Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lafaz Cerai Atas Motor Sebab Tertinggal Lengkuas

9-9-2021 01:35 PM Komen: 88
Hanya kerana tertinggal bungkusan lengkuas yang dibeli di sebuah pasar di Dungun, seorang wanita warga emas diceraikan suaminya ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ketua Hakim Syarie negeri, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, pelbagai lagi alasan remeh-temeh menjadi punca perceraian pasangan Islam di Terengganu, antaranya kerana isteri tidak memasak hidangan kegemaran suami.


Lafaz Cerai Atas Motor Sebab Tertinggal Lengkuas


Di samping itu, katanya, ada juga pasangan yang bercerai kerana isteri tidak memakai seluar jeans.

Disebabkan terlampau marah, suami yang tidak mahu berpatah semula ke pasar untuk mengambil lengkuas berkenaan tiba-tiba melafazkan cerai semasa di atas motosikal.

Bagaimanapun, rata-rata suami menyesal dengan tindakan itu dan segera tampil ke mahkamah syariah bagi mengesahkan perceraian sebelum kembali rujuk dengan pasangan masing-masing, katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd Zakri, situasi perceraian dengan alasan remeh-temeh dan tidak munasabah itu lazim serta sentiasa berlaku dalam masyarakat sejak dahulu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kalangan suami agar banyak bersabar dan tidak menggunakan lafaz talak sesuka hati jika menghadapi masalah dengan pasangan masing-masing kerana kesan buruknya terhadap institusi rumah tangga yang dibina.


Gambar hiasan

Jangan begitu mudah melafazkan perkataan cerai, sebaliknya suami perlu melihat  pertimbangan lain dalam menyelesaikan masalah. 

Kaedah mendidik, mengajar mahu pun bergurau dengan isteri bukan melalui ugutan lafaz talak tetapi banyak lagi pendekatan lain yang disaran Rasulullah dan yang paling mustahak semua pasangan perlu bertolak-ansur serta tidak ego demi menyelamatkan sesebuah perkahwinan, katanya.

Dalam perkembangan sama, Wan Mohd. Zakri berkata, semua mahkamah syariah di negeri ini akan beroperasi sepenuhnya bermula minggu dengan memperluas kategori yang boleh didaftarkan berbanding sebelum ini.


Sumber: UTUSAN ONLINE 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 88
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Fortiori02 10-9-2021 10:03 PM
Eloklah bercerai dr idup ngn jantan gini...

Lain-lain Komen

Quote MsOren 9-9-2021 01:39 PM
So ko masaklahhh sendiri mknn kegemaran ko klu isteri tak buat,  bangsattttt punya jantan., muka tak tahu maluuuu, jantann kolottt low classs! Phuiiii
Quote edayildiz 9-9-2021 01:57 PM
ntah2 mmg nk cerai..sian lengkuas jd asbab..
i selalu tertukar lengkuas ngn halia
Quote Nenolen 9-9-2021 02:04 PM
edayildiz replied at 9-9-2021 01:57 PM
ntah2 mmg nk cerai..sian lengkuas jd asbab..
i selalu tertukar lengkuas ngn halia

Kalu kahwin dgn pokcik tu...berpuluh kali ler kena cerai...kehkehkeh

Bila akal letak kat kepala lutut dan bila org lelaki ingat lafaz nikah menghalalkan mereka boleh buat isteri mcm hamba...


Quote MeghanK 9-9-2021 02:09 PM
jantan bodo mesti sikit2 ugut cerai..semoga nenek tu tak teeima atuk tu kembali yach
Quote hatikudus 9-9-2021 02:10 PM
brp juta mas kawin ko bg bini ko masa nikah dulu pokcik oiiii...?
Quote mikasa 9-9-2021 02:15 PM
edayildiz replied at 9-9-2021 01:57 PM
ntah2 mmg nk cerai..sian lengkuas jd asbab..
i selalu tertukar lengkuas ngn halia

Kalau even duduk bandar tanah segenggam kera pun boleh tanam sendiri setakat lengkuas. Lain laa pokok rambutan atau duriang raja
Quote mclaren 9-9-2021 02:15 PM
Nenolen replied at 9-9-2021 02:04 PM
Kalu kahwin dgn pokcik tu...berpuluh kali ler kena cerai...kehkehkeh

Bila akal letak kat kepala ...

Tu lah akal ada sembilan pun tak boleh pakai.
Quote matjerk 9-9-2021 02:21 PM
Nak buat singgang or masak air ke mokcik.. nak makan nasi cicah dgn  budu sekali kan
Quote DayangKirana 9-9-2021 02:31 PM
kesahnye...
semudah tu je?

dah tua2 tu, takyah la nak baran sangat pakcik oi...
tak kemana pon, nak mencekik kang, makcik jugak yang kena masak.
Quote cmf_premierleag 9-9-2021 02:35 PM
gitulah jantan2 bodoh ni kan
ko nak makan,masak je la sendiri sial
Quote trexxxxxi 9-9-2021 02:35 PM
La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Sebaik meol cuma kadang keliru ketumbar jah
Tapi meol cam baunya kohkohkoh
Quote nononcrux 9-9-2021 02:39 PM
dah tua pon bodo bak kata p. ramlee
Quote novelloverzz 9-9-2021 02:55 PM
dah x nak tu bnd kecik diperbesar2kan...
Quote insulin 9-9-2021 03:00 PM
edayildiz replied at 9-9-2021 01:57 PM
ntah2 mmg nk cerai..sian lengkuas jd asbab..
i selalu tertukar lengkuas ngn halia

Lengkuas dan halia ni berbeza sangat kut. Macam mana boleh tertukar ni?
Quote insulin 9-9-2021 03:01 PM
trexxxxxi replied at 9-9-2021 02:35 PM
La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Sebaik meol cuma kadang keliru ketumbar jah

Aku pun selalu keliru antara daun ketumbar dan daun sup. Kalau aku pula, bezakan melalui saiz je.
Quote edayildiz 9-9-2021 03:03 PM
Nenolen replied at 9-9-2021 02:04 PM
Kalu kahwin dgn pokcik tu...berpuluh kali ler kena cerai...kehkehkeh

Bila akal letak kat kepala ...

khenzzz..nak2 kalau bini jenis xmelawan sgt..mmg la lawan kata husbaby tu dosa tp tengok jgk la khenzz..lawan lite2 comel2 ok kot..laki pun xjd nk mrh .huhu
Quote edayildiz 9-9-2021 03:03 PM
mikasa replied at 9-9-2021 02:15 PM
Kalau even duduk bandar tanah segenggam kera pun boleh tanam sendiri setakat lengkuas. Lain laa po ...

khenzz..laki jenis panas baran i rasa gini..syg tp bekeng..
Quote edayildiz 9-9-2021 03:05 PM
matjerk replied at 9-9-2021 02:21 PM
Nak buat singgang or masak air ke mokcik.. nak makan nasi cicah dgn  budu sekali kan


i rasa singgang ikangg jgk..org ganu khen
Quote edayildiz 9-9-2021 03:06 PM
trexxxxxi replied at 9-9-2021 02:35 PM
La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Sebaik meol cuma kadang keliru ketumbar jah

laki uol xmrh kew


Lihat semua komen(88)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top