CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Hunny Madu Hamil 5 Bulan, Hasil Kahwin Dengan Suami Itali

15-9-2021 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8158| Komen: 57

Description: Pengacara dan juga penyanyi Hunny Madu berkongsi berita gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil lima bulan.
Pengacara dan juga penyanyi Hunny Madu berkongsi berita gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil lima bulan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Hunny memberitahu bahawa dia melalui fasa alahan yang teruk sepanjang tempoh kehamilan namun bersyukur masih berada dalam keadaan baik.


Kredit foto: IG

“Ada berita gembira untuk dikongsikan. Saya kini hamil lima bulan. Bulan kedua dan ketiga adalah fasa paling teruk dalam hidup saya. Saya cuma nampak tandas dan katil sahaja.

“Namun alhamdulillah saya melalui trimester pertama dengan baik dan saya juga telah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin ketika kandungan saya berusia 14 minggu. Kini saya telah pun lengkap dua dos vaksin,” katanya.


Kata Hunny atau nama lengkapnya Hani Farhana Mohd. Hatim, 37, itu lagi, dia tidak sabar untuk berkongsi berita gembira itu dengan semua walaupun terpaksa merahsiakan perkara tersebut pada awalnya atas sebab-sebab tertentu.



“Alhamdulillah bayi berada dalam keadaan baik dan saya tidak sabar untuk melihat suami menukar lampin dan membancuh susu bayi nanti.

“Cuma pada waktu sekarang, saya akan menikmati fasa kehamilan ini sambil menikmati makanan. Saya akan perlahankan aktiviti bersenam dan akan berjalan kaki sebagai senaman ringan,” jelasnya.



Terdahulu, Hunny mendirikan rumah tangga bersama suami yang juga merupakan seorang warganegara Itali, Fedrighi Francesco pada 2 Mei 2020.



Hunny yang pernah muncul dengan album bertajuk Pulau Janji pada 2011 sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya matai aitu Eva Medina, 9 dan Adam Musa, 4. Hunny bagaimanapun berpisah dengan Khairul pada Oktober 2018. -CARI

Sumber" Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 15-9-2021 08:00 AM
Awat nama dia ni gediks sgt bunyi dia?
Quote royaldanish 15-9-2021 08:12 AM
Normabaru replied at 15-9-2021 12:00 AM
Awat nama dia ni gediks sgt bunyi dia?

itu jelah idea yg rasa bagus utk nama commercial sheols
Quote Normabaru 15-9-2021 08:18 AM
royaldanish replied at 15-9-2021 10:12 AM
itu jelah idea yg rasa bagus utk nama commercial sheols

Masalahnye dh nama gediks pun kaka still xknl lgsg.huhu..nama betul dia apa?
Quote cmf_premierleag 15-9-2021 08:19 AM
geng2 urban ni.ummah TTDI
abang dia si hafiz tu single menduda lagi ke eh?
dulu kemain duk toleh2 tgk iols
Quote royaldanish 15-9-2021 08:23 AM
Normabaru replied at 15-9-2021 12:18 AM
Masalahnye dh nama gediks pun kaka still xknl lgsg.huhu..nama betul dia apa?

Hani Farhana cuolsss hehe
memang kurang famous sebab sheols ni more to english song & dj-ing

semoga dgn husband baru dapat memperbaiki keturunan
Quote royaldanish 15-9-2021 08:24 AM
cmf_premierleag replied at 15-9-2021 12:19 AM
geng2 urban ni.ummah TTDI
abang dia si hafiz tu single menduda lagi ke eh?
dulu kemain duk toleh2  ...

ammmboi kaka mengimbau kenangan lama hehe
Quote dejure 15-9-2021 08:28 AM
Tp husband dia x hensem pada mata aku..sejenis kalau dpt anak pon mmg x boleh nak baiki keterunan..mcm keluarga negeri selatan sana tu..yg paling handsome laki si kavitha sidhu tp sayang xde anak pula dia
Quote ellejo 15-9-2021 08:37 AM
royaldanish replied at 15-9-2021 12:23 AM
Hani Farhana cuolsss hehe
memang kurang famous sebab sheols ni more to english song & dj-ing


yang dalam gambo chuols pun haruslah dapat memperbaiki keturunan hendaknya
Quote wanawina 15-9-2021 08:44 AM
bila sheols kawin semula? meols tertinggal flight melangkawi gamaknye.
Quote Normabaru 15-9-2021 08:44 AM
royaldanish replied at 15-9-2021 10:23 AM
Hani Farhana cuolsss hehe
memang kurang famous sebab sheols ni more to english song & dj-ing


Ohhhhh..gitu...

Yela..semoga keturunan sweet2 mcm madu after this..sendu no more
Quote Normabaru 15-9-2021 08:45 AM
cmf_premierleag replied at 15-9-2021 10:19 AM
geng2 urban ni.ummah TTDI
abang dia si hafiz tu single menduda lagi ke eh?
dulu kemain duk toleh2  ...

Tudiaaaa

Bukti not all acik porum kepam kertu
Quote royaldanish 15-9-2021 08:46 AM
ellejo replied at 15-9-2021 12:37 AM
yang dalam gambo chuols pun haruslah dapat memperbaiki keturunan hendaknya

kurang laku cuolssss jadi lambattttt lagi lah kuin kepam nak baiki keturunan
Quote KamikuP 15-9-2021 09:42 AM
Meollss teringat masa 1st marriage dulu bukan main beliau bergelek menari dgn bridesmaid lagu 'Im a single lady..im a single lady' lantas meolls meneka bahawa perkahwinana ini takkan kekal lama dan telahan meolls betul jua akhirnya.
Anyway tahniah bole ngandung lagi befor 40 you go girlllll
Quote Gianna111 15-9-2021 09:48 AM
dejure replied at 15-9-2021 08:28 AM
Tp husband dia x hensem pada mata aku..sejenis kalau dpt anak pon mmg x boleh nak baiki keterunan..m ...

suami kavitha ni pada aku paling perfecto antara artis malaysia yang kawen dengan orang luar.
bagaimana perasaan mereka yang kawen dengan orang super hot stuff ni erk..
Quote Cleocatra 15-9-2021 09:54 AM
Sskjp urban ni. Berjiran dengan tini budu menangis ke?
Quote KIM.K 15-9-2021 09:55 AM
Remarried ke.
Sampai harini belum dengar sheol berceloteh
Quote gekkou 15-9-2021 09:56 AM
untunglah laku berlaki
tahniah
Quote trexxxxxi 15-9-2021 10:47 AM
Alhamdulillah rezeki mengandung lagi
Meol pun tatau sheol dah remarried
Ingatkan still with ex

Moga dipermudahkan segala urusan
Quote mendeluk 15-9-2021 10:50 AM
dejure replied at 15-9-2021 08:28 AM
Tp husband dia x hensem pada mata aku..sejenis kalau dpt anak pon mmg x boleh nak baiki keterunan..m ...

Itali punya gene kurang sikit matsalleh . Kalau dpt anak pun, takkan sure nampak matsalleh tu.

Lihat semua komen(57)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2021 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.096954 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top