Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ustazah Asma Harun Tak Senang Pawagam Dah Buka

9-9-2021 03:18 PM Komen: 78
Pembukaan beberapa sektor ekonomi dan sosial dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerima pelbagai reaksi masyarakat termasuklah golongan selebriti dan agamawan.

Pendakwah terkenal, Asma Harun turut terpanggil menyuarakan pandangan khususnya mengenai kelonggaran dan kebenaran panggung wayang untuk kembali beroperasi bermula Khamis.

Asma berkata pembukaan premis pawagam dikhuatiri boleh menjadi lubuk penularan wabak Covid-19 dan menggalakkan aktiviti tidak bermoral dalam kalangan anak muda.


"Ya kita faham, mereka juga perlu cari pendapatan dan kita tahu memang berjuta rakyat hilang kerja dan tukar sumber rezeki kesan daripada pandemik.

"Saya percaya mereka yang terlibat dengan dunia pawagam juga melalui hal yang sama termasuk para artis filem, ramai yang dah ada sumber pendapatan lain.

"Maksudnya mereka tidaklah bergantung kepada sumber pawagam semata-mata. Mungkin saya yang berfikiran pendek dan cetek. Saya bayangkan, jika seorang sahaja pembawa, dalam tempoh dua jam berada dalam pawagam, tempat tertutup dan berhawa dingin... ia sangat berisiko.

"Bimbang bukan pecah rekod tayangan atau blockbuster, tapi pecah rekod Covid-19. Belum cerita bab pergaulan bebas, buka ruang maksiat muda-mudi dan lain-lain lagi," katanya menerusi Instagram.



Sementara itu, Asma memberitahu dia membaca banyak komen daripada netizen yang turut mengakui kurang senang dengan tindakan kerajaan membenarkan pembukaan panggung wayang.

Malah ada yang membuat perbandingan pembukaan masjid di mana prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat kerana beberapa aktiviti keagamaan masih tidak dibenarkan.

"Jika satu pihak penuh dengan hati-hati dalam membuka ruang berkumpul, manakala pihak yang lain begitu mudah walaupun lebih berisiko, ia adalah sesuatu yang sangat tidak seimbang, seolah-olah kurang muafakat dan teliti.

"Maaf sangat, saya baca di ruangan komen (Facebook) Kementerian Kesihatan Malaysia memang ramai yang tak puas hati dan banyak pihak buat perbandingan dengan masjid yang masih belum dibuka untuk kapasiti mengikut keluasan, kuliah dhuha dan lain-lain pengajian agama, tetapi pawagam dengan kapasiti 50 peratus dibenarkan?" soalnya.

Meskipun kurang bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa itu, Asma percaya mereka sudah membuat kajian dan penelitian mendalam sebelum membenarkan pawagam kembali beroperasi.

Malah dia yakin masjid dan program keagamaan juga akan dibenarkan berjalan seperti biasa tidak lama lagi.

"Namun kita akur dan yakin pihak berwajib buat keputusan terbaik mengikut situasi semasa berdasarkan kajian dan penelitian yang mendalam berkaitan masjid dan surau.

"Kita juga faham dan hormati bahawa pengurusan agama adalah di bawah kuasa negeri masing-masing. Kita masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan endemik.

"InsyaAllah tak lama lagi kerinduan kita kepada masjid, surau dan majlis ilmu alam nyata akan jadi kenyataan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
0
0
0
Komen: 78
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote me12345 12-9-2021 09:45 AM
Masjid dh start buka lom...

Lain-lain Komen

Quote TOPwind 9-9-2021 03:32 PM
Ustazah bolehlah  Zoom je dapat duit  kepul2- tak yh keluar rumah.
Quote isbritneybich 9-9-2021 03:34 PM
syukur, posting takde hukum2 buat sendiri seperti wajib solat taubat sebab tak boleh masuk masjid untuk solat jumaat. terima kasih atas peringatan ya ustazah
Quote Skuau 9-9-2021 03:35 PM
itu kalo kena buat wayang pacak balik la..kat tmpt terbuka...dan kerusi sumer ikut sop cam kat ppv tu...
Quote domestobot 9-9-2021 03:37 PM
kami kemaruk nak dapat blowjob dalam panggung wayang yang gelap. itu je
Quote Kurex 9-9-2021 04:06 PM
Ke risau takde orang nak tengok live uols?
Quote gbam 9-9-2021 04:11 PM
buat experimen lah, ambik yg 2 dos lengkap, test kit semua sebelum masuk, biarkan duduk rapat rapat ikut full capacity, pas habis movie, semua keluar pastu test kit sekali lagi
Quote Orix 9-9-2021 04:14 PM
Mmg org pegi wayang semua nk beromen. Mmg semua org pegi masjid nk solat sajokk takdak yg mencuri.
Quote chanthik 9-9-2021 04:29 PM
Alah, kalau sejenis yang fikir orang lain selain dia nak mengeseks 24/7 dekat masjid pun ada jah kes maksiat

Orang nak keluar, dah penat berkurung nak cari kerja nak bagi anak makan. Tak ada orang paksa pun pergi pawagam. Takmau duduk diam-diam. Sesiapa yang keluar sedar risiko untuk keluar dan dijangkiti Covid tu ada. KJ pun kata kita nak masuk fasa endemik kan? Covid tak akan hilang ya Ustazah Asma hipokrit, lain kali rajinkanlah diri tengok dan baca berita semasa daripada being all nosy about others' business keluar hukum sendiri tapi bila kroni buat hal didiamkan sajork
Quote harkktuih 9-9-2021 04:29 PM
masih ada berpikiran masuk  pawagam sebab nak beromen
Quote AnnaSendin 9-9-2021 04:33 PM
Tade ustazah. Jangan fikir negatif ajer. Orang pun nak cari makan jugak. Bukan macam ustazah, keluar air liur duduk atas kusi empuk depan kamera dah dapat pendapatan. Nak bersenggama nieyh sapa2 pun boley buat di mana2 hatta di sekolah maahad terulung sekalipun. Lagipun panggung wayang mestilah ada sop sendiri. Dah 2 dos kan? Virus pun dah lemah.
Quote edayildiz 9-9-2021 04:33 PM
biar je la..ada yg suka tgk movie blh enjoy benda yg dorg suka..dh lama kena kurung..i xsuka sgt tgk wayang ni..tp kalau ramai2 tgk cite hantu tu best la jgk...btw club bila nk bkk..lama x kelabing
Quote Meiizu 9-9-2021 04:38 PM
Mohon bukak masjid surau tu dah betul.
Tapi bab pawagam maksiat anaknmuda...hellloooo setazah tak penah masuk khennn
Zaman bila org asal pi pawagam beromen maksiat dlm tu?
Quote Suchi 9-9-2021 04:38 PM
Haah mmg dulu pun masuk wayang mesti kena beround dulu baru boleh fokus tgk wayang tu.

Ko dah kenapa??
Cakap jela ko risau org buat maksiat kan? Tapi ayat kaverina takut penularan covid sbb penonton buat menda tak senonoh.

Wayang pun tak bukak lagi depa tunggu SOP penuh dari gomen dulu.
Jangan risau laaa aritu pun sampai pakwe makwe kena duk jejauh kusi asing tau.
Bising cina2 takleh duk rapat ngn amoi dorang, kali ni pun sama gak rasanya.
Panggung pun nk jaga bisnes depa so SOP mesti ketat punya.

Quote sekngucing 9-9-2021 04:51 PM
Tahun 70an golongan ni maayarakat boo layan saja
Dia hidup dlm.dunia sendiri

Sekarang dah ada kuasa...ada jawatan..ada jabatan kerajaan sendiri (yg takda hasil pun)
Mula nak suruh masyarakat hidup mcm dia
Quote Parit.Hilton 9-9-2021 04:58 PM
masuk panggung untuk buat maksiat? serious la?
rasanya kalau nak buat maksiat betul2 beromen baikla sewa airbnb je
Quote cmf_premierleag 9-9-2021 05:01 PM
kowser aku dgn ustazah stok2 jumud outdated ni
biarlah org nk enjoy gi wayang ke hapa
ko duk je la rumah diam2 dan sambung peluk kitab tu smpi kiamat
Quote JohnyEnglish 9-9-2021 05:08 PM
KKM musti dh bincang dgn para lobai Sebelum nak bukak punggung wayang.ustajah jgn risau sbb kjaan skrg 99% melayu isele.
Quote asamfish 9-9-2021 05:14 PM
Diam la setazah!  Itu tak boleh...ini tak boleh...itu maksiat...ini maksiat....nkau pegi la duduk afghanistan sana nun!
Quote awanearisu 9-9-2021 05:53 PM
Edited by awanearisu at 9-9-2021 05:55 PM

Ini dikira bersangka buruk tak? Pada kita, pengurusan pawagam pastilah tertakluk kepada SOP juga. Bukan semberono operasinya.

Lihat semua komen(78)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top