Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Mati Bakar Diri Depan Orang Ramai

13-9-2021 03:13 PM Komen: 6
Seorang lelaki Tunisia meninggal dunia di hospital kelmarin selepas membakar dirinya, lapor AFP.
 
Kata saksi dan pakar perubatan, kejadian berlaku beberapa hari selepas seorang lagi nekad membakar diri untuk memprotes keadaan hidup yang daif di negara itu. 


Lelaki Tunisia (tengah) maut selepas membakar diri sendiri di tempat awam pada 11 September lalu. - AFP

Kedua-dua tindakan itu mengimbau peristiwa seorang penjaja Tunisia, Mohamed Bouazizi yang mati selepas membakar dirinya pada 17 Disember 2010. 

Kematian lelaki itu mencetuskan revolusi Tunisia dan membawa kepada kebangkitan rakyat dikenali sebagai Arab Spring yang menumbangkan beberapa pemimpin autokratik di dunia Arab.

Kelmarin, seorang lelaki berusia 35 tahun membakar diri di Lebuh Habib Bourguiba, pusat bandar Tunis, kata agensi pertahanan awam kepada AFP.

Lelaki itu yang motifnya masih belum diketahui, mengalami luka melecur tahap tiga dan dikejarkan ke hospital, kata seorang jurucakap pertahanan awam, namun meninggal dunia akibat kecederaannya.

Seorang saksi berkata, lelaki itu hadir ke lebuh tersebut ditemani seorang lelaki muda dan cuba menarik perhatian beberapa wartawan yang hadir di sana.

Dia  kemudian membasahkan dirinya dengan bahan mudah terbakar dan sebelum menyalakan api dengan pemetik api, kata saksi.

Polis membuat sekatan di kawasan itu, manakala  wartawan AFP melihat sepasang kasut yang hangus di belakang mereka sejurus selepas kejadian itu.

Pada minggu lalu, seorang pemuda yang cedera dalam revolusi 2011 membakar dirinya selepas kerajaan gagal memberikan pampasan, kata keluarga mangsa.

Neji Hefiane, 26, meninggal dunia di sebuah hospital di pinggir Tunis pada 4 September lalu setelah membakar diri di hadapan keluarga, kata ayahnya. 


Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 14-9-2021 12:52 AM
haihhhh azab wehhhh merasa api kat badan

Lain-lain Komen

Quote kyozsamurai 13-9-2021 03:29 PM
Aku rasa banyak2 mati bunuh diri, bakar diri ni yang paling hardcore...
Quote ninja boy 13-9-2021 04:35 PM
Manusia terlalu ramai bersaing sesama sendiri  mendpt makanan pekerjaan kehidupan sempurna
Quote Fortiori02 13-9-2021 04:35 PM
Hazabnya mati terbakar/bakar diri gini...
Quote Artemesiaa 13-9-2021 04:39 PM
Yang ada masaalah jiwa je sanggup lakukan perkara tu
Quote dua_chzy 13-9-2021 05:48 PM
Memang belah Asis Barat, Selatan ni, suka main bako2 kan?
Quote nakkomenjugak 14-9-2021 12:52 AM
haihhhh azab wehhhh merasa api kat badan

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top