CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Israel Tak Termasuk Senarai Taliban

10-9-2021 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 906| Komen: 1

Description: Kerajaan baharu Afghanistan yang ditadbir Taliban bersiap sedia untuk menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana negara di dunia kecuali Israel, lapor portal berita Mail Online.
Kerajaan baharu Afghanistan yang ditadbir Taliban bersiap sedia untuk menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana negara di dunia kecuali Israel, lapor portal berita Mail Online.

Jurucakap Taliban, Suhail Shaheen berkata, kumpulan itu terbuka untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS) sekiranya ia dapat memberikan kepentingan kepada kedua-dua negara.



Suhail menegaskan kesediaan Taliban untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana negara kecuali Israel. – AFP

“Dalam fasa pemerintahan baharu ini, sekiranya AS mahu menjalinkan hubungan dengan kami yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan jika mereka ingin terlibat dalam pembinaan semula Afghanistan, mereka dialu-alukan.

“Bagaimanapun, kami sudah pasti tidak akan menjalinkan sebarang hubungan dengan Israel. Kami ingin bekerjasama dengan negara-negara lain tetapi bukan Israel,” katanya kepada agensi berita Rusia, Sputnik.

Pada bulan lepas, Suhail telah mengejutkan ramai pihak apabila beliau ditemu bual oleh stesen penyiaran awam Israel, Kan.

Beberapa jam selepas temu bual itu disiarkan, beliau memuat naik hantaran di Twitter yang mengatakan bahawa beliau telah ditipu dalam temu bual tersebut.

“Saya ditemu bual oleh ramai wartawan setiap hari selepas kejatuhan kerajaan Afghanistan sebelum ini.

“Sebilangan wartawan mungkin menyamar. Bagaimanapun, saya tidak pernah melakukan sebarang temu bual dengan sesiapa yang memperkenalkan dirinya sebagai media dari Israel,” tegasnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 11-9-2021 01:43 PM
PAS bolehlah ke sana reramai bantu Taliban. Jangan balik sini lagi pun xpe.

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.066681 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top