Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tak Nak Pakai Mask, Aktivis Antivaksin Mati Akibat Covid-19

15-9-2021 08:17 AM Komen: 159
Baitulmaqdis: Aktivis antivaksin Covid-19 Israel, Hai Shaulian meninggal dunia di Pusat Perubatan Wolfson disebabkan wabak itu.

Shaulian mengajak pengikutnya di sosial media untuk tidak menyuntik vaksin.

Dia menggunakan hantaran berbunyi "Tiada wabak yang berlaku dan vaksin ini berbahaya serta tidak diperlukan."


Foto: Agensi

Lelaki itu turut memuat naik video di media sosial sejak dia mula masuk ke hospital untuk menerima rawatan.

"Saya kini memerlukan oksigen untuk bernafas dan berasa tercekik. Saya juga mungkin pengsan jika mencabut mesin ini dan berjalan sejauh tiga meter. Saya juga mengalami batuk kuat," katanya seperti dilaporkan Jerusalem Post.

Dalam video yang dimuat naik minggu lalu itu, Shaulian berkata, dia menerima layanan kurang baik di balai polis selepas ditahan dan mendakwa anggota polis meletakkan kaki mereka di lehernya dan turut mendakwa ada anggota yang cuba meracuninya.

"Saya tidak pernah berasa seteruk ini dalam hidup saya. Hari ini saya tidak boleh bernafas dan pergi ke hospital.

"Sekiranya sesuatu terjadi kepada saya, ia adalah cubaan membunuh," katanya.

Shoulian, 57, terkenal sebagai aktivis antivaksin dan turut menganjurkan demonstrasi menentang pelaksanaan mandat Pas Hijau yang memerlukan penduduk Israel memberikan bukti penerimaan vaksin untuk mengunjungi tempat awam.

Dia juga menentang peraturan pemakaian pelitup muka dan pengambilan vaksin Covid-19. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 159
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote tipahketipung 25-9-2021 09:30 AM
Kat Malaysia pulak salahkan sudu melekat kat lengan ...

Lain-lain Komen

Quote noor2 15-9-2021 07:57 AM
Antivaksin ni mmg otak ting tong
Quote darkness 15-9-2021 08:01 AM
Nampaknya agenda yahudi sudah tidak terpakai memandangkan ketua anti vaksin dr israhell
Quote becir 15-9-2021 08:23 AM
Ni agenda melayu kat tanah yahudi kot..
Quote Dwdrum 15-9-2021 08:25 AM
Takziah....

Gang yang claimed thinking outside the box........ Lah sangat....
Quote AbukRokok 15-9-2021 08:26 AM
shalom chaverim
semoga rohnya dicucuri hujan
Quote mrsamz 15-9-2021 08:27 AM
So antivac sbnrnya agenda yahoodii???
Quote dodolgemok 15-9-2021 08:53 AM
Cash la antivax! Tunggu puak2 ni kat tanah air pula yg lingkup
Quote lipans 15-9-2021 09:05 AM
ini semua agenda yahudi.
Quote haruslah 15-9-2021 09:09 AM
Agenda sape pulak ni?
Agenda melayu?
Quote abangbikerz 15-9-2021 09:16 AM
antivax malaysia dan antivax israel berpisah tiada
Quote husna_amal 15-9-2021 09:25 AM
Bagus lah ada ramai anti vaksin kat israel ni.
Quote Cece1234 15-9-2021 09:28 AM
Polis plak yg salah..
Quote aechae 15-9-2021 09:34 AM
Cece1234 replied at 15-9-2021 09:28 AM
Polis plak yg salah..

Lbih kurg sama lh dgn kes bebaskn affendy tu...salahkn doc n nurse
Quote Minami2013 15-9-2021 09:38 AM
Edited by Minami2013 at 15-9-2021 01:39 AM

Kat mana2 ada je puak antivaks ni.. kat Malaysia ni most of them tolak vaksin covid19 je, tp masih percaya covid19 ni bahaya.. tapi puak antivaks kat luar negara ni level pemahaman covid19 bkn pandemik, tak perlu pakai mask, social distancing etc ni dah kira extreme. Acik Lana Nordin sesuai lah jumpa puak2 antivaks sana.
Quote krustykrab 15-9-2021 09:43 AM
Anti vaks agenda yahudi...
So org islam pun terikut2 dgn agenda yahudi nmpknya...


Quote KamikuP 15-9-2021 09:44 AM
Agenda tanah melayu menular ke Israhell gamaknyer yer
Mohon antivaksin jgn ambik vaksin agar bole mati mereput keseorangan
Quote merrissa 15-9-2021 09:54 AM
noor2 replied at 15-9-2021 07:57 AM
Antivaksin ni mmg otak ting tong

ahaha awat aku baca hang tulis antivaksin otak tin kosong
Quote matbad 15-9-2021 10:20 AM
mrsamz: So antivac sbnrnya agenda yahoodii???

hahhhhh ni menarik sgttttt. hahahaha
Quote matbad 15-9-2021 10:21 AM
merrissa replied at 15-9-2021 09:54 AM
ahaha awat aku baca hang tulis antivaksin otak tin kosong

sbb otak baca laju dri mata. haha

Lihat semua komen(159)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top