laki kena potong kan..yg pempuan kena rejam kan..ke tak
negara ...

Rasanya both kena rejam. Lepas ni habis la pepuak ganu lari negeri lain utk beromen2
Quote anony-mous 15-9-2021 10:48 PM
kakikuDibibirmu replied at 15-9-2021 09:29 PM
Akak culture shock dengan nasi lemak Terengganu, ada ka patut depa pi bubuh ikan tongkol sebagai pen ...

1st time i baca org x suka sedap pastu susah pulak tu nk dpt
Quote zidane_ziege 15-9-2021 11:00 PM
Dah dekat 2 tahun jadi kerajaan..dkt nak PRU baru teringat hal RUU355 ke lobai? Selama ni apa kau buat?
Quote TeropongThaico 15-9-2021 11:21 PM
Kelu lidah utk berkata kata... Just wait and see first
Quote fizamn 15-9-2021 11:37 PM
Settled kan dulu mahkamah keluarga ni haa.. kesian anak anak terabai bila parent bercerai...kuat dulu institusi keluarga..
Quote RaraLavenda 16-9-2021 12:41 AM
kakikuDibibirmu replied at 15-9-2021 09:29 PM
Akak culture shock dengan nasi lemak Terengganu, ada ka patut depa pi bubuh ikan tongkol sebagai pen ...

Hak alah. Dah kenape? Sedaplah nasi lemak ikan tongkol. Terase manis ikan tu. Tak sedap klu asyik2 ikan bilis je. Cubelah rasa mcm2 versi nasi lemak ni.

Lihat semua komen(66)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.183950 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top