Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Sesak Nafas, Penduduk Hidu Bau Kuat Di Seelong Diarah Keluar Rumah

15-9-2021 01:34 PM Komen: 21
Bau busuk seperti bau toksik menggemparkan penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, johor Bahru sehingga memaksa mereka keluar dari kediaman masing-masing pada tengah malam Selasa.

Salah seorang penduduk, Rubaiyah Mat Sam, 70, yang menyedari bau kuat sejak petang Selasa turut merasa pening-pening.

Dari siang sudah cakap dengan budak-budak ini, bau apa ini, bau najis ke. Puas cari depan rumah, tapi tak ada apa pun.

Dekat rumah sudah ada rasa pening tapi tak tahu apa. Saya dan menantu rasa pening, jadi kami telan panadol, katanya ketika ditemui pemberita di Balai Raya Kampung Sinaran Baru, Seelong di sini pada awal pagi Rabu.



Dia yang tinggal bersama anak lelakinya, menantu dan dua cucu hanya menyedari kehadiran bomba pada jam 10 malam dan mendengar khabar ada berlakunya pembuangan toksik.

Katanya, pada tengah malam Selasa, bomba telah mengarahkan mereka keluar dari rumah untuk tinggal sementara di balai raya itu.

Seorang lagi penduduk, Hafiz Badrul Hisham, 37, menyedari bau tersebut kira-kira 8.30 malam.

Saya terhidu bau yang tidak menyenangkan sehingga terasa sesak nafas. Jadi saya cuba mencari, kemungkinan bau petrol, lama kelamaan makin kuat baunya, katanya ketika ditemui di Kampung Baru Sri Aman.

Bila jiran-jiran sudah keluar, dia berkata ada seorang wanita batuk lalu rebah, jadi dia pergi menolong sementara menunggu bomba tiba.



Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang berkata, penduduk kampung berkenaan yang sebelum ini ditempatkan di balai raya berhampiran kini ditempatkan semula ke Balairaya Kampung Sinaran Baru yang terletak kira-kira satu kilometer memandangkan bau yang masih kuat.

Kita telah menguruskan makanan dengan segera dan juga tikar sebagainya untuk mereka tidur. Bila masih berbau, kita pindahkan mereka untuk keselamatan, kata beliau ketika ditemui di kampung berkenaan pada malam Selasa.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, dua wanita berusia 20-an dan 40-an sesak nafas manakala 102 penduduk daripada 25 keluarga dipindahkan sementara ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru.

Hasil siasatan awal, pihak bomba mengesyaki tumpahan yang ditemui di sungai berhampiran adalah methyl alcohol, sejenis bahan buangan berjadual dengan kepekatan 120 ppm (bahagian per juta). 


Sumber: Bernama

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 21
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ipes2 17-9-2021 12:19 AM
addoii apa la mereka ni

Lain-lain Komen

Quote edayildiz 15-9-2021 01:47 PM
bau apa?gas apa bocor..
pernah baca kt yindon polis bakar dadah yg dorg rampas..satu kg laklok.. xtau cite bethol ke hasanah
Quote nononcrux 15-9-2021 01:58 PM
tumpahan ke buangan.. situ byk juga kilang kilang kecil kalau tak silap
Quote tikusmontok 15-9-2021 02:00 PM
edayildiz replied at 15-9-2021 01:47 PM
bau apa?gas apa bocor..
pernah baca kt yindon polis bakar dadah yg dorg rampas..satu kg laklok.. xt ...

Laklok ke loklak?
Quote haznor 15-9-2021 02:02 PM
apa ni johor? tak habis-habis dgn isu sisa toksik.
Quote Firenzza 15-9-2021 02:03 PM
tikusmontok replied at 15-9-2021 02:00 PM
Laklok ke loklak?

Loloq......
Quote edayildiz 15-9-2021 02:16 PM
tikusmontok replied at 15-9-2021 02:00 PM
Laklok ke loklak?

loklak tu mkn sis

Quote tikusmontok 15-9-2021 02:20 PM
Edited by tikusmontok at 15-9-2021 02:24 PM
edayildiz replied at 15-9-2021 02:16 PM
loklak tu mkn sis


loqlaq

Not thinking straight; not being careful in doing something.
Awat yg hang loqlaq sgt tatau, pi bagi tumpah ayaq tu?
Why are you being so careless, spilling water all over the floor?

Being obscene, being immoral of doing anything approximate to sexual acts or words.
Hang ni loqlaq betui la, cikgu dok ada di depan nu.
I think you need to control your language (of saying censored words), teacher is standing right in front of the class.

Impolite, ill-mannered, inappropriate to elders
Hang ni loqlaq ngat aih, nak beghesin tu tala la kot lain!
When you sneeze, please watch where others are at, so impolite!


Kampung Lak Lok merupakan sebuah kampung yang terletak di Jerteh, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Quote edayildiz 15-9-2021 02:29 PM
tikusmontok replied at 15-9-2021 02:20 PM
loqlaq

Not thinking straight; not being careful in doing something.

so loqlaq  la ye..selama ni i guna laklok..laklok sbb dadah gitu mksd ayat i td

ok ok faham
Quote besi_kelabu 15-9-2021 02:34 PM
edayildiz replied at 15-9-2021 02:29 PM
so loqlaq  la ye..selama ni i guna laklok..laklok sbb dadah gitu mksd ayat i td

ok ok faha ...

loqlaq - cuai
laklok - khayal
Quote Drmu 15-9-2021 02:39 PM
Omg peristiwa sungai Kim Kim berulang
Quote edayildiz 15-9-2021 02:49 PM
besi_kelabu replied at 15-9-2021 02:34 PM
loqlaq - cuai
laklok - khayal

lepas i googling balik kan chuols..yg org guna is lalok utk dadah...
laklok tu kg kt terengganu
Quote trexxxxxi 15-9-2021 02:52 PM
edayildiz replied at 15-9-2021 02:47 PM
bau apa?gas apa bocor..
pernah baca kt yindon polis bakar dadah yg dorg rampas..satu kg laklok.. xt ...

Hang ni punnnn
Lalok la
Loklaq tu hang
Quote trexxxxxi 15-9-2021 02:53 PM
edayildiz replied at 15-9-2021 03:32 PM
azmi terasa sedikit loqlaq sbb setelah tidak cukup tidur.
ni mcm ayat utara ni..
hang ni loqllaq n ...

Hang leklok sikit nak buat ayat tu
Pi kedah jgn kata laguni sat org tua2 kecik ati na
Quote OsHiN_hOnEy 15-9-2021 02:57 PM
area byk kilang
area kulai sama mcm pasir gudang
Quote edayildiz 15-9-2021 03:01 PM
trexxxxxi replied at 15-9-2021 02:55 PM
Loklaq Peghelis bawak maksud not being careful
Loklaq Kedah lebih pada lucah tu



lain mksd rupanya..haha
baik sis..labil tu apa kalau kt kedah
Quote trexxxxxi 15-9-2021 04:57 PM
edayildiz replied at 15-9-2021 04:01 PM
lain mksd rupanya..haha
baik sis..labil tu apa kalau kt kedah

Tak torah
Boleh google sebab ada dalam kamus dewan edisi keempat

Cc @sarah82
Quote sarah82 15-9-2021 05:25 PM
trexxxxxi replied at 15-9-2021 04:57 PM
Tak torah
Boleh google sebab ada dalam kamus dewan edisi keempat


Hahahha.. Bukan maksud sama ka.. Muahahaha
Quote nakkomenjugak 16-9-2021 01:03 AM
Wehhhh hati2 kalau benda toksik ni
Kat mexico ke mana
Bape diameter terbakar
Dek kebocoran gas bawah tanah
Penduduk dah bau semacam
Tapi tak diendahkan dek pihak berkuasa
Quote _blackbird 16-9-2021 08:32 PM
Ni bukan gas leak lah. Kilang la tu yg buang chemical jenis meruap ke udara. Tu yg org jadi pening2

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top