Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kerajaan Kaji, Bunuh Diri Bukan Perbuatan Jenayah

15-9-2021 12:11 PM Komen: 9
Pejabat Peguam Negara sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengeluarkan perbuatan percubaan membunuh diri daripada sistem keadilan jenayah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang yang melakukan percubaan membunuh diri akan dimasukkan ke dalam sistem rawatan kesihatan.

Gambar Hiasan

Berdasarkan hasil kajian perbandingan peruntukan undang-undang mengenai percubaan untuk membunuh diri di United Kingdom, New Zealand, India dan Singapura didapati negara terbabit telah mengeluarkan percubaan membunuh diri daripada sistem keadilan jenayah.

Oleh itu Pejabat Peguam Negara sedang menimbang cadangan untuk mengeluarkan percubaan membunuh diri daripada sistem keadilan jenayah.

Pndekatan yang lebih holistik perlu diambil untuk mengekang perbuatan tersebut, katanya menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual mengenai undang-undang melibatkan cubaan bunuh diri di negara ini.

Ismail berkata, kerajaan mengkaji semula undang-undang itu memandangkan insiden percubaan membunuh diri semakin meningkat sejak 2015 dan melibatkan pelbagai peringkat umur.

Kata beliau, isu percubaan membunuh diri malah lebih meruncing pada masa ini ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu menjadikan ramai hilang sumber pendapatan atau pekerjaan.

Jelas beliau, terdapat 902 kes percubaan membunuh diri sejak 2018 hingga Jun 2021 dengan 261 kes telah didakwa pada 2018, 243 ke (2019), 223 kes (2020) dan 175 kes (Januari-Jun 2021).

Katanya, individu yang berbuat demikian sepatutnya menerima rawatan kesihatan mental, bukannya hukuman yang akan meningkatkan lagi stigma terhadap mangsa. CCARI

Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 9
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote intan244 16-9-2021 01:00 AM
kalau kat jepon, cara nak balas dendam kat family ialah bunuh diri terjun landasan keretapi. byk gila family kena bayar kerugian kat train company sampai boleh muflis. pernah je dulu dok dlm train tetiba stop sbb ada org bunuh diri, siot je menyusahkan org.

Lain-lain Komen

Quote whimsicalmusic 15-9-2021 12:22 PM
But what if time nk cuba bunuh diri die lompat n jatuh atas org? Still consider hntr g rawatan mental or penjara?
Quote Firenzza 15-9-2021 12:24 PM
So, blh claim insurance jg ke?
Quote CiliPadiSedap 15-9-2021 12:49 PM
sepatutnya bunuh diri tempat selamat tak ganggu orang jika nak bunuh diri.

kedua pemandu mabuk or lawan arus wajar kena hukuman syeksyen XXX gantung mandatori jika terdapat kematian. sebab terlalu banyak anak yatim piatu akibat habit certain driver.

Quote edayildiz 15-9-2021 01:26 PM
Edited by edayildiz at 15-9-2021 01:37 PM

yes they need help & guidance

i think need implement a new law to punish those who share suicidal bideo ..
sharing such video on medsoc would increase the chance of suicidal thoughts for ppl whom already hv the intention to suicide
Quote Adrif 15-9-2021 02:00 PM
rasanya beberapa bulan lepas bukan ada cakap benda sama ke?

ingat lagi kami sembang topik ni sambil sarapan pagi waktu lockdown

macam siaran ulangan je
Quote Fortiori02 15-9-2021 06:10 PM
Elokah nak pertimbangkan ...
Quote nakkomenjugak 16-9-2021 12:47 AM
Terpikir jugak kalau orang lain terpalit sama, macam mana?
Quote dani-rox 16-9-2021 12:49 AM
whimsicalmusic replied at 15-9-2021 12:22 PM
But what if time nk cuba bunuh diri die lompat n jatuh atas org? Still consider hntr g rawatan menta ...

membunuh tanpa niat kot, tp mungkin dia org bg bantuan kaunseling jugak dlm jel.
Quote intan244 16-9-2021 01:00 AM
kalau kat jepon, cara nak balas dendam kat family ialah bunuh diri terjun landasan keretapi. byk gila family kena bayar kerugian kat train company sampai boleh muflis. pernah je dulu dok dlm train tetiba stop sbb ada org bunuh diri, siot je menyusahkan org.

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top