Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

'Sini Tolak Sana, Sana Tolak Sini' - Buntu Status MySejahtera Bertukar Merah

13-9-2021 04:47 PM Komen: 36
Seorang pemuda berkongsi pengalaman malangnya apabila menerima pesanan bahawa dirinya disahkan positif Covid-19 dan statusnya dalam MySejahtera juga bertukar merah tanpa sebab.

Walaupun semakan dengan Jabatan Kesihatan mengesahkan dia tidak mempunyai rekod jangkitan, tetapi pihak tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mencadangkan pemuda berusia 36 tahun itu membuat laporan polis.

Tetapi, niatnya untuk membuat laporan juga tidak kesampaian apabila polis menghalangnya memasuki balai disebabkan statusnya yang merah.


Gambar hiasan/MalaysiaKini

Sinchew Daily melaporkan, Wu Shu Wei tiba-tiba menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 7 September yang memaklumkan dia disahkan sebagai pesakit positif COVID-19.

Gagal menghubungi talian Kementerian Kesihatan, Shu Wei terus mengunjungi Jabatan Kesihatan yang mengesahkan dia tidak mempunyai rekod jangkitan, dengan ujian terakhir pada 14 Jun menunjukkan negatif.

Pihak tersebut yang tidak memahami punca status merah itu seterusnya mencadangkan dia membuat laporan polis memandangkan MySejahtera tidak dikendalikan Jabatan Kesihatan.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Status merah itu juga menyebabkan pengadu dihalang memasuki balai polis.

Shu Wei seterusnya terpaksa meminta isteri untuk membuat laporan polis bagi pihaknya.

Bagaimanapun, pihak balai polis juga berasa pelik dengan kes tersebut dan mencadangkan supaya pengadu mendapat bantuan dari Jabatan Kesihatan, sedangkan jabatan itu yang memintanya untuk membuat laporan polis. 


Sumber: MalaysiaGazette

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 36
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 15-9-2021 05:18 PM
fefeeling replied at 13-9-2021 07:26 PM
First time kena tolak sana sini dgn pejabat2 gomen? Tahniah. Welcome to the club.

say it louder for the people in the back

Lain-lain Komen

Quote kluangman 13-9-2021 04:48 PM
ini mesti kes ada orang guna IC dia ni
Quote slyfynx 13-9-2021 04:55 PM
Ade org duplicate IC la tu
Quote edayildiz 13-9-2021 04:59 PM
mcmana ye org blh guna ic kita..bethol tak soalan ni
i hilang srt beranak..risau pulak org jht guna srt beranak
Quote Artemesiaa 13-9-2021 05:01 PM
Sian tak pasal2 kena kuarantin tunggu jer ler lagi 10 hari untuk tukar warna semula.
Quote mclaren 13-9-2021 05:01 PM
Hari tu pun ada kes lebih kurang macam ni juga kan member buka thread kat sini? Status tak betul kat mysejahtera tapi tak boleh buat apa2 dah terpaksa kuaranting. Tak sure apa kesudahan thread tu
Quote mclaren 13-9-2021 05:05 PM
edayildiz replied at 13-9-2021 04:59 PM
mcmana ye org blh guna ic kita..bethol tak soalan ni
i hilang srt beranak..risau pulak org  ...

Pergi report kat JPN asap eda... dapatkan new one dan inform kat staff sana bab risau if ada orang lain boleh guna.
Quote Skuau 13-9-2021 05:16 PM
edayildiz replied at 13-9-2021 04:59 PM
mcmana ye org blh guna ic kita..bethol tak soalan ni
i hilang srt beranak..risau pulak org  ...

banyak sgt isi borang...kan kena letak butir peribadi tu semua...ada la yg bocorkan tu semua...
Quote edayildiz 13-9-2021 05:19 PM
mclaren replied at 13-9-2021 05:05 PM
Pergi report kat JPN asap eda... dapatkan new one dan inform kat staff sana bab risau if ada orang ...

ok2..baik sis..
Quote edayildiz 13-9-2021 05:20 PM
Skuau replied at 13-9-2021 05:16 PM
banyak sgt isi borang...kan kena letak butir peribadi tu semua...ada la yg bocorkan tu semua...

oh mcmtu..dorg blh buat loan jgk tak tanpa pemilik sbnr tau?
Quote missus_meow 13-9-2021 05:26 PM
kesian kat en wu ... hope everything will be sorted out ... dpt kesan tak agaknya sape yg guna ic dia?
Quote asamfish 13-9-2021 05:32 PM
Pergi la buat swab test.  Kalau negative, warna MySejahtera akan bertukar kan?
Quote airmineral 13-9-2021 06:33 PM
adoi kesian
xpasal2 aktiviti harian dia terganggu
Quote fezy 13-9-2021 07:13 PM
ujian terakhir 14 jun?
Quote Firenzza 13-9-2021 07:24 PM
Tetapi, niatnya untuk membuat laporan juga tidak kesampaian apabila polis menghalangnya memasuki balai disebabkan statusnya yang merah.



......Sudah jatuh ditimpa eskalator
Quote fefeeling 13-9-2021 07:26 PM
First time kena tolak sana sini dgn pejabat2 gomen? Tahniah. Welcome to the club.
Quote gekkou 13-9-2021 07:29 PM
kena up kat twitter
laju je KJ reply nanti
dia kan diberi masa sebulan kononnya nk tgk performance
Quote Nham22 13-9-2021 07:33 PM
fefeeling replied at 13-9-2021 07:26 PM
First time kena tolak sana sini dgn pejabat2 gomen? Tahniah. Welcome to the club.

Hahaha... Welcome to the club jua...
Quote mimi_ayu 13-9-2021 07:33 PM
Ada ofismate kena lbh kurg mcm ni tp xsama la
Mula2 dia jd casual contact lps bbrapa hari ttna status jd merah jd PUS..tanya dia ada close contact ke ngan covid patient..dia ckp xde..
Dia buat report kt helpdesk..hr ni dh tukar biru balik  profile dia..
Mysejahtera punya sistem haywire kot masa tu
Quote nakkomenjugak 14-9-2021 01:04 AM
ah pulak dahhhhhh..

Lihat semua komen(36)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top