CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Dikecam Tak Sensitif Buat Jenaka Perang Palestin, Ada Aliff Syukri Kisah?

14-9-2021 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1963| Komen: 18

Description: Penceramah motivasi, Amin Idris menasihatkan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri agar lebih sensitif dalam menghasilkan kandungan video untuk tontonan umum.
Penceramah motivasi, Amin Idris menasihatkan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri agar lebih sensitif dalam menghasilkan kandungan video untuk tontonan umum.


Menerusi hantaran di Instagram, beliau berkata, secara umumnya video itu tidak ada masalah dan hanya sekadar untuk buat lawak.



“Yang jadi masalah bila dikaitkan dengan Palestin. Untuk info Datuk,  perang Palestin is not a joke (bukan lawak). Mohon lebih sensitif.

“Bayangkan kalau kita ditempat rakyat Palestin, apa perasaan kita di kala ahli keluarga terkorban ada pula yang dijadikan bahan lawak?


“Sebelum ini, saya pernah menegur tindakan tidak wajar kepada beliau dan melalui isterinya. Namun usahawan itu tetap dengan tindakannya yang seringkali membuka aib sendiri.




“Nasihat saya buat diri saya,  Datuk dan semua, nak buat content pun biarlah ia memberi nilai ilmu dan tidak merendahkan akal,” tulisnya.



Baru-baru ini, Aliff menghasilkan video situasi perang di Palestin berlatarkan suara orang gelak ketawa yang dimuat naik menerusi TikTok dan Instagram yang mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.



Dalam video berkenaan, Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahidah berlakon seolah-olah berada di Palestin apabila berlaku tembakan dengan isterinya berpura-pura mati sementara dia meneruskan peperangan.

Menerusi keterangan di video sama di Instagramnya pula, Aliff turut bergurau dengan bertanyakan kepada warganet adakah dia layak menjadi Menteri Pertahanan Malaysia? 


Sumber: MalaysiaGazette
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perils 14-9-2021 11:42 PM
Sesuai sgt jd menteri noxxxxxxx .

Laki bini sama bengong .
Quote Lagubestbest 14-9-2021 11:59 PM
datin dah sama naik.. demi menghantui minda orang awam dengan nama dherbs. sales slow sgt ke skrg? iklan jela kat tv alip woi.
Quote LadyCarefree 15-9-2021 12:24 AM
Ooo dia sebut Palestine ka?
Quote awenda507 15-9-2021 12:29 AM
Sejak bila pulak dia ni berotak nk pk benda2 gini
Quote Catpaw 15-9-2021 12:34 AM
Molek la bapak orang ni terkangkang bergolek2 {:dot
Quote Osas 15-9-2021 12:41 AM
Menteri pertahan? Menteri PERIKANAN pun kau tk layak, ja****m.. yisrael pun samak senjata kalau tertembak spesis belut letrik cenggini
Quote kaedahnya 15-9-2021 12:49 AM
what a dumbass
Quote nakkomenjugak 15-9-2021 02:39 AM
pernah ke deme berotak masalahnya?
Quote 3480 15-9-2021 03:33 AM
Aiyoo.. sikit lg nk nampak pende..
Pakai ke pende?
Quote slyfynx 15-9-2021 04:34 AM
Toksah layan.
Toksah bg publisiti kt deme ni.
Target die nk orang sebut pasal die je.
skrg semua sales tgh down.
So kene la buat kontroversi.
Nak kawin la, buat VEDIO bodoh la.
Lg orang link kan video, lg die suke sbb byk view
Quote bulalof 15-9-2021 09:44 AM
kebodohan yg x mampu lagi diperbetulkan..........
Quote azimodin 15-9-2021 10:10 AM
Harapnya dibalas cash. Dia ni riak sombong sebab tak kira apa yg dia buat, tuhan masih bagi rezeki lagi. Duit juga adalah ujian
Quote kucingitam 15-9-2021 11:31 AM
cuba lah takde sapa like, takde sapa tgk video dia ni...tapi tu lah, ada je golongan yang nak melayan dia ni...menjadi2 la dia
Quote epal_putih 15-9-2021 11:37 AM
penjuall produk terpaling  hahahahahahhaha

Quote bioessence 15-9-2021 11:50 AM
Istidraj
Roda hidup berputar
Ko jgn bangga sangat buat lawak takde sensitivity
Quote Tokeybundle 15-9-2021 03:07 PM
Tolong la jgn tambah statistik menteri yg x berguna kat malaysia ni.cukup la dgn apa yg ada skrg ni.
Quote pobedah 15-9-2021 07:51 PM
Laki bini sama bebal... laki sah sah2 bebal.. bini pon sama naik bebal.. tunggang selagi boleh.
Quote CikYaYaYa 15-9-2021 11:29 PM
Apa nk diheran dengan si sotong nie.. Memang diaa sukaa buat benda2 xberapa nak cerdik mcm nie

Lihat semua komen(18)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2021 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.069266 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top