Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Beg Dicuri Ketika Sujud, Jemaah Wanita Nekad Kejar Pencuri

13-9-2021 06:18 PM Komen: 29
Jemaah wanita yang khusyuk solat subuh berjemaah dikejutkan dengan kehadiran seorang pencuri di Masjid Jamek Pengadang Baru di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, lelaki yang menutup sebahagian wajahnya dengan sehelai jaket sempat melarikan dua beg tangan milik jemaah wanita berusia 40-an.

Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Pengadang Baru, Asli Muhammad berkata, perbuatan suspek disedari salah seorang mangsa yang kemudian cuba mengejarnya.


Kredit foto:


Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), suspek yang berbaju hijau muda memasuki ruangan solat jemaah wanita dari pintu di sebelah kiri masjid.

Dia menunggu sehingga sehingga semua jemaah sedang sujud rakaat terakhir sebelum mengambil beg tangan kedua-dua mangsa yang solat di saf terakhir dan kedua terakhir, katanya ketika ditemui Kosmo! di Masjid Jamek Pengadang Baru di sini hari ini.

Asli berkata, tindakan suspek yang tidak sengaja terpijak sebahagian kain telekung mangsa kedua yang solat di saf belakang membuatkan wanita itu tersedar beg tangannya dicuri.

Ujarnya, wanita berusia 50-an itu kemudiannya bertindak mengejar lelaki tersebut hingga ke pekarangan masjid namun gagal menangkapnya.

Saya difahamkan suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang sudah sedia menunggu di luar pagar masjid.

Kedua-dua mangsa memaklumkan mereka kehilangan barangan berharga dianggarkan bernilai kira-kira RM1,000 katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. 


Sumber: K! ONLINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 29
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote isbritneybich 15-9-2021 11:34 AM
tak tau kenapa kena bawak semua tu. datang ke masjid naik kereta? simpan dalam kereta la, sorokkan. kalau naik moto takleh nak sorok, bukan letak barang depan, tepi belakang sejadah. letak atas sejadah supaya time kita sujud tu dah terkambus dengan telekung. laki solat pun buat camni apa? macam takde kesedaran pulak sebab dah banyak kali video viral orang curi time ni.

Lain-lain Komen

Quote Skuau 13-9-2021 06:28 PM
dalam masjid pon mencuri...
Quote edayildiz 13-9-2021 06:32 PM
makcik bwk apa la byk2 dlm beg..i kalau singgahsolat kt rnr or kt mall reramai gini..i letak depan i beg..tak pun gilir ngn adik sapa solat dulu..gituh..nngis kot kalau hilang beg..byk benda dlm beg
tp jahat la buat kerja gini kt tmpt org solat..semoga pencuri tu kena kobid
Quote isseliparjepun 13-9-2021 06:40 PM
Biasa la dalam beg ada spek pun dah berapa ratus, belum lagi jam tangan, kad kad bank, cash money, nilai beg tu sendiri silap silap dah lebih 500. Tapi kes macam ni banyak kali terjadi. Moga si pelaku sempat bertaubat.
Quote mejaputih 13-9-2021 06:42 PM
isseliparjepun replied at 13-9-2021 06:40 PM
Biasa la dalam beg ada spek pun dah berapa ratus, belum lagi jam tangan, kad kad bank, cash money, n ...

Handphone pun ada dlm tu..
Quote isseliparjepun 13-9-2021 06:44 PM
mejaputih replied at 13-9-2021 06:42 PM
Handphone pun ada dlm tu..

Haa ya. Tertinggal pulak I. Kalau dia kata nilai kerugian lebih 2k pun I percaya.
Quote merrissa 13-9-2021 06:56 PM
Edited by merrissa at 13-9-2021 06:59 PM

aku selalu kene travel....kalo bawak backpack...ltk kt antara kaki tu...bukannya xleh...

kalo dia tarik dgn2 aku2 dia bawak lari


terngat plak dkt times square ke dekat kl sentral ke

kalo nmpk org duk blkng sorang2 pndang2 tu...tgh cri sasaran la tu...jaga2 la

if sendri2 tu kalo p amik wuduk bawakkk je la beg ko sekali

n if ada kekawan pon xyh la caya sgt..deme bukan jaga pon beg ko

melainkan deme pelukkan beg ko tu

kes kt kl sentral cmtu la...suh kwn tgk dia p amik wuduk

Quote cucutokwan89 13-9-2021 06:56 PM
Org dtg berjemaah, dia plk jadi penyangak
Quote Belibis 13-9-2021 07:16 PM
Ingatkan berita lama..bila tengok susunan penjarakkan sejadah,kompom bukan ulangan.
Quote edayildiz 13-9-2021 07:20 PM
merrissa replied at 13-9-2021 06:56 PM
aku selalu kene travel....kalo bawak backpack...ltk kt antara kaki tu...bukannya xleh...

kalo di ...


letak kt antara kaki..mcmana tu? masukkan kaki dlm beg ke camna
Quote missus_meow 13-9-2021 07:23 PM
org pegi masjid nk solat berjemaah, dia nk mencuri ... apelah punya elok perangai
Quote 3chanceno 13-9-2021 08:04 PM
Peti tabung masjid  tu pun ada yg curi
Quote margo20 13-9-2021 08:12 PM
Aku kalau g solat tak pernah bawa handbag. Actually tak pakai handbag pun. Kalau ade bag tinggal je dlm bonet kereta. Fon pun tinggalkan. Bawa telekung sahaja
Quote acikbrown 13-9-2021 08:26 PM
Kalau di Mekah pun org mencuri....
Inikan pula di masjid. Dia dah tak fikir betul atau salah.
Quote Whitney72 13-9-2021 08:30 PM
Beg n barang berharha eloknya simpan dlm bonet kereta ja ( buat sementara..bkn lama pun) x pyahlah nk bawa msuk masjid bagai...kdg2 masa tgh wuduk..org pun blh curi ( ada juga pencuri wanita)...
tgglah sekejap hal2 dunia ( mcm handfon)...supaya kta blh fokus pd ibadah. Ni ke hulu ke hilir nk menunjuk beg mahal , branded lar etc..wlau x semua mcm tu...kebanyakan pompuan suka nak menunjuk ..
Quote Kakalongmu 13-9-2021 08:36 PM
Kalu nak ke masjid ke surau ke tak payah la bawa handbag. Bukan nak p majlis kahwin. Bawak je purse kecik keychain boleh letak ic ke lesen memandu ke dan sebijik telefon.
Quote SalenaGomez 13-9-2021 08:38 PM
edayildiz replied at 13-9-2021 07:20 PM
letak kt antara kaki..mcmana tu? masukkan kaki dlm beg ke camna

SG rasa letak bawah kelangkang tukalau SG xde pilihan pon SG akan buat camtupeduli lah org nak kata apayg penting solat kusyuk n xyah risau org nk curi bag

SG biasa letak depan kepala atau letak depan kakikiranya bila sujud tu, Bag ada bawah sujudhaaa berani org nak curi depan mata

Jgn lah sesuka letak bag kat belakang or tinggal waktu wudukSG akan bawak je kat memana esp skrg kat tempat wuduk ada tempat letak barang dkt depan kita..kalau risau basah , bawak je spare bag plastik n bag masuk kan dlm plastic bag time tgh wudukalah pepandai laaa kalau nak hidup kan

Simpan barang dlm bonet SG x prefer sbb risau kalau ada org pecah n curi
Quote edayildiz 13-9-2021 08:44 PM
SalenaGomez replied at 13-9-2021 08:38 PM
SG rasa letak bawah kelangkang tukalau SG xde pilihan pon SG akan buat camtupeduli lah org nak ...


oh faham2..i pun letak dpn jer jgk..senamg sambil solat nampak la beg tu
i xpnh letak/ simpan kt bonet..kalau ada laptop lg la..i heret sekali masuk surau..
Quote SalenaGomez 13-9-2021 08:48 PM
edayildiz replied at 13-9-2021 08:44 PM
oh faham2..i pun letak dpn jer jgk..senamg sambil solat nampak la beg tu
i xpnh letak/ simpan ...


Yupkalau letak depan sejadah tu kalau barang kecik mcm henfon walletSG letak bawah sejadah sbb risau time sujud org amik

Kalau bag, SG letak depan kaki

Laptop tu SG bawak skali time wudukmmg nampak mcm leceh renyah..tp lg better dr kemudian pikir barang kena curik
Quote missyL 13-9-2021 09:33 PM
Ish ish. Terok nye perangai..
Igt lah ape jugak perbuatan akan dpt balasan

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top